MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Kahwin lewat satu budaya masa kini ?

Go down 
3 posters
AuthorMessage
rietpg
Forumer
Forumer
rietpg


Number of posts : 35
Age : 46
Location : TPG
Points : 77
Registration date : 2009-06-07

Karaktor
Experience:
Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Left_bar_bleue0/500Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty_bar_bleue  (0/500)

Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty
PostSubject: Kahwin lewat satu budaya masa kini ?   Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Icon_minitimeThu Nov 26, 2009 1:32 am

Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Images
Perkongsian ehsan dari email yang diperolehi dari Karma Junoh. Apa komen anda. Mari sama-sama kita sembangkan.

Wanita tidak gentar digelar andartu atau andalusia

GEJALA wanita terpelajar lewat berkahwin di Malaysia tetap menjadi topik hangat masyarakat meskipun zaman sudah berubah dan keadaan itu tidak menggentarkan kelompok terbabit.

Stigma digelar anak dara tua atau lebih kerap disebut sebagai andartu dan kumpulan lebih nakal mengelompokkan mereka ini dengan istilah andalusia bermaksud anak dara lanjut usia, seolah-olah tidak menghantui diri mereka sama sekali.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, enam tahun lalu, menyarankan agar Program Bertemu Jodoh diadakan, sekiranya masalah itu semakin meruncing.

Program yang bertujuan membantu kelompok terbabit, khususnya yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya memuaskan cenderung berkahwin pada usia lanjut dengan sesetengah daripada mereka ini menamatkan zaman bujang mereka pada usia pertengahan 30-an.

Persoalan timbul, apakah kecenderungan ini dipengaruhi perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita seperti melanjutkan pelajaran, bekerja membantu keluarga; kesukaran mendapat pasangan sesuai atau sepadan; alasan ekonomi atau masalah peribadi?

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Samad Kechot, melihat gejala lelaki dan wanita berkahwin lewat sebagai masalah sepunya masyarakat dan bukannya individu.

“Kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan, mempengaruhi pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan apalagi yang memegang jawatan profesional, menggalakkan keadaan ini untuk terus berlaku,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Bangi, baru-baru ini.

Justeru, beliau berharap masyarakat tidak memandang rendah kepada wanita yang lambat berkahwin kerana ia bukan perkara baru, tanpa menafikan hadirnya pandangan negatif masyarakat seperti dipandang serong dan menjejaskan tahap kesuburan wanita.

Selain itu, beliau bimbang sekiranya kelompok terbabit terpengaruh dengan budaya masyarakat barat seperti di Amerika Syarikat yang menolak konsep perkahwinan dan menghalalkan seks bebas sekali gus menyebabkan akidah tergelincir dan peningkatan masalah sosial masyarakat Melayu.

“Sebagai umat Islam dan orang Melayu, kita perlu bersandarkan nilai agama dan budaya orang timur. Agama menuntut umat Islam berkahwin awal bagi menghindarkan maksiat. Bagaimanapun, tidak salah sekiranya belum sampai jodoh atau ada tanggungjawab berat terhadap keluarga,” ujarnya.

Justeru, Dr Abdul Samad mengingatkan wanita berkerjaya agar sedar bahawa perkahwinan adalah satu syariat dan tuntutan dalam membina masyarakat yang unggul. Kahwin pada usia lewat tanpa alasan kukuh hanya akan memberi kesan buruk kepada individu dan orang sekeliling mereka.

Beliau memetik daripada kitab al-Ihya’ Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali yang menekankan perkahwinan adalah perkara penting kepada setiap individu bagi menghasilkan keturunan agar dunia tidak kepupusan makhluk daripada bangsa manusia.

“Kitab ini turut menekankan perkahwinan dapat menghilangkan tekanan nafsu syahwat yang sentiasa mengganggu dalam ibadat manusia, menenangkan gangguan hati dalam urusan rumah tangga dan menggembirakan hati seseorang melalui perhubungan suami isteri,” ujarnya.’

Beliau mencadangkan syarat berpoligami dilonggarkan dalam usaha mengatasi masalah wanita berkahwin lambat kerana Islam membenarkan perkara terbabit, tetapi sukar diterima wanita yang sering melihatnya sebagai perkara negatif.

Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Norazirawati Ahmad, menerusi pengalaman peribadinya menegaskan isu kahwin lewat sebenarnya sesuatu yang sangat subjektif.

“Saya sendiri, baru berkahwin pada 3 Oktober lalu pada usia 35 tahun, manakala suami pula berusia 41 tahun. Perkenalan kami hanya berusia sebulan dan diusahakan oleh kalangan teman kami yang ingin melihat kami melalui kehidupan berkeluarga,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan faktor utama wanita berkahwin lewat bukanlah disebabkan terlalu taksub dengan kerjaya, tetapi tidak menganggap perkahwinan sebagai cita-cita yang perlu dipenuhi terlebih dulu berbanding perkara lain.

“Seperti pengalaman saya, tahun ini baru terfikir dengan serius untuk berkahwin sedangkan sebelum ini tidak terlintas langsung selain tiada desakan daripada keluarga dan teman rapat sehingga ia tidak dirasakan sebagai suatu bebanan,” jelasnya.

Norazirawati yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Sheikh Muhamad Hizam Sheikh Khairuddin, menggalakkan mereka yang serius memikirkan soal jodoh untuk mendekatkan diri kepada Tuhan kerana ia faktor utama membawa seseorang itu bertemu jodoh sebenar.

“Bila kita serius memikirkan untuk melangkah ke alam perkahwinan, kita perlu menyediakan diri dan minda ke arah itu serta mendekatkan diri kepada Tuhan seperti melakukan sembahyang Tahajud. Paling penting sokongan daripada keluarga terutama ibu dan teman rapat ,” katanya.

Beliau mengakui banyak berikhtiar secara rohaniah dengan mendekatkan diri kepada Allah sepanjang pencarian saya terhadap jodoh itu malah, selain saya dan ibu melakukan solat sunat pada tengah malam, saya turut membaca Yassin serta mempelajari ilmu rumah tangga seperti memasak,” jelasnya.

Norazirawati juga berasa semua perkara berkaitan dengan jodoh sudah ditetapkan Allah SWT sejak azali, tetapi manusia perlu berusaha terutama memohon petunjuk daripada Ilahi agar memudahkan jalan untuk bertemu jodoh yang diimpikan.

“Yang penting, jangan berputus asa. Malahan, sekiranya bertemu dengan sesiapa saja yang berniat untuk mengenali kita, maka hendaklah memberi peluang dan jangan terlalu mengharapkan bakal pasangan sempurna kerana diri sendiri juga belum tentu sesempurna untuk pasangan kita,” tagasnya.

http://tinyurl.com/duit-perkahwinan
Back to top Go down
http://rebizinfo.com
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Left_bar_bleue0/500Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty_bar_bleue  (0/500)

Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty
PostSubject: Re: Kahwin lewat satu budaya masa kini ?   Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Icon_minitimeSun Nov 29, 2009 6:30 pm

Good info...

Pada pandangan kak zie secara lahiriah,semua orang ingin berumah tangga,berkongsi suka duka dengan orang yang kita sayang,tapi tak semudah yang kita cakap...

kita harus bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum melangkah ke alam perkahwinan,ia bukan satu permainan, kalau suka kahwin,kalau tak cerai je...


jika seseorang itu lambat berumah tangga bukan bermakna dia tidak mau,tapi mungkin ada faktor2 lain,seperti apa yang tertera pada text ini..
dan ia juga tidak terjadi pada waniat terpelajar saja,infect ia terjadi juga pada wanita yang kurang berpendidikan.

kak zie rasa tak semua wanita ingin lambat kahwin.....tapi kadang2 tu dah dicuba berkali2,tapi masih lagi solo....ini lah ketentuan Tuhan....

atau ada sesetengah tu yang mengalami keluarga yang bercerai berai,ini juga satu masaalah sosial...yang meninggalkan kesan negative pada anak2.

dari segi kesihatan ia memang tidak digalakkan,kerana sebagaimana yang kita tau tahap kesuburan wanita akan berkurangan pabila usia kita meningkat.

sori eh kalau salah cakap..
Back to top Go down
rietpg
Forumer
Forumer
rietpg


Number of posts : 35
Age : 46
Location : TPG
Points : 77
Registration date : 2009-06-07

Karaktor
Experience:
Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Left_bar_bleue0/500Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty_bar_bleue  (0/500)

Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty
PostSubject: Re: Kahwin lewat satu budaya masa kini ?   Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Icon_minitimeMon Nov 30, 2009 1:18 am

Terima kasih di atas perkongsian..Emmmm..dlm moden serba canggih ni diapit pula cabaran global yang penuh ranjau serta disalut dengan hiburan dan maksiat tak terbendung membuatkan kekuatan iman seseorang yang bergelar manusia mudah hanyut.
Perkahwinan yang sah adalah jalan terbaik serta berbekalkan ilmu rumahtangga dan memahami peranan masing-masing dalam menjalankan tangungjawap bersandarkan kepada Islam.
Mutakhir ini kita sedar banyak kes-kes isteri-isteri menderhaka kepada suami, si suami pula main kayu tiga tanpa ikatan yang sah yang mungkin pada pendapat saya mempunyai kaitan yang kuat berlakunya perpecahan rumah tangga.
Berbalik kepada isteri-isteri menderhaka kepada suami sudah pasti anda pernah mendengar hadis sahih menyebut ia adalah salah satu tanda-tanda kecil qiamat.
Persoalannya di sini adakah wanita-wanita di luar sana dinilai dari segi kualiti atau kuantiti ?

http://tinyurl.com/duit-perkahwinan
Back to top Go down
http://rebizinfo.com
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Left_bar_bleue0/500Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty_bar_bleue  (0/500)

Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty
PostSubject: Re: Kahwin lewat satu budaya masa kini ?   Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Icon_minitimeMon Nov 30, 2009 4:39 pm

memang betul dalam zaman yang serba canggih ni,kita tak nafi berlaku nya perkara-perkara yang tak di ingini..tapi itu bergantung pada individu itu sendiri

kita juga harus ingat tak setiap perkahwinan itu akan menjamin kebahagian,bersuami ada baik buruknya begitu juga jika kita hidup membujang,semua ada pro and cons

jodoh pertemuan,rezeki dan ajal kan kerja Tuhan siapa kita untuk mencampuri urusan NYA.

bila seseorang itu tidak mahu mengakhiri zaman solo nya,bukan bererti hidup nya tidak sempurna,itu bergantung apa yang dia inginkan dan hala tuju dalam hidup ni,jika seorang wanita itu tahu apa yang dia mahu,tidak timbul gejala sosial ni

tepuk dada tanya selera

setelah pasangan di ijab qabul....masing-masing mesti tau tanggung jawab masing-masing dan menerima pasangan seada nya,tapi sayang tak ramai yang tau tanggung jawab yang harus dipikul dan bermula lah episode isteri menderhaka dan sisuami main kayu tiga.

bila isteri menderhaka.......itu yang menunjukkan sisuami tadi gagal!!
dalam hal ini kak zie rasa kita tak bole nak salahkan si isteri 100%

si suami harus muhasabah diri memikirkan apa yang patut dilakukan supaya isteri tadi menjadi isteri solehah...jika si isteri tersilap langkah perbetulkan,segala teguran harus bermula dari awal....bukan sudah terlewat baru nak cari jalan penyelesaian.

Please lah....when thing goes wrong don't put the blame on wife....this is not fair at all

sori lah kalau text kak zie ter off topic
Back to top Go down
rietpg
Forumer
Forumer
rietpg


Number of posts : 35
Age : 46
Location : TPG
Points : 77
Registration date : 2009-06-07

Karaktor
Experience:
Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Left_bar_bleue0/500Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty_bar_bleue  (0/500)

Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty
PostSubject: Re: Kahwin lewat satu budaya masa kini ?   Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Icon_minitimeMon Nov 30, 2009 8:16 pm

Kak Zie...jgn emosi sangat.

Berkenaan ".....don't put the blame on wife..." memang it is unfair jika menuding sebelah pihak sahaja. Dalam berumah tangga ni perlu ada sifat kasih-mengasihi dan bertolak ansur dalam banyak hal.

Bila kita menyebut berkenaan kualiti memang Islam telah mensyariatkan apakah ciri-ciri seorang bakal isteri yang baik.

Bagi seseorang ANDALUSIA atau ANTELUSIA ni perlulah mencari seperti mana tertulis dalam quran mengenai syarat-syarat pemilihan jodoh itu sendiri.

Sebenarnya memang sukar nak memilih yang terbaik dan sempurna sifatnya. Bila namanya manusia pasti ada Pro & Con. Ini kerana soal jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan dari rabbul jalil.

Persoalannya di sini adakah masing-masing bermuhasah diri dan sentiasa percaya dengan yakin bahawa jodoh pertemuan di tangan Allah 100% ?
Back to top Go down
http://rebizinfo.com
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Left_bar_bleue0/500Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty_bar_bleue  (0/500)

Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty
PostSubject: Re: Kahwin lewat satu budaya masa kini ?   Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Icon_minitimeTue Dec 01, 2009 4:36 pm

hahh?? kak zie emosi ke?? ermm......Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Thinking


Ok berbalik pada topik ni....

Sebagaimana yang kita tau setiap kejadian ada lah ketentuan Ilahi,tapi sebagai manusia kita juga harus berusaha kearah itu...

Kan ada kata-kata yang berbunyi "kita merancang Tuhan yang menentukan"


Kita tidak bole duduk berdoa sepanjang masa tanpa berusaha mencari,disini bukan lah maksud kak zie perigi mencari timba ya..(walaupun dewasa ini memang ada wanita yang memulakan dulu)...
Tetapi sebagai wanita muslim kita kena tau lah batas-batas yang diizinkan.

Dalam Islam sendiri sudah diberi garis panduan untuk memilih jodoh.

Walau apa pun kita kena yakin yang jodoh itu telah ditentukan oleh Allah,cuma lambat dgn cepat saja,

Allah telah menyatakan
"maha suci ALLAH yg telah menjadikan bagi satu itu mesti ada pasangan nya"

Mungkin belum bertemu dgn pasangan tadi....
Back to top Go down
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 41
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Left_bar_bleue500/500Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty_bar_bleue  (500/500)

Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty
PostSubject: Re: Kahwin lewat satu budaya masa kini ?   Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Icon_minitimeTue Dec 29, 2009 12:00 pm

izinkn aiskacang beri sedikit pendapat ye... Smile

bila kita tgk topik di atas, semua mesti akan kaitkn dgn wanita/perempuan... kenapa ye?
kenapa golongan lelaki selalu je t'lepas dr persepsi -ve msykt? hi..hi...

pd pandangan aiskacang, kebykn perempuan kahwin lewat skrg ni bukanlah sebenarnya satu budaya / trend zaman skrg.. tapi ada faktor2 yg m'halang. misalnya:-

1) keutamaan kpd keluarga - esp kalau keluarga susah
- sbg anak yg b't/jwb, sesorg tu (esp kalau dia anak sulung / ada ramai adik2) selalunya inginkn spy adik2nya, ibu bapanya hidup senang / t'bela sblm dia m'ambil keputusn m'bina keluarga sendiri. maklumlah, sbg perempuan, slps sj kawin, syurga di bwh tapak kaki suami - bknnya slps kawin x blh lg nak bntu keluarga, tp kehidupn da ada kluarga sendiri x akan sama, tambah2 lg kalau dah beranak-pinak. lebih buruk lg kalau dpt suami yg < t/jwb..

2) kerjaya
- faktor ke-2 ni sebenarnya b'kait rapat juga dgn no. 1. s'sorg perempuan yg b'nasib baik dpt melanjutkn pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya m'dpt pekerjaan yg baik, tentu sekali ingin b'kongsi kesenangan dgn keluarganya yg sblm ini telah byk m'beri dorongan dan sokongan. seterusnya, s'sorg wanita berkerjaya biasanya adalah seorg yg komited t'hdp tugas. b'banding pekerja lelaki, t/jwb / komitmen wanita kpd sykt / majikan biasanya lebih tinggi.

3) lelaki tidak berminat kpd wanita b'pelajaran / b'kerjaya
- tiada perempuan sejati yg tidak ingin mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri. tanyalah siapa sahaja (kalau ada tu, dia bkn perempuan sebenarnya). kebykn wanita kini menghabiskan byk masa melanjutkn pelajaran. seawal2nya, umur 24 th baru dpt ijazah dan mula bekerja. apabila telah tercebur dlm dunia pekerjaan, peluang bergaul dgn msykt semakin b'kurang, terutama bg mrk yg bkn jenis sosial. di pejabat, mungkin dia dipandang tinggi / disegani oleh org sekeliling krn kedudukan/jawatannya - jadi tiada siapa yg berani m'dekati.. lebih2 lg bg lelaki yg tidak suka perempuan yg "lebih" drpnya (dr segi gaji/pangkat/pelajaran dsb)

mmmm.... rase2 cm da pjg lebar lak...
minta maaf kalau ada t'silap fakta - semua ini sekadar b'kongsi maklumat b'dasarkan pengalaman sendiri dan rakan2... wallahua'lam.. Smile
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
Sponsored content





Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Empty
PostSubject: Re: Kahwin lewat satu budaya masa kini ?   Kahwin lewat satu budaya masa kini ? Icon_minitime

Back to top Go down
 
Kahwin lewat satu budaya masa kini ?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KAD KAHWIN VERSI PASSPORT KINI DI MALAYSIA!!..
» cara masa kini.jana duit bagi merka yang ?
» PINJAMAN PERIBADI TERBAIK MASA KINI (PAYOUT 100%, BLACKLIST JUGA LAYAK)
» Legian Gel Kini Murah‎
» Cataract satu ancaman

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Sembang Melayu Boleh :: Pendapat anda-
Jump to: