MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 GEMPA BUMI KUAT GEGAR WILAYAH ACEH

Go down 
AuthorMessage
Boleh.com
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Boleh.com


Number of posts : 127
Age : 39
Points : 217
Registration date : 2013-01-09

GEMPA BUMI KUAT GEGAR WILAYAH ACEH Empty
PostSubject: GEMPA BUMI KUAT GEGAR WILAYAH ACEH   GEMPA BUMI KUAT GEGAR WILAYAH ACEH Icon_minitimeWed Jan 23, 2013 5:42 pm

BANDA ACEH, Indonesia : Satu gempa bumi kuat menggegarkan rantau barat Indonesia semalam dengan menyebabkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terbunuh manakala penduduk yang panik bertempiaran melarikan diri.
Beberapa orang cedera manakala sejumlah kediaman turut rosak dalam bencana tersebut.
Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia menyatakan, gempa tersebut yang berukuran 6.0 pada skala Richter tidak mencetuskan ombak besar tsunami.
Gempa itu berlaku sekitar pukul 5.22 pagi semalam dan mengejutkan penduduk di beberapa buah bandar dan perkampungan di sini, dalam wilayah Aceh di utara Pulau Sumatera.
Bencana itu disusuli oleh gempa susulan bermagnitud 4.7 beberapa minit kemudian.
Ketua Daerah Pidie, Sarjani Abdullah berkata, seorang budak perempuan berusia sembilan tahun ditemui mati di bawah timbunan rumahnya yang runtuh.
Menurut pegawai berkenaan, sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk seorang kanak-kanak berumur tiga tahun mengalami luka dan patah tulang.
Sebuah agensi bencana alam tempatan memberitahu, sekurang-kurangnya 30 buah rumah dan sebuah masjid runtuh di daerah Pidie Jaya dengan ratusan penduduk kini dipindahkan ke beberapa tempat perlindungan sementara.
“Kejadian ini menakutkan kami, kami masih trauma dengan gempa bumi itu,” kata seorang penduduk setempat, Masriadi.
“Isteri saya menjerit dan anak-anak saya pula menangis,” tambahnya lagi.
Satu gempa bumi kuat pada 26 Disember 2004 mencetuskan tsunami di Lautan Hindi yang meragut lebih 230,000 nyawa dengan separuh daripadanya merupakan penduduk wilayah Aceh. – AP
Back to top Go down
 
GEMPA BUMI KUAT GEGAR WILAYAH ACEH
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» IMAX Delay Spray - Ubat Kuat Tahan Lama - Ubat Kuat Store
» American Superman - Ubat Kuat Tahan Lama - Ubat Kuat Store
» Maxman IV / IX - Ubat Kuat Tahan Lama - Ubat-Ubat Kuat Store
» Catuaba Herba Lelaki Kuat‎
» Stamina Gel - tahan lama dan kuat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Melayu :: Isu semasa-
Jump to: