MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Millat Facebook

Go down 
AuthorMessage
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Millat Facebook Left_bar_bleue0/500Millat Facebook Empty_bar_bleue  (0/500)

Millat Facebook Empty
PostSubject: Millat Facebook   Millat Facebook Icon_minitimeSat Feb 26, 2011 12:13 am

Millat Facebook A5813e10

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web Millatfacebook.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

p/s artikel pengenalan MFB...


Laman web: millatfacebook.com
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
 
Millat Facebook
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Facebook Membunuh Rakyat Palestin?
» Cara Mudah Menaikkan Trafik Blog Melalui Facebook. Cara Samseng Facebook!
» Samseng Facebook Mengganas! Anda Pun Boleh Jadi Samseng Facebook!
» walit ginseng dan walit stevia berserta khasiatnya
» Keep on updating facebook and twitter to win the rewards

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Melayu :: Isu semasa-
Jump to: