MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Afdal sembelih sendiri binatang korban

Go down 
AuthorMessage
PLASMA
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
PLASMA


Number of posts : 220
Age : 43
Points : 154
Registration date : 2008-12-05

Karaktor
Experience:
Afdal sembelih sendiri binatang korban Left_bar_bleue0/500Afdal sembelih sendiri binatang korban Empty_bar_bleue  (0/500)

Afdal sembelih sendiri binatang korban Empty
PostSubject: Afdal sembelih sendiri binatang korban   Afdal sembelih sendiri binatang korban Icon_minitimeSat Dec 06, 2008 11:37 am

Afdal sembelih sendiri binatang korban

Tubuh haiwan dipersembahkan kepada Allah dalam keadaan sempurna

AIDILADHA atau Hari Raya Korban mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan disunatkan supaya membanyakkan amalan bertakbir pada malam hari raya. Takbir Aidiladha bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) hingga waktu asar hari Tasyriq (13 Zulhijjah).

Riwayat daripada Abu Tufail, yang didengarnya daripada Ali bin Abu Talib dan Ammar bin Yasir mengatakan mereka mendengar Rasulullah SAW membacakan takbir setiap selesai mengerjakan sembahyang fardu, sejak dari subuh hari Arafah hingga selesai mengerjakan sembahyang Asar pada hari akhir hari tasyriq (13 Zulhijjah).

Adapun pada hari Aidiladha adalah mustahak untuk tidak makan sehinggalah selesai mengerjakan sembahyang hari raya dan makan daging korban jika seseorang itu melakukan ibadat korban. Jika tidak, memadailah dengan makanan yang termampu olehnya atau makanan yang ada di rumah.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Sa'ed katanya: "Nabi Muhammad SAW telah keluar pada hari raya haji (Aidiladha) dan hari raya Aidilfitri ke tempat sembahyang."

Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda SAW ialah sembahyang. Kemudian Baginda menghadapi orang ramai dan mereka duduk dalam saf masing-masing. Baginda memberi nasihat kepada umat Islam pada ketika itu dan menyuruh mereka melakukan kebajikan.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Aishah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tiada hari di mana padanya dibebaskan ahli neraka dengan begitu ramai sekali daripada hari Arafah, kerana sesungguhnya Allah hampir kemudian berbangga-bangga di hadapan malaikatnya dan berfirman: Apakah yang dikehendaki oleh sekalian mereka itu?"

At-Tirmidzi daripada Al-Barra bin Azib sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: "Puasa pada hari Arafah, (dengannya) aku berharap supaya Allah menukarkan kejahatan yang dilakukan dalam tahun sebelumnya dan tahun selepasnya (dengan kebaikan)."

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Anas, katanya: "Nabi Muhammad SAW mengorbankan dua ekor kambing yang berbulu hitam dan putih, aku melihatnya meletakkan kedua kakinya di atas tengkuk kedua-dua ekor kambing itu, membaca basmalah dan bertakbir dan kemudian menyembelih keduanya dengan tangannya sendiri."

Baginda SAW meletakkan kakinya ke atas tengkuk kambing itu supaya binatang itu tetap dan tidak meronta-ronta bagi memudahkan tugas penyembelihan. Rasulullah SAW menyembelih kambing itu dengan tangannya sendiri menunjukkan bahawa adalah mustahak ibadat korban dilakukan sendiri oleh orang yang melakukan korban itu.

Jangan ia mewakilkan pengorbanan itu kepada orang lain tanpa sebarang keuzuran. Jika diwakilkan adalah mustahak baginya untuk menyaksikan penyembelihan berkenaan.

Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi daripada Aishah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidaklah ada amalan yang dilakukan oleh seorang hamba pada hari nahar yang lebih disukai oleh Allah daripada amalan menyembelih binatang ternakan kerana sesungguhnya ia adalah hak kita pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya. Dan sesungguhnya darah itu ditumpahkan pada suatu tempat yang diketahui oleh Allah sebelum ia tumpah di atas bumi, maka dengannya dibersihkan jiwa manusia itu."

Dibersihkan jiwa manusia dengan ibadat korban itu adalah bermaksud, orang yang melaksanakan ibadat korban itu, bergembira dan akan memperoleh pahala besar di sisi Allah pada hari kiamat.

Al-Qadhilyyad berkata, dimaksudkan dengan kehampiran malaikat ke bumi atau langit adalah dengan barang apa yang turun bersama dengan mereka dalam bentuk rahmat dan kebanggaan malaikat terhadap mereka lantaran ketaatan kepada perintah Allah.

Binatang korban itu akan datang pada hari kiamat dalam keadaan asalnya sebelum disembelih, ia adalah makna bagi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud dengan tanduk, bulu dan kukunya. Oleh yang demikian, adalah wajib supaya binatang dijadikan korban itu tidak cacat pada bahagian anggotanya.

Hendaklah haiwan yang dikorbankan itu sempurna dari segi ciptaannya, tubuh yang sihat lantaran ia akan dihadapkan di hadapan Allah pada hari kiamat sebagaimana dijelaskan.

Jenis binatang korban adalah biri-biri berumur lebih setahun, kambing atau biri-biri yang berumur lebih dua tahun, unta yang berumur lebih lima tahun, kerbau atau lembu yang berumur lebih dua tahun.

Memadai dan harus berkorban dengan seekor unta, lembu atau kerbau dengan dikongsi oleh tujuh orang. Sebaliknya kambing dan biri-biri hanyalah untuk seorang saja dan ini lebih afdal.

Daging korban hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian di mana dua bahagian darinya hendaklah disedekah kepada orang Islam dan sebahagian lagi untuk dimakan sendiri.

Allah berfirman yang maksudnya: "Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurniaan dari Tuhanmu. Maka apabila kamu bertolak dari Arafah berzikirlah kepada Allah di Masyaril Haram. Dan berzikirlah dengan menyebut Allah sebagai mana yang ditunjukkannya kepadamu dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk ke dalam golongan orang yang sesat." (Surah al-Baqarah, ayat 198)
Back to top Go down
 
Afdal sembelih sendiri binatang korban
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Elakkan Menyimpan Gambar-gambar Binatang
» Jom Bina Bisnes Internet Anda Sendiri !!! MASYUK!!
» Jom Bina Bisnes Internet Anda Sendiri !!! MASYUK!!
» Cara Mudah Belajar Buat Blog Sendiri
» BINA LAMAN WEB SENDIRI CARA SETTING WORDPRESS

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Islam :: Sembang Agama-
Jump to: