MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Tips Kesihatan Untuk Mengelak Tekanan Semasa Bekerja

Go down 
AuthorMessage
missfiza82
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 62
Age : 38
Points : 87
Registration date : 2010-07-29

Tips Kesihatan Untuk Mengelak Tekanan Semasa Bekerja Empty
PostSubject: Tips Kesihatan Untuk Mengelak Tekanan Semasa Bekerja   Tips Kesihatan Untuk Mengelak Tekanan Semasa Bekerja Icon_minitimeWed Oct 05, 2011 12:21 am

Info Kesihatan Untuk Menghindarkan Keletihan Semasa Bekerja

Ada ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah. Mereka yang bekerja di ladang dan sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika menggunakan tulang empat kerat.

Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer.

Selain memakan vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, seseorang pekerja boleh mengelak keletihan dengan pelbagai cara yang disyorkan doktor dan orang tua.
Jika tidak, sikap malas, lesu dan bosan akan menguasai diri hingga menjejaskan produktiviti.

Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba. Antaranya:

- Bersifat positif terhadap pekerjaan:

Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.

- Bersantai sejenak:

Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja.

Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

- Nikmati humor dan ketawa:

Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.

- Bekerja secara sistematik:

Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.

- Banyak minum air mineral:

Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan ######bolisme tubuh.

- Lakukan aktiviti fizik:

Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif.
Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.

SEMOGA BERJAYA!!!!! !!!!!!!!!
Back to top Go down
http://www.lelakiidaman.com
missfiza82
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 62
Age : 38
Points : 87
Registration date : 2010-07-29

Tips Kesihatan Untuk Mengelak Tekanan Semasa Bekerja Empty
PostSubject: Re: Tips Kesihatan Untuk Mengelak Tekanan Semasa Bekerja   Tips Kesihatan Untuk Mengelak Tekanan Semasa Bekerja Icon_minitimeWed Oct 05, 2011 12:27 am

semoga berjaya
Back to top Go down
http://www.lelakiidaman.com
 
Tips Kesihatan Untuk Mengelak Tekanan Semasa Bekerja
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Kesihatan-
Jump to: