MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.

Go down 
+2
adikmas
PeyzA
6 posters
AuthorMessage
PeyzA
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
PeyzA


Number of posts : 212
Age : 44
Points : 259
Registration date : 2009-06-17

Karaktor
Experience:
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Left_bar_bleue0/500tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty_bar_bleue  (0/500)

tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitimeTue Jul 14, 2009 2:33 pm

Pertamanya, perlu saya katakan bahawa, saya ni bukanlah seorang pakar cinta atau pakar runding perhubungan. Namun, atas dasar perkongsian pengetahun dan pengalaman yang ada, maka saya gagahkan juga diri ini untuk menulis sikit sebanyak tentang tips yang diminta.

Saya harap, orang yang bertanya akan mendapat sikit info yang mungkin dapat menjadi panduan anda.

Berikut ini adalah tips yang dapat saya berikan.

1. Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH

Pada saya, ni adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa? Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW. Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya 17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa saja hajat kita? Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH.

Bukankah Nabi SAW dah ajar kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”

Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa, apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu hajat, samaada hajat duniawi atau hajat ukhrawi, yang berkaitan dengan ALLAH SWT atau dengan manusia, hendaklah dia mengambil wudhuk dengan sempurna, MENDIRIKAN SOLAT 2 rakaat, kemudian memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi SAW. Selepas itu berdoalah pada ALLAH SWT mohon hajat diperkenankan.

Itulah ajaran Islam pada kita. Ada hajat, ada masalah, terus minta dengan ALLAH. Solat 2 rakaat, puji ALLAH, selawat atas Nabi SAW, mengadu dan merintihlah pada ALLAH supaya menolong dan menentukan yang terbaik buat kita. So, mengapa kita tak buat apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan disuruh oleh Nabi SAW ni pada kita?

Ramai diantara kita, hanya menjadikan solat hajat dan doa ini sebagai cara atau jalan terakhir kita meminta sesuatu. Apabila dah tak berjaya, apabila dah tiada makhluk lain yang dapat menolong kita, barulah nak terhegeh-hegeh berdoa dan mohon pertolongan ALLAH. Patutkah begitu? Pada saya cara macam tu silap. Sebetulnya, apa2 pun, perkara pertama yang perlu kita buat dulu ialah, SOLAT 2 RAKAAT & BERDOA PADA ALLAH dulu. Mohonlah sungguh2 pada ALLAH supaya menunaikan hajat dan permintaan kita. Kemudian, usaha lah dengan apa cara sekalipun dalam mencapai hajat kita.

Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…

2. Ajak jumpa dan perkenalkan lelaki atau pakwe dengan mak ayah kita

Tunjukkan bahawa anda serius dalam perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah perkenalkan lelaki atau pakwe anda pada mak ayah anda, maka lakukannya segera. Ajak la lelaki atau pakwe anda jumpa dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali.

Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya lelaki atau pakwe anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main2 saja dengan anda.

Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah lelaki atau pakwe anda tu betul2 serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau dia sendiri tak serius dan hanya nak main2 dengan anda, adakah orang yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda??

So, kenalpasti dulu, pada tahap mana lelaki atau pakwe anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam nak main2 saja dengan anda, pada saya, tiada gunanya pun anda pujuk dia. Sebab dia hanya akan bagi macam2 alasan dan helah untuk tidak masuk meminang anda, apatah lagi nak menikahi anda. Nasihat saya, kalau ada lelaki atau pakwe yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?

Abang, jomla kita jumpa papa dan mama I...

Abang, jomla kita jumpa papa dan mama I...


3. Berterus terang sajalah

Pada saya, tiada jalan lain yang paling bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan, anda kena berterus terang dengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-mana dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan semua perasaan dan rancangan anda pada dia.

Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betul-betul serius dengan anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau dia kata dia masih belum bersedia, tanya pada dia, agak2 bila dia akan jadi bersedia? Suruh dia berikan tentatif atau perancangan kasarnya. Saya yakin, kalaupun dia masih belum bersedia, tapi perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda.

Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu. Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan nak main-main dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda pujuk dia? Kalau mungkin pun ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin degnan dia nanti?

So, kepada yang bertanya dan meminta tips memujuk lelaki supaya cepat masuk meminang ni. Cubalah praktikkan 3 tips yang saya terangkan ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum buat, saya rasa, tiada gunanya saya berikan tips bagaimanan untuk pujuk lelaki masuk meminang. Sebab ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.

Apa kata anda???
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
adikmas
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
adikmas


Number of posts : 350
Age : 38
Location : sorang-sorang kat opis..
Points : 397
Registration date : 2009-05-16

Karaktor
Experience:
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Left_bar_bleue0/500tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty_bar_bleue  (0/500)

tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: Re: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitimeMon Jul 27, 2009 6:27 pm

Smile Smile Smile
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com
Nur Amira Muhamad
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Nur Amira Muhamad


Number of posts : 305
Age : 41
Location : Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Pantai
Points : 328
Registration date : 2009-05-18

Karaktor
Experience:
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Left_bar_bleue0/500tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty_bar_bleue  (0/500)

tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: Re: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitimeTue Jul 28, 2009 9:29 am

mas2ra wrote:
Smile Smile Smile

amboi massss....
hehe..suka nya dia Very Happy
Back to top Go down
http://www.miramira.com
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Left_bar_bleue0/500tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty_bar_bleue  (0/500)

tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: Re: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitimeTue Jul 28, 2009 5:20 pm

Nur Amira Muhamad wrote:
mas2ra wrote:
Smile Smile Smile

amboi massss....
hehe..suka nya dia Very Happy

mira dh wat lum?? pi buat cpt2
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
AR
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
AR


Number of posts : 425
Age : 51
Points : 452
Registration date : 2009-04-29

Karaktor
Experience:
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Left_bar_bleue0/500tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty_bar_bleue  (0/500)

tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: Re: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitimeTue Jul 28, 2009 9:23 pm

rasa cam tau je sape yg mintak tips ni kat peyza...
patut lah dia bwak pakwe jumpa mak ayah.
hehehe.....
Back to top Go down
Nur Amira Muhamad
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Nur Amira Muhamad


Number of posts : 305
Age : 41
Location : Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Pantai
Points : 328
Registration date : 2009-05-18

Karaktor
Experience:
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Left_bar_bleue0/500tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty_bar_bleue  (0/500)

tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: Re: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitimeThu Jul 30, 2009 9:45 am

kambing wrote:
Nur Amira Muhamad wrote:
mas2ra wrote:
Smile Smile Smile

amboi massss....
hehe..suka nya dia Very Happy

mira dh wat lum?? pi buat cpt2

uiksss..pehal lak mira yg kena buat?
kalau dia nk masuk..masuk je laaa... Laughing
x perlu mira nk bgtau..huhu
Back to top Go down
http://www.miramira.com
Nur Amira Muhamad
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Nur Amira Muhamad


Number of posts : 305
Age : 41
Location : Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Pantai
Points : 328
Registration date : 2009-05-18

Karaktor
Experience:
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Left_bar_bleue0/500tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty_bar_bleue  (0/500)

tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: Re: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitimeThu Jul 30, 2009 9:46 am

AR wrote:
rasa cam tau je sape yg mintak tips ni kat peyza...
patut lah dia bwak pakwe jumpa mak ayah.
hehehe.....

hehe..mira pun rasa cam tau jer AR..
jeng..jeng..jeng.. Twisted Evil
Back to top Go down
http://www.miramira.com
adikmas
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
adikmas


Number of posts : 350
Age : 38
Location : sorang-sorang kat opis..
Points : 397
Registration date : 2009-05-16

Karaktor
Experience:
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Left_bar_bleue0/500tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty_bar_bleue  (0/500)

tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: Re: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitimeThu Jul 30, 2009 10:43 am

Nur Amira Muhamad wrote:
AR wrote:
rasa cam tau je sape yg mintak tips ni kat peyza...
patut lah dia bwak pakwe jumpa mak ayah.
hehehe.....

hehe..mira pun rasa cam tau jer AR..
jeng..jeng..jeng.. Twisted Evil

ish ish sapa la dok mtk tip mcm tu kat abg peyza..
benda mcm tu pun nak tip ka??
tgk mcm mas, x yah tip pape pun...
kalau dia ikhlas nak hubungan tu lebih srius, x yah ajak mai, dia sndri akn mai jumpa fmly kita..

p/s: abg peyza sapa yg mtk tip mcm tu???
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com
PeyzA
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
PeyzA


Number of posts : 212
Age : 44
Points : 259
Registration date : 2009-06-17

Karaktor
Experience:
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Left_bar_bleue0/500tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty_bar_bleue  (0/500)

tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: Re: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitimeThu Jul 30, 2009 10:54 am

uik...peyza hanya letak saja untuk bacaan forumer sekalian...x ada saper2 mintak pun...sekadar informasi untuk dikongsikan bersama
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
Azhari
Ahli Baru
Ahli Baru
Azhari


Number of posts : 22
Age : 36
Points : 45
Registration date : 2009-05-18

Karaktor
Experience:
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Left_bar_bleue0/500tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty_bar_bleue  (0/500)

tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: Re: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitimeWed Aug 25, 2010 1:34 am

saya tambah satu lagi tip boleh...

ini dia, "abang nak pinang sayang tak? kalau tak nak, sayang panggil orang lain pinang sayang" Very Happy
Back to top Go down
http://infobizmalaysia.com
Sponsored content





tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Empty
PostSubject: Re: tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.   tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang. Icon_minitime

Back to top Go down
 
tips memujuk lelaki atau cara memujuk lelaki untuk cepat masuk meminang.
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» TIPS MEMIKAT WANITA (HANYA UNTUK BACAAN KAUM LELAKI)...hehehe
» Tips Atasi Cepat Pancut
» [Ebook Percuma 18sx] Tips Atasi Cepat Pancut
» [Ebook Percuma 18sx] Tips Atasi Cepat Pancut
» PTCTeacher, cara cepat utk untung!!!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Sembang Melayu Boleh :: Pendapat anda-
Jump to: