MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Tersepit Di Kerusi Gara-Gara Bergurau

Go down 
AuthorMessage
Boleh.com
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Boleh.com


Number of posts : 127
Age : 39
Points : 217
Registration date : 2013-01-09

Tersepit Di Kerusi Gara-Gara Bergurau Empty
PostSubject: Tersepit Di Kerusi Gara-Gara Bergurau   Tersepit Di Kerusi Gara-Gara Bergurau Icon_minitimeWed Jan 23, 2013 5:59 pm

Seorang ibu terperangkap di sebuah kerusi duduk anaknya selepas bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung ke rumahnya di sini, lapor akhbar The Sun semalam.

Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilaporkan sedang meraikan majlis malam perkahwinan beliau bersama rakan wanitanya Jade Dickerson, sementara anaknya telah dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.

Curtis, ibu kepada tiga orang anak tersebut yang ketika itu sedang mabuk telah mengambil keputusan untuk duduk di dalam kerusi lipat milik anaknya sebelum tersepit di antara celah ruang tempat duduk kerusi berkenaan.

Dia dan Jade, 27, telah berusaha selama sejam untuk meloloskan diri dari kerusi tersebut namun gagal sehingga menyebabkan Curtis terpaksa berhenti seketika untuk berehat. Segala kejadian yang berlaku ini turut dirakamkan oleh Jade menggunakan telefon bimbitnya.

Jade akhirnya terpaksa memanggil pihak bomba untuk datang membantu membebaskan Curtis yang masih tersepit itu. Serena berasa malu dengan kejadian yang berlaku apabila beberapa anggota bomba tiba di rumahnya di Oxford.

"Saya berasa sangat malu. Saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Nasib baik kerusi ini telah menyembunyikan muka saya.

"Ini adalah kerusi lipat anak saya. Saya masih tidak memberitahunya lagi mengenai kejadian ini. Saya tunggu sehingga dia dewasa," katanya.

#Kah Kah Kah, nasib baik ko mabuk.
Back to top Go down
 
Tersepit Di Kerusi Gara-Gara Bergurau
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Karya Melayu Boleh :: Cerita Lawak-
Jump to: