SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan:-
(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di
kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak
mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka
adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan
kata-katanya.
(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan
air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka
adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa
keizinan suaminya.
(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke
ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka
adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak
mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi
junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin
suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci
selepas habis haid dan nifas.
(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di
bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan
yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan
aib orang lain.
(
perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting
dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka
memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan
perhiasannya.
(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya
pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka
mengadu domba dan sangat suka berdusta.
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala
jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui
duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah
kepada suaminya dan memfitnah orang lain.