MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 KEMURUNGAN..

Go down 
2 posters
AuthorMessage
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 41
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
KEMURUNGAN.. Left_bar_bleue500/500KEMURUNGAN.. Empty_bar_bleue  (500/500)

KEMURUNGAN.. Empty
PostSubject: KEMURUNGAN..   KEMURUNGAN.. Icon_minitimeWed Dec 30, 2009 8:43 am


Murung akibat krisis ekonomi

Date: 2 April 2009

Kehilangan kerja merupakan cabaran utama penduduk seluruh dunia yang berkemungkinan berdepan dengan masalah kemurungan. Pada zaman serba memerlukan wang ini, pengangguran merupakan satu mimpi buruk dan perlu dihindari oleh setiap pekerja kerana desakan hidup masa kini yang semakin mencabar. Semuanya memerlukan wang untuk meneruskan hidup walaupun mengetahui krisis ekonomi bukan sesuatu yang dirancang kerana ia berlaku secara tidak diduga.

Sebelum krisis ekonomi semasa berlaku orang ramai menghadapi kejutan kenaikan harga minyak serta makanan. Malaysia sebelum ini mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 yang mengakibatkan perbelanjaan kerajaan terjejas dan harga komoditi jatuh mendadak.

Negara juga pernah mengalami krisis kewangan Asia yang berlaku 1997-1998 dan apa yang dihadapi Malaysia turut dialami oleh negara-negara kuasa besar dunia.

Semakin meningkat

Dalam keadaan ekonomi seperti ini, bilangan pesakit kemurungan secara suka rela berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan meningkat antara 10 hingga 20 peratus.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1999 menunjukkan kemurungan adalah penyakit keempat utama di dunia yang boleh menyebabkan negara boleh hilang keupayaan dan menambahkan bilangan kesengsaraan.

Secara tidak langsung, ia menjejaskan keupayaan mental dan fizikal yang memberi kesan besar terhadap modal insan negara, kerjaya, krisis sosial dan merendahkan kualiti hidup penduduknya.

Ini kerana dianggarkan 121 juta penduduk dunia mengalami masalah kemurungan dan boleh menjadi penyakit kedua utama penyebab ketidakupayaan menjelang 2020.

Kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan atau yang terpendam di dalam otak. Ia memang penyakit yang memerlukan rawatan dan mempengaruhi berjuta-juta manusia setiap tahun. Namun demikian, kemurungan sering disalah tafsir atau pun tidak disedari langsung.

Sesetengah orang mungkin tidak mendapatkan rawatan kerana merasakan satu hari nanti kemurungan itu akan hilang dengan sendirinya.

Ada beranggapan bahawa kemurungan adalah satu kelemahan atau kegagalan peribadi yang perlu ditangani sendiri manakala ada yang lain tidak sedar bahawa terdapat rawatan perubatan yang berkesan untuk kemurungan.

Kajian Bebanan Penyakit dan Kecederaan Malaysia (2000) melaporkan kemurungan menjadi punca ketidakupayaan utama di kalangan wanita dan tempat kedua bagi lelaki dengan nisbah 2:1 yang dipercayai disebabkan perubahan hormon.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, penyakit yang tidak mengenal usia ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tanggungjawab dan budaya, terutamanya wanita yang mempunyai banyak tanggungjawab perlu dipikul sebagai pekerja, pengurus rumah tangga, isteri dan ibu kepada anak-anak.

Wanita juga lebih terbuka dan sangat prihatin dengan kesihatan serta tidak malu untuk merujuk masalah yang dihadapinya kepada pakar terbabit.

"Kemurungan di kalangan wanita juga ditunjukkan melalui gejala tidak bersemangat dalam kehidupan dan rasa tidak berguna manakala lelaki meluahkan kemurungan dalam bentuk kemarahan dan mudah terganggu.

"Perkahwinan menjadi faktor yang boleh melindungi kaum lelaki daripada kemurungan kerana merasakan kehidupan mereka sudah sempurna dan tanggungjawab selebihnya itu dialihkan kepada isterinya," katanya ketika menyampaikan taklimat sempena Hari Kesakitan dan Kemurungan Malaysia yang disambut buat kali pertama di Petaling Jaya baru-baru ini.

Kesan murung

Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental ASEAN (AFPMH), Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil berkata, perasaan yang tidak positif dan terlalu memikirkan sesuatu boleh mengundang rasa sakit badan yang biasa dialami, yang berkemungkinan berkaitan dengan masalah kemurungan.

Masalah di tempat kerja juga mungkin dibawa pulang ke rumah dan meleret dari satu hari ke satu hari, sehingga menyebabkan sakit badan.

Para penyelidik mendapati pesakit murung yang mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan am pada awalnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala kemurungan.

Dr. Mohamad Hussain yang juga Ketua Pakar Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, kemurungan adalah penyakit sepanjang hayat tetapi menerusi rawatan, pesakit boleh menjalani kehidupan normal, boleh bekerja, berkahwin dan juga mempunyai keluarga selagi mereka mengambil ubat.

"Kemurungan sama seperti penyakit kronik lain dan ia perlu dirawat. Kos rawatan kemurungan sebenarnya jauh lebih rendah berbanding penyakit lain. Contohnya kos rawatan kanser payu dara peringkat kedua untuk enam bulan adalah sama untuk merawat kemurungan selama 20 tahun.

"Apa yang lebih penting ialah mengenal pasti dan mendapatkan rawatan seawal mungkin. Ini sebabnya pengamal perubatan, terutamanya doktor di klinik yang menjadi barisan pertama ditemui pesakit, perlu peka terhadap gejala kemurungan, termasuklah kesakitan fizikal yang sukar diterangkan," jelasnya.

Bagi pesakit yang pertama kali berdepan masalah kemurungan, pengambilan ubat biasanya hanya untuk satu hingga dua tahun dan tempoh ini meningkat kepada dua hingga tiga tahun jika mengalami dua episod kemurungan.

Namun jika memberhentikan sendiri pengambilan ubat, risiko penyakit berkenaan berulang adalah tinggi iaitu 50 peratus bagi pesakit yang kali pertama, 75 peratus (episod kedua) dan 95 peratus (episod ketiga kemurungan). Lebih kerap seseorang mengalami kemurungan, peluang untuk penyakit berulang lebih tinggi jika pengambilan ubat dihentikan.

Ubat tahan sakit tidak dapat mengatasi kemurungan. Malah ujian darah, ujian sinar-X atau hasil imbasan CT juga tidak dapat mengesan penyakit ini yang akhirnya membawa pesakit kepada pengamal perubatan alternatif dan tradisional.

Malah, lebih menyedihkan, terdapat segelintir pengamal perubatan alternatif dan tradisional tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan sama ada mengenakan bayaran lebih mahal berbanding kos rawatan di hospital atau mencabul kehormatan pesakit seperti banyak dilaporkan di akhbar.

Ada juga yang menganggap, masalah kemurungan berkaitan dengan kekurangan iman yang ada pada seseorang. Itu sebenarnya satu tanggapan salah kerana semua orang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kemurungan.

Kajian mendapati 82 peratus pesakit murung yang mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan tidak dirawat sementara hanya 18 peratus diberi ubat anti kemurungan. Dari jumlah yang diberi ubat, hanya 10 peratus pesakit menerima rawatan sewajarnya.

Murung dan kesakitan fizikal

Perunding Psikiatri PPUM, Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal berkata, kemurungan dan rasa sakit saling berkait.

Apabila seseorang menghidap penyakit, dia mempunyai risiko dua kali ganda untuk dilanda masalah kemurungan.

Sebaliknya individu yang murung pula biasanya hilang selera makan, sentiasa berfikiran negatif dan tidak lagi memberi tumpuan pada diri sendiri yang menyebabkan sistem imunisasi lemah dan mereka mudah mendapat penyakit, termasuklah jangkitan kuman.

Kajian mendapati dua pertiga daripada pesakit yang menerima rawatan anti kemurungan dilaporkan mengalami kesakitan fizikal seperti kerap sakit kepala, pinggang, otot dan perut. Bagi sebilangan pesakit, kesakitan fizikal juga didapati berlanjutan lebih lama berbanding gejala kemurungan itu sendiri.

Bagaimana hubungan ini boleh terjadi? Antara penjelasan yang diterima ialah kedua-duanya memberi kesan atau mendapat kesan daripada perubahan pada paras bahan kimia otak dan sistem imunisasi badan, kesan sampingan ubat, rentetan perlakuan daripada cubaan membunuh diri dan faktor genetik.

"Kemurungan memberi kesan kepada paras pemancar neuron (neurotransmiter) iaitu bahan kimia otak yang bertanggungjawab menghantar maklumat ke saraf. Dua neurotransmiter iaitu serotonin dan noradrenalin terbabit dalam kawalan kemurungan dan kesakitan. Apabila seseorang mengalami kemurungan, paras neurotransmiter berkurang dan menyebabkan kesakitan lebih terasa," ujar Dr. Nor Zuraida.

Semua orang mengalami rasa sakit tetapi tidak menjadi satu gangguan kerana ia dikawal oleh serotonin. Bagaimanapun, bagi orang yang mengalami kemurungan, paras dan aktiviti serotonin yang berkurangan akan menjejaskan kawalan terhadap rasa sakit. Akibatnya, pesakit berasa lebih sakit dan menderita.

Pesakit murung biasanya datang dengan gejala fizikal seperti penurunan atau pertambahan berat badan yang ketara, tidak boleh tidur malam, tidur kerap terganggu atau terlalu banyak tidur, keresahan melampau atau tiada perasaan, keletihan, tidak bertenaga atau kesakitan fizikal pada mana-mana anggota badan.

Antara sakit fizikal yang biasa dialami pesakit murung termasuk:

- Sakit pinggang - Kira-kira 59 peratus pesakit kemurungan ada masalah sakit pinggang. Dalam kebanyakan kes, masalah kemurungan, keresahan dan penyalahgunaan dadah berlaku terlebih dahulu sebelum sakit pinggang.

- Sakit sendi (osteoartritis) pada pinggul atau lutut lebih kerap dialami pesakit tua yang murung.

- Kanser - 47 peratus pesakit kanser mengalami masalah psikiatri terutamanya jika kanser sudah merebak dan mereka berasa sangat sakit. Masalah psikiatri yang biasa pada pesakit kanser ialah kemurungan dan keresahan.

Perlu diingat, kemurungan tidak menyebabkan kanser tetapi kanser boleh mengakibatkan seseorang mengalami kemurungan. Pada masa sama, kebanyakan pesakit murung juga ada masalah kesihatan lain.

Sepanjang mendapatkan rawatan, emosi pesakit akan bertambah baik dan kesakitan fizikal dialaminya juga semakin berkurangan.

Ahli keluarga juga memainkan peranan untuk membantu memulihkan pesakit murung dengan memahami keperluan dan manfaat ubat yang kadangkala boleh membuatkan mereka berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor.

Ramai pesakit dan ahli keluarga juga tidak sedar bahawa memberhentikan pengambilan ubat kemurungan secara tiba-tiba bermakna mereka memberi peluang tinggi (antara 60 hingga 70 peratus) masalah kemurungan untuk menyerang semula. Ini bermakna risiko pesakit untuk mengalami kemurungan selepas berhenti mengambil ubat adalah sangat tinggi.
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 41
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
KEMURUNGAN.. Left_bar_bleue500/500KEMURUNGAN.. Empty_bar_bleue  (500/500)

KEMURUNGAN.. Empty
PostSubject: Kemurungan Selepas Bersalin   KEMURUNGAN.. Icon_minitimeWed Dec 30, 2009 8:45 am


Kemurungan Selepas Bersalin

Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah keadaan serius yang terjadi pada ibu di bulan-bulan pertama selepas melahirkan. Ia juga boleh berlaku kepada mereka yang mengalami keguguran atau selepas kematian anak.

Postpartum Depression boleh menyebabkan anda berperasaan sedih yang keterlaluan, tidak harapan dan rasa seperti tidak berguna (worthless). Sekiranya ia terjadi, ia boleh memberikan masalah dalam menjaga bayi atau kurang rasa hubungan atau 'bonding' terhadap bayi anda.

Kemurungan selepas bersalin sama-sekali tidak sama dengan 'baby blues' satu keadaan yang lebih kerap terjadi sebaik sahaja bersalin. Dalam 'baby blues' anda cuma mengalami kesukaran tidur, berasa moody atau sedikit sedih. Anda masih merasa gembira dengan kehadiran bayi anda. 'Baby blues' selalunya hilang 1-2 minggu selepas bersalin. Dalam kes Postpartum Depression pula, simtomnya adalah lebih lama dan sukar hilang sehingga berbulan-bulan lamanya.

Dalam kes yang sangat jarang terjadi, segelintir daripada mereka mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Postpartum Psychosis dimana wanita mungkin akan berperangai pelik, melihat benda-benda yang anih yang tidak dilihat oleh orang lain, dan boleh memberikan bahaya kepada bayi ataupun dirinya sendiri. Postpartum Psychosis adalah penyakit yang serius dan perlu rawatan segera kerana simtom akan menjadi lebih teruk dengan cepat.

Adalah sangat penting untuk mereka yang mengalami kemurungan mendapat rawatan yang sepatutnya dihospital kerana lebih cepat rawatan diberikan, lebih cepat untuk anda pulih dari masalah ini.

Apa yang menyebabkan berlakunya kemurungan selepas bersalin?

Ia berkait dengan perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, anda lebih berisiko untuk mendapat masalah ini sekiranya:

Anda mempunyai masalah kemurungan pada kelahiran bayi yang lepas.
Anda kurang mendapat sokongan dari suami dan ahli keluarga
Bayi anda kerap sakit dan mengalami kolik
Anda mengalami banyak tekanan perasaan
Anda juga berisiko tinggi sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah bipolar disorder
Apakah simtomnya?

Wanita yang mengalami Postpartum Depression seringkali:

Berasa sangat sedih, kecewa, rasa tak berguna
Rasa tidak bermaya dan hilang minat kepada segala benda
Tidak lalu makan dan kehilangan berat badan
Sukar tidur
Tidak dapat memberikan tumpuan
Bagi mereka yang mengalami Postpartum psychosis simtomnya adalah lebih serius:

Melihat atau mendengar benda-benda yang pelik dan tiada iaitu halusinasi
Rasa seperti mahu membunuh diri dan mencederakan bayi dan orang sekelilingnya
Bagaimana Postpartum Depression boleh didiagnos?

Doktor selalunya akan membuat pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang gejala yang anda . Pastikan anda bertanyakan doktor tentang perasaan anda pada pemeriksaan pertama selepas lahir. Doktor mungkin akan membuat follow-up terhadap simtom anda.

Bagaimana ia diubat?

Postpartum depression selalunya dirawat dengan ubat anti-murung dan nasihat kaunselling oleh pakar psychiatri. Untuk memastikan anda pulih dengan cepat, pastikan anda mendapat makanan yang seimbang dan buatlah senaman setiap hari. Dapatkan tidur yang secukupnya dan sokongan dari keluarga dan rakan juga diperlukan.

Jangan merasa rendah diri sekiranya anda mengalami masalah ini, ia tidak bermakna anda seorang ibu yang tidak baik. Memang ramai yang mengalami masalah yang sama dengan anda, tetapi ia mengambil masa untuk sembuh dan rawatan seharusnya akan membuatkan anda pulih dengan lebih cepat.
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 41
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
KEMURUNGAN.. Left_bar_bleue500/500KEMURUNGAN.. Empty_bar_bleue  (500/500)

KEMURUNGAN.. Empty
PostSubject: Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan   KEMURUNGAN.. Icon_minitimeWed Dec 30, 2009 9:02 am

Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan
Oleh Halina Mohd Noor

SEKIRANYA anda fikir mengurut bayi meletihkan dan hanya memberi manfaat kepada bayi semata-mata, anda harus memikirkannya semula. Ini kerana, selain bayi, anda juga boleh menikmati kesan positif daripada aktiviti mengurut bayi.

Jika anda mengalami tekanan atau gejala kemurungan, lakukan aktiviti mengurut bayi kerana ia boleh membuatkan perasaan anda lebih tenang. Berdasarkan kajian, aktiviti mengurut bayi mampu mengurangkan gejala kemurungan dan tekanan yang dihadapi oleh warga emas yang biasanya mengalami tekanan akibat peralihan usia selain kesunyian menjalani hidup sendiri.

Perunding Pediatrik, Dr Zulkifli Ismail, berkata mereka yang mengurut bayi turut menerima kesan yang sama seperti yang dialami bayi.

“Di Barat, warga emas yang bergelar datuk dan nenek secara sukarela tampil sebagai terapi urutan untuk bayi. Sejumlah lima hingga 26 peratus golongan warga emas ini mengalami gejala kemurungan melaporkan aktiviti mengurut bayi mampu mengurangkan tahap kebimbangan, gejala kemurungan dan menurunkan tahap hormon tekanan.

“Mereka juga mengaku lebih aktif bersosial dalam tempoh seminggu, kurang lawatan ke klinik selain meningkatkan corak tidur yang lebih lena dan meningkatkan keyakinan diri,” katanya ketika menerangkan mengenai Kepentingan Sentuhan Urutan Bayi sempena majlis pelancaran Inisiatif Didikan Umum Urutan Bayi Johnson 2007, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Face of Touch’ berkata, urutan mampu mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan tekanan. Apabila urutan dilakukan, selain bayi, mereka yang melakukan urutan turut merasa lebih tenang.

“Ibu bapa yang mengurut bayi mereka berpeluang untuk mengenali personaliti anak masing-masing melalui aktiviti urutan. Kaedah urutan juga adalah satu bentuk komunikasi antara ibu bapa dan anak. Ibu yang kemurungan menyebabkan bayi juga tertekan kerana tidak dapat berinteraksi dengan ibu mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Zulkifli yang memperkenalkan kaedah urutan bayi sejak 10 tahun lalu, berkata kebanyakan ibu yang ditemui mengakui tidak mendapat sokongan suami dalam menjadikan urutan sebagai rutin untuk bayi mereka.

“Daripada 105 ibu yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur, hanya 2/3 saja ibu mengakui mendapat sokongan suami untuk mengurut bayi mereka, manakala selebihnya tidak mendapat sokongan suami masing-masing. Kebanyakan ibu mengurut bayi mereka 2 kali sehari mengakui melihat ekspresi wajah bayi lebih tenang,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu diberikan didikan mengenai manfaat urutan. Kaedah urutan sudah diamalkan sejak beribu tahun lalu. Di Mesir, urutan digunakan sebagai salah satu cara bagi merawat histeria. Di India, ia digunakan sebagai satu kaedah menjaga kesihatan, di Greece dan Rom, urutan digunakan untuk memulihkan dan menguatkan otot olahragawan manakala di China ia digunakan sebagai terapi perubatan.

“Berdasarkan hipotesis Dr Fritz Talbot, urutan boleh mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak pada 1900s. Pada 1938, jururawat di Hospital Bellevue menjadikan rutin mendukung dan mengurut bahagian belakang bayi setiap hari. Aktiviti ini menunjukkan penurunan kadar kematian bayi daripada 30 peratus kepada kurang daripada 10 peratus pada 1938,” katanya.

Kajian moden mengenai urutan oleh pakar psikologi Ruth Rice pada 1975, menunjukkan bayi pramatang yang diurut ibu mereka selama 15 minit sehari, sebanyak 4 kali sehari untuk sebulan didapati berkembang lebih cepat dari segi neurologi dan fizikal mereka.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr Zulkifli pada 2001, 31 bayi yang diurut menunjukkan peningkatan berat badan yang menggalakkan. Urutan didapati merangsang urat saraf dan mengeluarkan hormon gastrin yang melancarkan penghadaman. Justeru, bayi berkeupayaan memanfaatkan semua zat pemakanan dengan lebih baik.

“Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik,” katanya.

Manfaat urutan kepada bayi:

Membantu melegakan pernafasan, peredaran darah dan penghadaman.
Menjadikan tidur bayi lebih nyenyak.
Melegakan tekanan, kesakitan dan keresahan.
Melegakan angin dan kolik.
Membantu proses pemulihan dengan memudahkan penghadaman.
Menjadikan bayi peka dengan sentuhan kasih sayang.
Manfaat urutan kepada bayi pramatang:
Analisis global daripada 19 data kajian mendapati 72 peratus bayi menunjukkan kesan positif seperti:

Peningkatan berat badan yang baik sebanyak 47 peratus.
Perkembangan lebih baik.
Lebih aktif
Lebih peka dan menunjukkan tindak balas.
Keluar hospital 6 hari lebih awal (mengurangkan kos pembiayaan hospital).
Persiapan Untuk Urutan Bayi:

Kuku pendek
Basuh tangan dan keringkan
Suhu persekitaran yang tidak sejuk
Suasana yang tenang
Mula di mana-mana yang bayi suka
Bila-bila masa, cakap dengan bayi/anak
*Lihat respons anak terhadap urutan
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
saudacare
Forumer
Forumer



Number of posts : 30
Age : 35
Points : 30
Registration date : 2010-04-03

KEMURUNGAN.. Empty
PostSubject: Re: KEMURUNGAN..   KEMURUNGAN.. Icon_minitimeSun Apr 04, 2010 8:49 pm

Maksud Hadith : "Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam(Maut)"-Al-Bukhari

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Antara produk kami adalah :-

Minyak Sauda Dara diperkenalkan untuk membantu anda menyelesaikan masalah-masalah seperti:

* Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
* Resdung (sinusitis)
* Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
* Sakit jantung, darah gemuruh
* Darah tinggi (hypertension)
* Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
* Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
* Sakit buah pinggang (renal problem)
* Gout
* Kencing manis (diabetis)
* Luka-luka di dalam mulut
* Sakit tengkuk
* Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
* Pedih di ulu hati
* Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
* Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
* Alahan dan gatal-gatal
* Sakit gigi
* Cacing, parasit
* Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
* Selepas bersalin (menambah susu ibu)
* Awet muda dan menegangkan kulit
* Mencantikkan kulit, kuku
* Masalah kesuburan perempuan
* Senggugut
* Masalah tenaga batin lelaki (urutan pada Zakar setiap hari)

LAYARILAH WEBLOG KAMI www.saudacare.blogspot.com UNTUK MAKLUMAT LANJUT


KITA HANYA BERUSAHA TUHAN YANG MENENTUKAN
Back to top Go down
http://www.saudacare.blogspot.com
Sponsored content





KEMURUNGAN.. Empty
PostSubject: Re: KEMURUNGAN..   KEMURUNGAN.. Icon_minitime

Back to top Go down
 
KEMURUNGAN..
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Kesihatan-
Jump to: