MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Tips Mendapatkan Gigi Putih

Go down 
AuthorMessage
Boleh.com
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Boleh.com


Number of posts : 127
Age : 39
Points : 217
Registration date : 2013-01-09

Tips Mendapatkan Gigi Putih Empty
PostSubject: Tips Mendapatkan Gigi Putih   Tips Mendapatkan Gigi Putih Icon_minitimeWed Jan 23, 2013 5:52 pm

Gigi putih adalah idaman bagi orang yang suka pada kebersihan dan kecantikan. Antara kelebihan utama gigi putih adalah ia boleh menyerikan wajah apabila senyum dan boleh beri keyakinan kepada diri.

Untuk dapatkan gigi putih, anda boleh cuba tips–tips di bawah:

1-Ambil kulit oren. Tenyehkan bahagian putih pada kulit oren pada gigi anda. Selepas beberapa hari, anda akan dapat lihat kesannya pada gigi anda.

2-Gosok gigi sebanyak tiga kali sehari dengan menggunakan ubat gigi yang ada formula untuk dapatkan gigi putih.

3-Kurangkan merokok, minum air kopi dan teh. Ketiga–tiga perkara ini adalah antara punca kepada pembentukan gigi kuning.

4-Campurkan garam dengan air limau yang di perah. Kemudian gosok gigi menggunakan bahan tersebut. Jika anda takut, anda boleh cuba amalkan minum jus limau pada setiap hari. Gigi anda akan bertukar menjadi putih secara perlahan–lahan, insyaAllah. Selain itu, gigi anda juga akan bertambah kuat.

5-Buang segala makanan yang terlekat pada gigi anda selepas anda makan. Gunakan flos untuk keluarkan segala makanan yang terlekat pada gigi anda. Jika anda biarkan makanan tersebut terus melekat, ia akan menjadi tempat kepada pembiakan bakteria. Bakteria juga adalah antara punca kepada pembentukan gigi kuning.

6-Minum air putih lebih banyak daripada air yang bergula atau air bergas.

7-Banyakkan makan strawberry. Ketika makan strawberry, anda tenyehkan sedikit pada gigi anda terutama di bahagian hadapan gigi dengan lidah anda. Teknik ini boleh memberi anda gigi putih.

8-Tips dapatkan gigi putih yang terakhir adalah anda pergi ke klinik gigi dan dapatkan rawatan gigi putih secara professional.
Back to top Go down
 
Tips Mendapatkan Gigi Putih
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» [Ebook Percuma] Tips Mendapatkan Gigi Putih
» Fakta Menarik- Petua Gigi Kuning Menjadi Putih
» 8 Tips Lebatkan Rambut
» Tips Atasi Cepat Pancut
» Dibaham Harimau Putih

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Sembang Melayu Boleh :: Dunia Lelaki-
Jump to: