MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Mubarak mahu hidup dalam buangan di Dubai

Go down 
AuthorMessage
zaffril
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
zaffril


Number of posts : 174
Age : 43
Location : KL
Points : 218
Registration date : 2011-02-13

Mubarak mahu hidup dalam buangan di Dubai Empty
PostSubject: Mubarak mahu hidup dalam buangan di Dubai   Mubarak mahu hidup dalam buangan di Dubai Icon_minitimeSun Feb 13, 2011 7:24 pm

Mubarak mahu hidup dalam buangan di Dubai


2011/02/13


Mubarak mahu hidup dalam buangan di Dubai Pix_gal1
KANAK-KANAK mengambil kesempatan bergambar atas kereta kebal berhampiran Dataran Tahrir, Kaherah setelah penunjuk perasaan bersurai selepas Mubarak umum letak jawatan, semalam.


Destinasi persaraan dipilih untuk elak pendakwaan

KAHERAH: Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang sekarang berada di pusat peranginan Sharm el-Sheikh selepas meletakkan jawatan atas desakan rakyat kelmarin, kemungkinan akan berhijrah ke Dubai.

Akhbar Britain, The Guardian melaporkan semalam perbincangan sudah diadakan di antara beberapa negara Arab dan Amerika Syarikat berhubung destinasi selanjutnya bagi Mubarak yang lari bersama keluarga ke pusat peranginan laut Merah Mesir ini, selepas melepaskan kuasa kepada tentera.

Satu isu penting bagi memilih destinasi ‘persaraannya’ ialah bagi memastikan bekas presiden itu akan menikmati kekebalan daripada dikenakan tindakan undang-undang di atas tuduhan menyebabkan 300 kematian ketika bantahan rakyat selama 18 hari dan salah guna kuasa oleh pasukan keselamatan.


Sebelum ini, Mubarak dilaporkan mungkin menuju ke Jerman tempat beliau berehat selama tiga minggu selepas menjalani pembedahan Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas naib presiden, Omar Suleiman Rabu lalu menafikan laporan itu dan pihak berkuasa di Jerman juga menafikannya.

Kemungkinan Mubarak bersara di Sharm el-Sheikh adalah sesuatu yang dijangkakan kerana beliau akan terdedah kepada kemungkinan diheret ke mahkamah di atas jenayah kemanusiaan dan rasuah.
Menurut akhbar al-Quds al-Arabi yang berpangkalan di London, isu kekayaan yang dihimpun Mubarak dan keluarganya turut akan menentukan destinasi persaraan bekas presiden yang memerintah hampir 30 tahun itu.

Pakar sebelum ini menganggarkan Mubarak dan keluarga berkemungkinan mempunyai harta £43.5 bilion (RM210 bilion) dengan kebanyakan di bank Britain dan Switzerland atau dilabur dalam hartanah di London, New York, Los Angeles dan pantai di pesisir Laut Merah.

Sementara itu, seorang pegawai lapangan terbang Kaherah, berkata pihaknya menerima senarai nama pegawai yang dikaitkan dengan rejim Mubarak yang tidak dibenarkan keluar negara.

Beliau enggan mendedahkan nama dalam senarai itu tetapi berkata bekas Menteri Penerangan, Anas el-Fiqqi menghantar begnya ke lapangan terbang tetapi tidak muncul untuk penerbangannya ke London, kemungkinan selepas mendengar namanya dalam senarai berkenaan.


Mubarak mahu hidup dalam buangan di Dubai Pix_gal2
SEORANG penunjuk perasaan menunjukkan muka depan akhbar mengenai tindakan Mubarak berundur.


“Senarai nama itu dikeluarkan mungkin untuk mengelak mereka yang berkuasa sebelum ini daripada lari daripada dikenakan sebarang tindakan,” kata pegawai lapangan terbang itu.

Pihak tentera yang kini berkuasa semalam melonggarkan perintah berkurung yang dikenakan sejak 18 hari lalu dan mengenakan larangan terhadap pegawai dan bekas pegawai kerajaan daripada meninggalkan negara itu. – AP/Agensi


Sumber
Back to top Go down
http://www.1wiki.org
 
Mubarak mahu hidup dalam buangan di Dubai
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Rahsia Dalam Untuk Maju Dalam Perniagaan Secara Sambilan
» SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
» AMALKAN CARA HIDUP SIHAT
» Anda Mahu Lulus Peperiksaan Muet ?
» Bagaimana Mahu Menjadi Super Affiliate Program

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Melayu :: Isu semasa-
Jump to: