MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 ISC tarik diri kempen `Malaysia Truly Asia'. Tender RM400Juta!!

Go down 
AuthorMessage
zaffril
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
zaffril


Number of posts : 174
Age : 43
Location : KL
Points : 218
Registration date : 2011-02-13

ISC tarik diri kempen `Malaysia Truly Asia'. Tender RM400Juta!! Empty
PostSubject: ISC tarik diri kempen `Malaysia Truly Asia'. Tender RM400Juta!!   ISC tarik diri kempen `Malaysia Truly Asia'. Tender RM400Juta!! Icon_minitimeSun Feb 13, 2011 7:23 pm

ISC tarik diri kempen `Malaysia Truly Asia'

13/02/2011 4:24pm

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Agensi pengiklanan, Integrated Strategic Communications (ISC) yang berperanan menjayakan kempen “Malaysia Truly Asia" tidak akan berganjak dari menarik diri daripada kempen yang menguntungkan itu kecuali apa yang disifatkannya sebagai “kekaburan” proses tender Tourism Malaysia diubah.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas ISC, Austen Zecha berkata, selepas menjalankan kempen “Malaysia Truly Asia” yang begitu berjaya selama 12 tahun, ISC membuat pembidaan untuk tiga tahun lagi tetapi memutuskan untuk menarik diri berikutan wujudnya ketaksamaan dalam proses tender.

Difahamkan bidaan itu adalah untuk hampir RM400 juta bagi pengiklanan dan kempen promosi yang akan menjejaki pasaran di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Oceania.

Beliau berkata, proses ”kabur” itu tidak saja tentang bagaimana kementerian membelanjakan bajet kerajaan tetapi juga tentang bagaimana kementerian mengendali proses berkenaan dalam mana Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar baru-baru ini yang mengetepikan peringkat presentasi dalam pemilihan. - Bernama


Sumber
Back to top Go down
http://www.1wiki.org
 
ISC tarik diri kempen `Malaysia Truly Asia'. Tender RM400Juta!!
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Melayu :: Isu semasa-
Jump to: