MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"

Go down 
4 posters
AuthorMessage
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeSat Dec 06, 2008 7:58 am

MOGA KITE DPT JADIKAN PEDOMAN DLM HIDUP Surprised

Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.." Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . "

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeSat Dec 06, 2008 11:01 pm

Baiyinah setuju sangat-sangat... Very Happy
Terima Kasih kerana sudi berkongsi info yang berguna ni...
Semoga Ia Memberi Pengajaran & Kesedaran Kepada Kita Semua...
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 8:01 am

~.:B@IyIn@h:.~ wrote:
Baiyinah setuju sangat-sangat... Very Happy
Terima Kasih kerana sudi berkongsi info yang berguna ni...
Semoga Ia Memberi Pengajaran & Kesedaran Kepada Kita Semua...

yeah adik!..kirimkn kpd semua kawan2 adik..abg tau org2 baya adik ni mmg tgh sibuk mncari awek..samalah mcm abg dulu cume dulu abg xder sape nk ajar bende mcm ni maklumlah darah muda Sad
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
PLASMA
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
PLASMA


Number of posts : 220
Age : 43
Points : 154
Registration date : 2008-12-05

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 8:14 am

jadi sekarang hang kambin dah jumpa seseorang yang berkenan ke?
Back to top Go down
Babunlaut
Forumer
Forumer
Babunlaut


Number of posts : 46
Age : 34
Points : 0
Registration date : 2008-12-09

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 8:27 am

so... xperlu la sibuk2 nak bercinta skg... carilah ilmu sebanyak mungkin... Rasulullah sendiri menyuruh umat menuntut ilmu.... ikutla kata Rasul kita...
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babunlaut
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 8:37 am

PLASMA wrote:
jadi sekarang hang kambin dah jumpa seseorang yang berkenan ke?

adelah satu dua org..tp xtau lg mana satu Laughing ..
ko pulak mcm mana?
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
PLASMA
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
PLASMA


Number of posts : 220
Age : 43
Points : 154
Registration date : 2008-12-05

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 8:52 am

kambing wrote:
PLASMA wrote:
jadi sekarang hang kambin dah jumpa seseorang yang berkenan ke?

adelah satu dua org..tp xtau lg mana satu Laughing ..
ko pulak mcm mana?


2 orang sekali ko bai!
hebat hang ni! aku ni sorang pun tak nak. umo dekat 30 dah!
pas la kat aku!
Back to top Go down
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 9:46 am

PLASMA wrote:
kambing wrote:
PLASMA wrote:
jadi sekarang hang kambin dah jumpa seseorang yang berkenan ke?

adelah satu dua org..tp xtau lg mana satu Laughing ..
ko pulak mcm mana?


2 orang sekali ko bai!
hebat hang ni! aku ni sorang pun tak nak. umo dekat 30 dah!
pas la kat aku!

ko nk yg mcm mana? aku ade kawan gul kat jb keje kt hospital sultanah aminah..26 single lg..baru putus cinta sbb bf dia doktor dpt awek nurse yg baru..cerita sikit idaman gadis ko mcm mana? Very Happy
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
PLASMA
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
PLASMA


Number of posts : 220
Age : 43
Points : 154
Registration date : 2008-12-05

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 11:01 am

kambing wrote:
PLASMA wrote:
kambing wrote:
PLASMA wrote:
jadi sekarang hang kambin dah jumpa seseorang yang berkenan ke?

adelah satu dua org..tp xtau lg mana satu Laughing ..
ko pulak mcm mana?


2 orang sekali ko bai!
hebat hang ni! aku ni sorang pun tak nak. umo dekat 30 dah!
pas la kat aku!

ko nk yg mcm mana? aku ade kawan gul kat jb keje kt hospital sultanah aminah..26 single lg..baru putus cinta sbb bf dia doktor dpt awek nurse yg baru..cerita sikit idaman gadis ko mcm mana? Very Happy


his! ko ni kamben, naik segan aku dibuatnya. Embarassed
(dia tu kamben jugak ke? kalau kamben tak ndak la aku.)

aku gurau je lah! untuk diri aku sendiri pun tak lepas,ni kan nak ada awek. Wink
Back to top Go down
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 11:09 am

PLASMA wrote:
kambing wrote:
PLASMA wrote:
kambing wrote:
PLASMA wrote:
jadi sekarang hang kambin dah jumpa seseorang yang berkenan ke?

adelah satu dua org..tp xtau lg mana satu Laughing ..
ko pulak mcm mana?


2 orang sekali ko bai!
hebat hang ni! aku ni sorang pun tak nak. umo dekat 30 dah!
pas la kat aku!

ko nk yg mcm mana? aku ade kawan gul kat jb keje kt hospital sultanah aminah..26 single lg..baru putus cinta sbb bf dia doktor dpt awek nurse yg baru..cerita sikit idaman gadis ko mcm mana? Very Happy


his! ko ni kamben, naik segan aku dibuatnya. Embarassed
(dia tu kamben jugak ke? kalau kamben tak ndak la aku.)

aku gurau je lah! untuk diri aku sendiri pun tak lepas,ni kan nak ada awek. Wink

kalo nk ckp psl duit, sampai bile2 pun takkan lps..yes laki zaman skrg mmg byk kurang duit bnding pmpuan..yg pnting dptkan patner yg bagus..memahami..ajak kawin then berunding..kuarga dua2 pihak ok terus ON KAWIN cheers cheers

yg penting? "kerjeesameee"" cheers cheers
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
PLASMA
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
PLASMA


Number of posts : 220
Age : 43
Points : 154
Registration date : 2008-12-05

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 11:17 am

hang ni baguih la kamben. untung makwe-makwe ko ye.. :-p
Back to top Go down
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 11:54 am

PLASMA wrote:
hang ni baguih la kamben. untung makwe-makwe ko ye.. :-p


cheers Basketball cheers cheers
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 4:31 pm

~.:B@IyIn@h:.~ wrote:

yeah adik!..kirimkn kpd semua kawan2 adik..abg tau org2 baya adik ni mmg tgh sibuk mncari awek..samalah mcm abg dulu cume dulu abg xder sape nk ajar bende mcm ni maklumlah darah muda Sad

hehehe...Tidak ramai kawan sekolah Baiyinah yang mempunyai komputer & Internet di rumah seperti Baiyinah ni...Insya Allah, kalau Baiyinah masih kekal Jawatan di kelas pada tahun depan, Baiyinah akan tampalkan di papan kenyataan kelas.... Very Happy

PLASMA wrote:

2 orang sekali ko bai!
hebat hang ni! aku ni sorang pun tak nak. umo dekat 30 dah!
pas la kat aku!

Baiyinah pula kena...


Last edited by ~.:B@IyIn@h:.~ on Tue Dec 09, 2008 5:08 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 4:56 pm

[quote="~.:B@IyIn@h:.~"]
kambing wrote:
~.:B@IyIn@h:.~ wrote:

yeah adik!..kirimkn kpd semua kawan2 adik..abg tau org2 baya adik ni mmg tgh sibuk mncari awek..samalah mcm abg dulu cume dulu abg xder sape nk ajar bende mcm ni maklumlah darah muda Sad

hehehe...Tidak banyak kawan sekolah Baiyinah yang mempunyai komputer di rumah seperti Baiyinah ni...Insya Allah, kalau Baiyinah masih kekal Jawatan di kelas pada tahun depan, Baiyinah akan tampalkan di papan kenyataan kelas.... Very Happy

PLASMA wrote:

2 orang sekali ko bai!
hebat hang ni! aku ni sorang pun tak nak. umo dekat 30 dah!
pas la kat aku!

Baiyinah pula kena...

baiyinah kirim slm kat semua cikgu2 cikgi sekolah k..ckp diaorg kambing kirim salam tau cheers Basketball
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Left_bar_bleue0/500Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty_bar_bleue  (0/500)

Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 5:09 pm

kambing wrote:

baiyinah kirim slm kat semua cikgu2 cikgi sekolah k..ckp diaorg kambing kirim salam tau cheers Basketball

hehehe...nanti cikgu Baiyinah tanya kambing dari landang mana yang kirim salam tu....
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
Sponsored content





Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Empty
PostSubject: Re: Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"   Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A" Icon_minitime

Back to top Go down
 
Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Sembang Melayu Boleh :: Pendapat anda-
Jump to: