MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 BACA SUPAYA TIDAK TERPEDAYA

Go down 
2 posters
AuthorMessage
myw
Pra - Ahli
Pra - Ahli



Number of posts : 1
Age : 58
Points : 3
Registration date : 2012-03-13

BACA SUPAYA TIDAK TERPEDAYA Empty
PostSubject: BACA SUPAYA TIDAK TERPEDAYA   BACA SUPAYA TIDAK TERPEDAYA Icon_minitimeTue Mar 13, 2012 4:31 pm

Di dalam dunia air menyumbang lebih kurang 78% peratus ruang muka bumi. Begitu juga pada manusia, air meliputi 70% peratus dalam badan. Masalahnya, kebersihan air untuk kegunaan harian manusia sejagat kini telah mula menjadi perhatian permasalahan seluruh dunia.

Semenjak daripada tahun 1950an revolusi teknologi penapisan air menjadi fenomena di negara-negara maju bagi menjamin kualiti air terutamanya bagi kegunaan domestik.
Bermula dengan kaedah penapisan jenis komposit fiber kemudian kepada ceramic dan kini kepada membrane. Membrane filter juga mempunyai 3 peringkat bermula daripada Ultra filter (UF), Nano dan kini Hyper.

Di Amerika Syarikat, kerajaan mereka dibawah tanggungjawab NASA telah memulakan penyelidikan mereka lebih daripada 60 tahun bagi memasti pembekalan air minum kepada tentera mereka terjamin dan kini mereka telah menggunakan kaedah RO Hyper Filteration.

Lain pula di negara Korea, akibat daripada perang saudara pada tahun 1950 ~ 1953 (Korea Utara dan Korea Selatan) kerajaan Korea Selatan terpaksa menubuhkan gabungan pasukan penyelidik bagi mengatasi keracunan punca air Negara yang telah di cemar oleh tentera Korea Utara. Seiring dengan pengalaman selama 60 tahun, kini mereka juga telah menggunakan kaedah RO Hyper Filteration bagi menulen keseluruhan bekalan air Negara mereka.

Walau bagaimana pun di Malaysia pengetahuan masyarakat serta keperhatinan tentang kebersihan air dan teknologi penapisan air masih kurang. Yang menjadi permasalahan kini, masyarakat di Malaysia telah diperdaya dengan syarikat pengedar penulen air minuman yang tidak beriktiraf. Bahan-bahan mentah dalam pembuatan penapis juga diragui kerana kebanyakkan penapis diimport daripada Negara China yang terkenal dengan bahan-bahan daripada tulang “Bone Powder” yang mana “Halal” menjadi tanda tanya serta bahan plastik yang terlarang dan tidak mengikut piawaian pencemaran (RoHS) bahan plastik “Food Class Plastic”. Yang amat menyedihkan lagi kualiti air yang dihasilkan akhirnya memudaratkan kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang.

Oleh itu jangan terpedaya dengan penjual-penjual penapis air yang tidak bertauliah. Mereka hanya nak mengaut untung yang banyak tanpa memikirkan kemudaratan pengguna. Produk harga RM200.00 ~ RM300.00 dijual sampai ribuan ringgit. Saya kini amat berpuas hati dengan produk yang saya dan keluarga saya gunakan. Yang nyata banyak perubahan dalam kesihatan kami yang semakin bertambah baik tanpa perlu nak beli minuman kesihatan tambahan.

Janganlah jadi diantara yang terpedaya.

Back to top Go down
http://www.coway.com.my
Mawar
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Mawar


Number of posts : 131
Age : 31
Points : 155
Registration date : 2012-09-19

BACA SUPAYA TIDAK TERPEDAYA Empty
PostSubject: Re: BACA SUPAYA TIDAK TERPEDAYA   BACA SUPAYA TIDAK TERPEDAYA Icon_minitimeWed Oct 17, 2012 12:10 pm

Artikel yang bermanfaat,,terima kasih sebab sudi kongsi info yang berguna nie Very Happy
Back to top Go down
 
BACA SUPAYA TIDAK TERPEDAYA
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Teknologi-
Jump to: