MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 MCDONALDS BAYAR KOMUNITI ISLAM AS$700 RIBU

Go down 
AuthorMessage
Boleh.com
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Boleh.com


Number of posts : 127
Age : 39
Points : 217
Registration date : 2013-01-09

MCDONALDS BAYAR KOMUNITI ISLAM AS$700 RIBU Empty
PostSubject: MCDONALDS BAYAR KOMUNITI ISLAM AS$700 RIBU   MCDONALDS BAYAR KOMUNITI ISLAM AS$700 RIBU Icon_minitimeWed Jan 23, 2013 8:15 pm

DEABORN, Michigan : Rangkaian restoran makanan segera McDonalds dan seorang pemilik francaisnya bersetuju membayar AS$700,000 (RM2.1 juta) kepada komuniti Islam di sini, untuk menyelesaikan saman berhubung sebuah restoran itu menyiarkan iklan palsu bahawa makanan yang disediakan adalah halal.
McDonalds dan Syarikat Pengurusan Finley’s bersetuju pada Jumaat untuk membayar wang itu yang akan dikongsi bersama penduduk di sini, Ahmed Ahmed, sebuah klinik setempat dan Muzium Kebangsaan Arab Amerika serta peguam mereka.
Dalam komennya kepada agensi berita The Associated Press (AP) semalam peguam Ahmed, Kassem Dakhlallah berkata, beliau gembira dengan persetujuan itu yang dijangka dimuktamadkan pada 1 Mac depan.
Pada September 2011, Ahmed mendakwa telah membeli sandwic ayam di restoran Mcdonald di sini dan mendapati hidangan tersebut tidak halal malah, penyediaannya tidak dibuat berdasarkan garis panduan Islam.
Menurut Dakhlallah, McDonald menyediakan dua premis restoran makanan halal di AS dengan kedua-duanya terletak di sini ekoran daerah ini mempunyai bilangan penduduk Arab dan Islam antara yang terbesar di Amerika Syarikat.
Tambah Dakhlallah, restoran tersebut sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan produk halal tetapi mereka menjual makanan tidak halal apabila kehabisan stok.
“Ahmed telah menjalankan siasatan di premis berkenaan dan dia mendapati restoran tersebut memang menjual makanan yang tidak halal dan ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini terjadi.
“Satu surat telah dihantar kepada pihak pengurusan bagaimanapun tiada tindakan diambil oleh mereka,” katanya.
Mereka kemudian memfailkan saman di mahkamah Daerah Wayne pada November 2011 untuk tindakan selanjutnya.
Ini merupakan tuntutan pertama yang diterima McDonald di AS berkaitan isu makanan halal. – AP
Back to top Go down
 
MCDONALDS BAYAR KOMUNITI ISLAM AS$700 RIBU
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Portal Carian Peluang Menjana Pendapatan Untuk Komuniti Islam Dibuka sekarang...
» Guna telefonpun dah boleh buat DUIT RIBU-RIBU!!!
» Fulamak! komuniti
» Mesin topup dan bayar bil mudah alih
» primedollar bayar anda 100% payout.bertindaklah sekarang

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Melayu :: Isu semasa-
Jump to: