MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 JULIANA EVANS UCAP TAHNIAH-ZIZAN

Go down 
AuthorMessage
Boleh.com
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Boleh.com


Number of posts : 127
Age : 39
Points : 217
Registration date : 2013-01-09

JULIANA EVANS UCAP TAHNIAH-ZIZAN Empty
PostSubject: JULIANA EVANS UCAP TAHNIAH-ZIZAN   JULIANA EVANS UCAP TAHNIAH-ZIZAN Icon_minitimeWed Jan 23, 2013 8:15 pm

Seperti yang kita ketahui selepas hubungan percintaan antara pelakon dan pelawak, Zizan Razak dengan Juliana Evans tidak kesampaian, mereka dikhabarkan masih berkawan baik.
Oleh itu, baru-baru ini apabila mendapat tahu yang Zizan dan rakannya di dalam program Maharaja Lawak Mega 2012, Johan berjaya menjadi juara bagi program itu, Juliana ada mengirimkan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Zizan dengan ucapan tahniah.
Menurut Zizan yang dipetik dari Rotikaya, walaupun ketika ini Juliana atau lebih mesra dipanggil Jue sedang melanjutkan pelajaran University of Michingan, USA namun dia tidak lupa untuk menyampaikan ucapan tahniah.
“Walaupun Jue tinggal di sana (USA) namun dia tidak lupa untuk mengucapkan tahniah sejurus selepas kemenangan saya di MLM (Maharaja Lawak Mega) baru baru ini,” kata Zizan.
Tambahnya, hubungan dia dan Jue masih berkawan baik seperti biasa cuma jadual yang bercanggah membuatkan masing-masing agak sibuk.
“Saya pun tak tahu waktu tepat di sana sebenarnya, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing dan kami memang dah merancang untuk keluar bersama jika balik ke Malaysia jika ada kelapangan,” katanya ringkas.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Back to top Go down
 
JULIANA EVANS UCAP TAHNIAH-ZIZAN
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Melayu :: Isu semasa-
Jump to: