MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Hati, Ramadhan dan Aidilfitri...

Go down 
2 posters
AuthorMessage
PeyzA
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
PeyzA


Number of posts : 212
Age : 44
Points : 259
Registration date : 2009-06-17

Karaktor
Experience:
Hati, Ramadhan dan Aidilfitri... Left_bar_bleue0/500Hati, Ramadhan dan Aidilfitri... Empty_bar_bleue  (0/500)

Hati, Ramadhan dan Aidilfitri... Empty
PostSubject: Hati, Ramadhan dan Aidilfitri...   Hati, Ramadhan dan Aidilfitri... Icon_minitimeFri Sep 18, 2009 11:11 am

Pandangan mata selalu menipu

Pandangan akal selalu tersalah

Pandangan nafsu selalu melulu

Pandangan hati itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih

Pandangannya akan menembus hijjab

Hati jika sudah bersih

Firasatnya tepat karena Allah

Tapi hati jika dikotori

Bisikannya bukan lagi kebenaran

Tapi hati jika dikotori

Bisikannya bukan lagi kebenaran

Itulah lirik lagu nasyid yang sering kedengaran di sekolah agama dulu-dulu.
Amat menarik untuk kita jadikan iktibar dari dulu, kini dan selamanya...

Lagu tersebut menekankan tentang betapa peri pentingnya kita menjaga hati.
Rasulullah SAW pernah bersabda yg bermaksud :

"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Muthaffifiin, ayat 14 yang bermaksud :

Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.

Bayangkan berapa titik hitam yang sudah terpalit di hati sepanjang hidup kita jika kita tiada uasaha untuk menjernihkannya dengan taubat dan zikrullah. Hati yang hitam dan keras akan menjadi penghalang kepada masuknya cahaya iman dan ilmu serta akan menimbulkan niat-niat yang tidak suci dalam apa jua yang kita lakukan. Kerana hatilah tempat bermulanya segala niat dan perlakuan kita.

Sempena bulan keampuan dan penuh rahmat ini marilah kita sama-sama menyucikan hati dan jiwa kita agar hidup kita penuh dengan ketaatan kepada Allah. Sucikanlah jiwa kita sebersih-bersihnya agar hidup kita lebih diberkati dalam apa jua yang kita lakukan. Janganlah lagi kita menjalani hidup yang sia-sia dengan hati yang penuh hitam selepas Ramadhan ini kerana belum tentu Ramadhan ada untuk kita akan datang.

Aidilfitri yang bakal menjelang juga merujuk kepada hari raya fitrah, yakni meraikan kejayaan kita untuk kembali kepada fitrah. Dan manusia secara fitrahnya itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih jiwanya serta cenderung ke arah kebaikan.
Maka titik pertemuan kita dengan Syawal ini seharusnya mencetuskan perubahan dalam diri kita ke arah kebaikan. Kita perlu menginsafi bahawa bulan Ramadan yang bakal meninggalkan kita merupakan medan latihan terbaik untuk membuat anjakan
paradigma dalam diri sendiri. Ramadan yang dimanfaatkan sebaiknya akan tercermin dalam diri kita walaupun setelah ia berlalu. Semoga kita berjaya menempuh ujian ini dengan mendapat anugerah sebagai insan berhati bersih. Wallahu'alam...

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 40
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
Hati, Ramadhan dan Aidilfitri... Left_bar_bleue500/500Hati, Ramadhan dan Aidilfitri... Empty_bar_bleue  (500/500)

Hati, Ramadhan dan Aidilfitri... Empty
PostSubject: Re: Hati, Ramadhan dan Aidilfitri...   Hati, Ramadhan dan Aidilfitri... Icon_minitimeFri Sep 18, 2009 11:24 am

Salam Aidilfitri juga kpd peyza..
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
 
Hati, Ramadhan dan Aidilfitri...
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Islam :: Sembang Agama-
Jump to: