MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Gout atau sakit sendi

Go down 
3 posters
AuthorMessage
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Gout atau sakit sendi Left_bar_bleue0/500Gout atau sakit sendi Empty_bar_bleue  (0/500)

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeThu May 28, 2009 6:24 pm

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gout.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.


Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.


Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.


Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.


Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.


Last edited by kak zie on Thu May 28, 2009 6:29 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Gout atau sakit sendi Left_bar_bleue0/500Gout atau sakit sendi Empty_bar_bleue  (0/500)

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeThu May 28, 2009 6:25 pm

Tisu lembut



Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.


Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam. 



Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.



Last edited by kak zie on Thu May 28, 2009 6:28 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Gout atau sakit sendi Left_bar_bleue0/500Gout atau sakit sendi Empty_bar_bleue  (0/500)

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeThu May 28, 2009 6:27 pm

"Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.


Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Gout atau sakit sendi Left_bar_bleue0/500Gout atau sakit sendi Empty_bar_bleue  (0/500)

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeThu May 28, 2009 6:34 pm

Tanda-tanda
Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).

FAKTOR RISIKO
·  Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.

·  Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

·  Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

·  Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.



Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

·  Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

·  Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.



Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.



Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .



Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.


Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Gout atau sakit sendi Left_bar_bleue0/500Gout atau sakit sendi Empty_bar_bleue  (0/500)

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeThu May 28, 2009 6:37 pm

Mewarisi



Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.



Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.



Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).



Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.



Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.
 
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Gout atau sakit sendi Left_bar_bleue0/500Gout atau sakit sendi Empty_bar_bleue  (0/500)

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeThu May 28, 2009 6:38 pm

Diagnosis

Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.

Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Gout atau sakit sendi Left_bar_bleue0/500Gout atau sakit sendi Empty_bar_bleue  (0/500)

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeThu May 28, 2009 6:39 pm

Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)

Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Gout atau sakit sendi Left_bar_bleue0/500Gout atau sakit sendi Empty_bar_bleue  (0/500)

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeThu May 28, 2009 6:40 pm

Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.

Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.
Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Gout atau sakit sendi Left_bar_bleue0/500Gout atau sakit sendi Empty_bar_bleue  (0/500)

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeThu May 28, 2009 6:41 pm

Diet rendah Purine:
• ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
• strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
• elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
• hadkan daging kepada satu hidangan sehari
• Jangan makan
◦ sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
◦ sardin
◦ ikan bilis
◦ hasil daging, consommés, dan ( gravies )
• Guna secara berhemah:
◦ asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb
• Elakkan kurang air:
◦ Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
◦ Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.
• Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.
 
Back to top Go down
halim
Pra - Ahli
Pra - Ahli



Number of posts : 3
Age : 60
Points : 5
Registration date : 2010-03-22

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeMon Mar 22, 2010 2:13 pm

Untuk megurangkan penyakit gaut bolih juga menggunakan stokin infra red , untuk keterangan lanjut sila lawati web http://www.klifeonline.com

Tq, halim.
Back to top Go down
http://www.klifeonline.com
saudacare
Forumer
Forumer



Number of posts : 30
Age : 35
Points : 30
Registration date : 2010-04-03

Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitimeSun Apr 04, 2010 8:37 pm

Maksud Hadith : "Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam(Maut)"-Al-Bukhari

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Antara produk kami adalah :-

Minyak Sauda Dara diperkenalkan untuk membantu anda menyelesaikan masalah-masalah seperti:

* Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
* Resdung (sinusitis)
* Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
* Sakit jantung, darah gemuruh
* Darah tinggi (hypertension)
* Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
* Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
* Sakit buah pinggang (renal problem)
* Gout
* Kencing manis (diabetis)
* Luka-luka di dalam mulut
* Sakit tengkuk
* Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
* Pedih di ulu hati
* Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
* Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
* Alahan dan gatal-gatal
* Sakit gigi
* Cacing, parasit
* Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
* Selepas bersalin (menambah susu ibu)
* Awet muda dan menegangkan kulit
* Mencantikkan kulit, kuku
* Masalah kesuburan perempuan
* Senggugut
* Masalah tenaga batin lelaki (urutan pada Zakar setiap hari)

LAYARILAH WEBLOG KAMI www.saudacare.blogspot.com UNTUK MAKLUMAT LANJUT


KITA HANYA BERUSAHA TUHAN YANG MENENTUKAN
Back to top Go down
http://www.saudacare.blogspot.com
Sponsored content





Gout atau sakit sendi Empty
PostSubject: Re: Gout atau sakit sendi   Gout atau sakit sendi Icon_minitime

Back to top Go down
 
Gout atau sakit sendi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sakit Kepala
» MOZE HERBS – Penawar Gaut & Sakit Sendi No.1
» TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )
» Barah atau cancer
» Kehamilan atau pregnancy

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Kesihatan-
Jump to: