MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 PENJENAYAH LARIKAN BUDAK DAN TOYOTA WISH

Go down 
AuthorMessage
Boleh.com
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Boleh.com


Number of posts : 127
Age : 39
Points : 217
Registration date : 2013-01-09

PENJENAYAH LARIKAN BUDAK DAN TOYOTA WISH Empty
PostSubject: PENJENAYAH LARIKAN BUDAK DAN TOYOTA WISH   PENJENAYAH LARIKAN BUDAK DAN TOYOTA WISH Icon_minitimeWed Jan 23, 2013 5:42 pm

KUCHING : Seorang budak perempuan melalui detik mencemaskan selama 30 minit apabila dia dilarikan bersama kereta milik ibunya oleh sekumpulan perompak di sebuah stesen minyak di Jalan Matang di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 6.15 pagi, Cheyanne Michcal, 8, ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan Toyota Wish yang enjinnya dihidupkan tetapi berkunci selepas ibunya pergi ke tandas.
Kejadian tersebut disedari oleh ibu mangsa, Christinah Madan, 42, yang terkejut apabila mendapati kenderaan itu dan anaknya tiada selepas dia keluar dari tandas beberapa minit kemudian.
Bagaimanapun, Cheyanne bernasib baik apabila dia ditemui oleh seorang penjual kuih di kawasan Pasar Raya E-Mart kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sebelum mangsa dihantar ke Balai Polis Gita.
Ketika ditemui, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya itu sedang menangis meminta pertolongan orang awam.
Christinah yang juga seorang guru di SK St. John, Bau berkata, sebelum kejadian, dia meninggalkan anaknya di dalam kenderaan kerana ketika itu mangsa tidur.
“Saya hanya mampu menjerit meminta tolong kerana telefon, komputer serta beg tangan mengandungi wang, kad bank dan dokumen peribadi ditinggalkan di dalam kereta yang hilang bersama anak saya,” katanya ketika ditemui di sini.
Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia bernasib baik apabila terdapat orang awam sudi menghulurkan bantuan menghubungi suaminya sebelum dia pergi ke Balai Polis Gita untuk membuat laporan.
“Sebaik tiba di balai polis, saya terkejut melihat anak saya berada di situ,” katanya yang bersyukur kerana Cheyanne ditemui selamat selepas hilang kira-kira 30 minit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, polis percaya suspek berjaya melarikan kenderaan itu selepas mengumpil pintunya dengan alat khas mencuri kenderaan.
Back to top Go down
 
PENJENAYAH LARIKAN BUDAK DAN TOYOTA WISH
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gambar Menarik yg Boleh Di kongsi bersama
» BUDAK LELAKI MAUT DIHEMPAP TV
» HI SAYA BUDAK BARU
» salam dari budak baru...
» salam saya budak baru..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Melayu :: Isu semasa-
Jump to: