MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Catatan Harian Seorang CIKGU

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Admin-Gandalf
Admin
Admin
Admin-Gandalf


Number of posts : 100
Age : 42
Points : 1737
Registration date : 2008-11-08

Karaktor
Experience:
Catatan Harian Seorang CIKGU Left_bar_bleue0/500Catatan Harian Seorang CIKGU Empty_bar_bleue  (0/500)

Catatan Harian Seorang CIKGU Empty
PostSubject: Catatan Harian Seorang CIKGU   Catatan Harian Seorang CIKGU Icon_minitimeThu Apr 16, 2009 12:41 am

Sekadar untuk berkongsi dengan rakan....

7.30 pagi... sampai di sekolah... mula tugas sebagai seorang guru disekolah.... dalam sehari adalah dalam 3-4 jam kena masuk kelas dan mengajar (menjerit menyamapaikan ilmu dan berusaha mencurahkan ilmu yang ada untuk membuatkan murid lebih pandai dan berjaya).... 1.30 tghari... murid dah balik dari sekolah.... cikgu kena sipakan kerja pentadbiran seperti buat minit mesyuarat, kemaskini fail, siapkan stok dan inventori untuk alatan mengajar, siapkan stok untuk buku di perpustakaan dan macam-macam lagi hal yang berkaitan dengan pengurusan sekolah.
3-4 petang baru balik ke rumah. Makan dan rehat sekejap.
5.00 ptg, pergi ke sekolah untuk latihan sukan. Latih murid untuk kejohanan dan permainan yang berkaitan. Kalau tak latih dari awal, macam mana nak lahirkan atlit negara yang berkualiti kan????
6.30-7.00 balik ke rumah dan berehat bersama keluarga. 10.00 malam selepas anak-anak dah tido baru boleh mula tanda kertas soalan atau buku kerja murid. Tak pun, rancang aktiviti pengajaran untuk esok(ini untuk memastikan pengajaran yang disampaikan lebih berkesan). Kalau perlu kena sediakan bahan untuk aktiviti pengajaran untuk esok seperti slaid powerpoint(jika guna Powerpoint), carta, lembaran kerja dan lain-lain.
Paling awal, pukul 12 tgh malam baru tido.....

Siapa kata jadi cikgu ni tak penat????? Hakikat cikgu sekarang ni tak macam cikgu dulu lagi.... memang sibuk dan kerja bertimbun.... biarpun cikgu kerja separuh hari, tapi kerja cikgu ni sentiasa tak habis....

Walau apa pun.... aku bersyukur dan amat gembira kerana menjadi seorang cikgu.... Inilah peluang aku mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna suatu hari nanti... Very Happy
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Catatan Harian Seorang CIKGU Left_bar_bleue0/500Catatan Harian Seorang CIKGU Empty_bar_bleue  (0/500)

Catatan Harian Seorang CIKGU Empty
PostSubject: Re: Catatan Harian Seorang CIKGU   Catatan Harian Seorang CIKGU Icon_minitimeTue May 05, 2009 7:09 pm

Profesion guru adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar...kak zie salute pada para guru...bukan saja perlu kesabaran malah sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.

cuma jika ada tanggapan dan dakwaan yang kurang menyenangkan berhubung profesion perguruan dewasa ini, akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas.

Tapi walau apa pun kak zie respect guru2 tanah air kita....kerana hanya mereka yang mempunyai kualiti,kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.

ALL THE BEST TO THE TEACHERS...
Back to top Go down
 
Catatan Harian Seorang CIKGU
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Pendidikan :: Pengajar (Guru @ Pensyarah)-
Jump to: