MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi

Go down 
3 posters
AuthorMessage
adikmas
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
adikmas


Number of posts : 350
Age : 38
Location : sorang-sorang kat opis..
Points : 397
Registration date : 2009-05-16

Karaktor
Experience:
Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Left_bar_bleue0/500Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Empty_bar_bleue  (0/500)

Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Empty
PostSubject: Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi   Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Icon_minitimeMon Jun 29, 2009 12:55 pm

Pengenalan
Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.

Gaya Tidur

Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.

Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Tempat Tidur

Cadangan tempat tidur bayi :

Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.
Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-

Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.
Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.

Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com
Nur Amira Muhamad
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Nur Amira Muhamad


Number of posts : 305
Age : 41
Location : Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Pantai
Points : 328
Registration date : 2009-05-18

Karaktor
Experience:
Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Left_bar_bleue0/500Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Empty_bar_bleue  (0/500)

Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Empty
PostSubject: Re: Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi   Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Icon_minitimeMon Jun 29, 2009 1:16 pm

tq mas..panduan yg bagus.
nati bila mira dh anak,mira akn ikut panduan ni... Laughing
Back to top Go down
http://www.miramira.com
shin chan
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
shin chan


Number of posts : 144
Age : 43
Points : 155
Registration date : 2009-09-27

Karaktor
Experience:
Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Left_bar_bleue500/500Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Empty_bar_bleue  (500/500)

Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Empty
PostSubject: Re: Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi   Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Icon_minitimeMon Sep 28, 2009 8:24 pm

info yang bagus adikmas Wink

tapi kalau orang kampung kan biasa ada amalan bedung2 bayi tu, macam mana pula ye? katanya bayi yang dibedung biasanya kurang terjaga dari tidur secara tiba2 sbb baby ni kadang2 bila dia tidur macam ada terkejut2 gitu..so katanya bila dibedung baby rasa macam didakap, buatkan mereka kurang rasa 'terkejut' tu..

maklum le blom ada pengalaman lg Razz
Back to top Go down
http://www.vervesample.com/809751905
Sponsored content





Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Empty
PostSubject: Re: Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi   Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi Icon_minitime

Back to top Go down
 
Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cara Yang Betul Baca Surah Yaasin
» Cenderahati Unik dan Eksklusif
» Untuk sape2 yang suke sgt tgk tv try la website nie
» Penambah berahi untuk isteri yang kurang bernafsu
» PHYTO PROSOLUTION | Untuk Zakar Yang Keras Dan Mantap |

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Pendidikan :: Ibu Bapa-
Jump to: