MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah

Go down 
4 posters
AuthorMessage
riyaz_R9
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
riyaz_R9


Number of posts : 232
Age : 37
Points : 273
Registration date : 2008-12-05

Karaktor
Experience:
SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Left_bar_bleue0/500SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty_bar_bleue  (0/500)

SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty
PostSubject: SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah   SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Icon_minitimeMon Oct 05, 2009 9:38 am

Dipetik dari Harakahdaily.net
oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi


1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undfang syariah dalam negara ini .

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .

6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil.

7. Sebatan mengikut cara Islam :

a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.

8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula:

a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

9. Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam , suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam .

10. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadhir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ?

11. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam .

12. Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ?

13. Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sister In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah ?

14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?

15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpersepsi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya .

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Back to top Go down
shin chan
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
shin chan


Number of posts : 144
Age : 43
Points : 155
Registration date : 2009-09-27

Karaktor
Experience:
SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Left_bar_bleue500/500SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty_bar_bleue  (500/500)

SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty
PostSubject: Re: SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah   SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Icon_minitimeMon Oct 05, 2009 11:48 am

peliknya org yang nak kene rotan pon tak bising2..huhu Rolling Eyes
Back to top Go down
http://www.vervesample.com/809751905
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 41
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Left_bar_bleue500/500SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty_bar_bleue  (500/500)

SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty
PostSubject: Re: SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah   SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Icon_minitimeMon Oct 05, 2009 12:42 pm

org yg sibuk nak membela tu patutnye kena rotan.....! he..he..he..baru padan muka! affraid
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
shin chan
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
shin chan


Number of posts : 144
Age : 43
Points : 155
Registration date : 2009-09-27

Karaktor
Experience:
SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Left_bar_bleue500/500SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty_bar_bleue  (500/500)

SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty
PostSubject: Re: SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah   SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Icon_minitimeMon Oct 05, 2009 6:19 pm

betul sgt tu ais..kita rotan je dia.. Twisted Evil
takkan dah buat salah langsung takleh hukum plak..dah salah tu salah le..Kartika tu sendiri mengaku salah, redha dengan hukuman yang tak seberapa tu..org lain plak sebok2.......
ala, hukuman rotan tu bukannya sampai berbirat pon, langsung tak setaraf hukuman sebat pesalah sivil...
dunia..dunia......

silent
Back to top Go down
http://www.vervesample.com/809751905
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 41
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Left_bar_bleue500/500SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty_bar_bleue  (500/500)

SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty
PostSubject: Re: SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah   SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Icon_minitimeMon Oct 05, 2009 6:23 pm

shin chan wrote:
betul sgt tu ais..kita rotan je dia.. Twisted Evil
takkan dah buat salah langsung takleh hukum plak..dah salah tu salah le..Kartika tu sendiri mengaku salah, redha dengan hukuman yang tak seberapa tu..org lain plak sebok2.......
ala, hukuman rotan tu bukannya sampai berbirat pon, langsung tak setaraf hukuman sebat pesalah sivil...
dunia..dunia......

silent

tu lah....
sebenarnya org yg bising2 tu sbb ada kepentingan peribadi!... x payahlah konon nak memperjuangkan nasib / hak wanita.... byk lagi benda lain yg lebih penting yg blh diperjuangkan kalau mrk benar2 ikhlas..
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
shin chan
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
shin chan


Number of posts : 144
Age : 43
Points : 155
Registration date : 2009-09-27

Karaktor
Experience:
SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Left_bar_bleue500/500SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty_bar_bleue  (500/500)

SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty
PostSubject: Re: SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah   SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Icon_minitimeMon Oct 05, 2009 6:46 pm

bangak sgt NGO yang konon2 nak perjuangkan hak asasi manusia..sampaikan untuk benda2 tak logik pon konon nak dipertahankannya...... silent
Back to top Go down
http://www.vervesample.com/809751905
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Left_bar_bleue0/500SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty_bar_bleue  (0/500)

SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty
PostSubject: Re: SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah   SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Icon_minitimeFri Dec 04, 2009 8:11 am

Menjatuhkan maruah??...Bukanke time dia minum arak sudah menjatuhkan maruah??....Kenapa cakap hukuman tu menjatuhkan maruah sedangkan dari awal lagi dia dah menjatuhkan maruah diri sendiri...

Memang tak logik langsung...Tak usahla buat macam tu kalau pengetahuan agama sempit...Buat malu aje...Kalau I malu I..ekekeke...
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
Sponsored content





SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Empty
PostSubject: Re: SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah   SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah Icon_minitime

Back to top Go down
 
SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Keputusan seorang ayah...
» Jana Bonus Lumayan Melalui Bisnes MLM Syariah HPA
» HARGA RUMAH MAHAL MELAMPAU- Kaedah Penyelesaian
» Imax Delay Spray | Menghilangkan Sensitiviti Melampau | Orgasm Berpanjangan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Melayu :: Isu semasa-
Jump to: