MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Mendisiplinkan anak anda

Go down 
4 posters
AuthorMessage
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Mendisiplinkan anak anda Left_bar_bleue0/500Mendisiplinkan anak anda Empty_bar_bleue  (0/500)

Mendisiplinkan anak anda Empty
PostSubject: Mendisiplinkan anak anda   Mendisiplinkan anak anda Icon_minitimeSat Jun 13, 2009 4:38 pm

Cara-cara untuk mendisiplinkan anak anda.

Artikel ini ditulis sebagai bacaan rekreasi sahaja. Jikalau anda mempunyai masalah yang tertulis di bawah ini, harap rujuk kepada seorang pakar.

Anak-anak memanglah tak boleh duduk diam. Mereka yang telah mempunyai anak atau yang sering berinteraksi dengan anak-anak seperti, guru-guru sekolah rendah dan guru-guru tadika, akan setuju bahawa adalah perkara biasa untuk anak-anak dikalangan umur 4 hingga 12 tahun, berperangai nakal.

Sebagai seorang ibu atau bapa, adalah tanggung jawab anda untuk mengajar anak anda perbezaan antara kelakuan yang baik dan kelakuan yang tidak baik. Ini mungkin kelihatan rumit, tetapi sebenarnya ia tidaklah begitu susah.

Kerana anak-anak mengambil masa yang agak panjang untuk mereka menyedari kesalahan mereka, anda mungkin terpaksa mengambil beberapa minggu untuk merubah kesilapannya sebelum anda dapat melihat sembarang perubahan. Janganlah cepat berputus-asa jika anak anda tidak menyedari kesilapanya dengan serta-merta.

Tips mendisiplinkan anak.
Disini kami ingin menyenaraikan beberapa prinsip asas yang penting dan mesti diingat sebelum dan semasa kita mendisiplinkan anak-anak.

· Ibu-bapa haruslah sepakat.
Hendaklah ada peraturan yang disetujui oleh kedua ibu bapa mengenai undang-undang disiplin di rumah dan apakah padahnya jika peraturan-peraturan tadi dilanggar. Ibu bapa haruslah berbincang tentang peraturan dan tindak balasnya sebelum kenakalan atau sesuatu yang tidak diingini terjadi.

· Disiplin bukanlah mendera.
Rasulullah saw bersabda, "Dia yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani." (Riwayat Bukhari)

Ramai ibu bapa yang menyangka bahawa mendisiplinkan anak adalah dengan memarahi, memukul dan mendera mereka. Ini adalah anggapan yang salah. Disiplin mestilah dilandaskan atas perhubungan kekeluargaan yang baik, pujian tingkah laku yang baik dan tunjuk ajar untuk si anak bagaimana untuk menguasai peribadi dirinya sendiri. Memarahi anak kerana kesilapannya adalah suatu perkara yang negatif dan adalah kerana akibat tabiat atau kelakuan tidak sopan yang dilakukan anak tadi atau sesuatu yang mesti dilakukan tetapi tidak dilakukan anak tadi. Memarah anak haruslah menjadi sebahagian kecil dalam proses disiplin.

Cara disiplin yang berkesan mesti dilakukan pada setiap masa dan bukan sahaja apabila anak tadi telah melakukan kesilapan. Anak-anak sering ingin merubah dirinya apabila mereka sendiri merasakan dorongan untuk menjadi baik dan dihormati, bukan apabila merasa terasa terhina dan dimalukan. Apabila anak tadi menghormati dirinya dan menghormati perhubungan antara dirinya dan ibu bapanya, barulah dia akan faham dan sedar betapa penting akhlak dalam kehidupan seharian.

· Melentur buluh biar dari rebong.
Proses mendisiplinkan anak haruslah bermula sebaik sahaja anak tadi dilahirkan. Apabila anda memberi anak anda perhatian setiap kali dia menangis, anda sedang mengajar anak anda bahawa anda sentiasa sedia untuk menolong dan memberi kasih sayang kepadanya dan dia boleh mengharapkan kasih sayang tadi dari anda. Dengan perasaan kasih sayang dan hormat inilah, anda harus bina kepercayaan dan kesopanan yang anda ingini.

Rasulullah saw bersabda " Ajarilah anak-anak kecilmu kalimah Laa ilaaha illallah sewaktu ia mulai berbicara dan tuntunlah mereka untuk membaca Laa ilaaha illallah sewaktu menghadapi kematian."

· Ibu bapa tidak harus bertelingkah di depan anak.
Pertelingkahan yang sering dilakukan didepan anak-anak anda akan membingungkan anak-anak anda dan ini akan mengurangkan keberkesanan cara-cara anda mendisiplinkan anak-anak tadi. Anak-anak juga dapat mempergunakan pertelingkahan antara ibu bapa tadi sebagai alasan untuk mereka mencapai hasrat hati mereka untuk melakukan dan meneruskan kenakalan mereka.

· Ibu bapa harus dapat menguasai dan mengendali anak-anak mereka
Ada ibu bapa yang takut dengan anak-anak mereka. Ketakutan yang seperti ini dapat memberi kesempatan untuk anak-anak tadi untuk mempergunakan ibu bapa mereka.

· Undang-undang untuk anak-anak mestilah jelas.
Undang-undang yang anda ingin anak-anak anda patuhi haruslah jelas. Ini akan membantu anak-anak tadi memahamkan dengan mudah apa yang dikehendaki darinya. Keseringan dalam menguat-kuasakan undang-undang tadi adalah mustahak, kerana jika tidak, kelakuan dan pemikiran anak-anak tadi dapat menjadi tidak tentu. Walaubagaimana pun, undang-undang mestilah selalu di semak kembali dan ditukar bila-bila perlu untuk disesuaikan dengan keperluan pembesaran anak anda.

· Masa yang bersesuaian.
Teguran dan nasihat mestilah diberi serta-merta supaya ia lebih berkesan. Teguran dan nasihat haruslah dilakukan dengan tegas dan berhikmah. Terutama sekali apabila berada di khalayak ramai. Memalukan anak didepan orang ramai, kawan-kawan dan saudara-maranya, dapat memberi kesan yang negatif terhadap anak tadi. Lebih mustahak lagi, teguran dan nasihat tadi jangan dilakukan dengan marah.

· Betulkan kenakalannya, bukan dirinya.
Hindari diri anda dari kata-kata yang menghina seperti: "Bodohnya budak ini." Betulkan kesilapan anak tanpa membuat dirinya rasa terhina dan tidak berguna.

· Jangan berleter.
Hindari diri anda dari mengingatkan anak anda akan kesilapan-kesilapannya yang sudah lepas. Ini boleh membuatnya merasakan bahawa dia memang tidak berguna dan bodoh.

· Berbaik semula.
Selepas anda menegur akan kesilapannya, terangkan kepadanya bahawa anda masih menyayanginya walaupun dia telah membuat kesilapanya tadi.

· Tegur dengan tenang.
Apabila anak anda melakukan sesuatu yang salah, tegurinya dengan kata-kata yang tenang. Beritahu anak anda bagaimana adab yang betul yang anda ingini. Terangkan mengapa perbuatannya salah dan apakah keburukan dan bahaya perbuatan salahnya tadi.

"Ajaklah kepada jalan Tuhanmu dengan menggunakan kebijaksanaan dan nasihat yang baik." [AnNahl :125]

· Hadiah.
Berikan anak anda pujian atau hadiah jika dia telah dapat berubah. Ini akan menggalakkan anak anda untuk berbuat baik. Tetapi, jangan sampai anak anda menganggap bahawa dia akan menerima hadiah setiap kali dia berbuat baik.

Dari kitab Tarikh Imam Bukhari: Rasulullah saw bersabda " Tiada pemberian ibubapa terhadap anaknya yang lebih utama daripada pendidikan akhlak yang baik."

· Denda.
Anda juga boleh mendenda anak anda dengan mengurangkan masa bermainnya, atau tidak membenarnya menonton TV, atau dengan memberinya lebih kerja rumah.

Sebagai seorang ibu atau bapa, anda perlu sedar bahawa akan terjadi masa dimana anak anda akan berperangai nakal dan anda akan memarahinya. Tetapi, apa sahaja bentuk disiplin yang anda lakukan haruslah membuat anak anda sedar akan kesalahannya dan sedar bahawa anda masih menyayanginya walaupun anda sedang mendisiplinnya.

Yang paling penting, sebagai ibu bapa yang ingin anak-anak yang berakhlak mulia, ingatlah bahawa segala sesuatu usaha tidak bermakna jika tidak dilakukan kerana Allah. Sentiasalah berdoa kepadaNya agar diberi zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, yang menyenangkan dan menyejuk mata ibu bapa, agar kehidupan diberkati di dunia dan akhirat.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu-batu." [At-Tahrim:6]

Ameen.
Back to top Go down
CJ7
Forumer
Forumer
CJ7


Number of posts : 45
Points : 6
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Mendisiplinkan anak anda Left_bar_bleue0/500Mendisiplinkan anak anda Empty_bar_bleue  (0/500)

Mendisiplinkan anak anda Empty
PostSubject: Re: Mendisiplinkan anak anda   Mendisiplinkan anak anda Icon_minitimeMon Jun 15, 2009 12:38 pm

elok gak panduan ni kak zie..
Back to top Go down
Nur Amira Muhamad
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Nur Amira Muhamad


Number of posts : 305
Age : 41
Location : Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Pantai
Points : 328
Registration date : 2009-05-18

Karaktor
Experience:
Mendisiplinkan anak anda Left_bar_bleue0/500Mendisiplinkan anak anda Empty_bar_bleue  (0/500)

Mendisiplinkan anak anda Empty
PostSubject: Re: Mendisiplinkan anak anda   Mendisiplinkan anak anda Icon_minitimeThu Jun 25, 2009 5:58 pm

erm...x sabar rasanya nk menempuh alam keibubapaan
tentu seronok dan penuh cabaran... Basketball
Back to top Go down
http://www.miramira.com
adikmas
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
adikmas


Number of posts : 350
Age : 38
Location : sorang-sorang kat opis..
Points : 397
Registration date : 2009-05-16

Karaktor
Experience:
Mendisiplinkan anak anda Left_bar_bleue0/500Mendisiplinkan anak anda Empty_bar_bleue  (0/500)

Mendisiplinkan anak anda Empty
PostSubject: Re: Mendisiplinkan anak anda   Mendisiplinkan anak anda Icon_minitimeThu Jun 25, 2009 6:35 pm

Nur Amira Muhamad wrote:
erm...x sabar rasanya nk menempuh alam keibubapaan
tentu seronok dan penuh cabaran... Basketball

huhuhu..kalau x sabo kena la kawen cpt2 syg oi.. Smile
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com
Sponsored content





Mendisiplinkan anak anda Empty
PostSubject: Re: Mendisiplinkan anak anda   Mendisiplinkan anak anda Icon_minitime

Back to top Go down
 
Mendisiplinkan anak anda
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Foto Aksi Anak / Anak Saudara / Adik
» Simpanan Pendidikan Anak-anak
» ANDA RASA ANDA HEBAT!.. MARI.. CAPAI LEVEL 1 HINGGA 10 BERSAMA KAMI.. ADA SESUATU YG MENARIK MENANTI ANDA
» Percayakah anda sambil menonton anda boleh jana lebih pendapatan?
» Sekiranya anda seorang jurujual kereta, apa yg akan anda lakukan?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Pendidikan :: Ibu Bapa-
Jump to: