MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3

Go down 
3 posters
AuthorMessage
DNA
Forumer Setia
Forumer Setia
DNA


Number of posts : 58
Age : 35
Location : DiAwang-Awangan
Points : 66
Registration date : 2009-04-06

Karaktor
Experience:
Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Left_bar_bleue0/500Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Empty_bar_bleue  (0/500)

Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Empty
PostSubject: Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3   Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Icon_minitimeSat Jan 09, 2010 8:19 pm

Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Rubik2

Kiub Rubik ialah sebuah mainan teka-teki mekanik yang dicipta pada tahun 1974 oleh Ernő Rubik, pengarca dan profesor senibina Hungary. Kiub plastik ini boleh didapati dalam empat versi: "Kuib Poket" (2×2×2) , Kiub Piawai (3×3×3), "Dendam Rubik" (4×4×4), dan "Kiub Profesor" (5×5×5). Sebuah syarikat yang lain sedang mencipta kiub-kiub sehingga peringkat 11×11×11 yang masih dapat dimainkan dengan pantas, [1] berbanding dengan kiub-kiub Rubik yang tidak sesuai untuk dimainkan selain daripada peringkat 3×3×3 kerana mudah pecah, sebagaimana yang dinasihati oleh syarikat asli.

Versi 3×3×3 yang merupakan versi yang dirujuk dengan istilah "Kiub Rubik" mempunyai 27 unit kuib dan sembilan buah segi empat sama pada setiap sisi untuk memberikan 54 buah segi empat sama pada keseluruhannya kepada enam sisinya. Biasanya, permukaan kiub dilitupi oleh pelekat dalam enam warna tunggal, dengan satu warna tunggal pada setiap sisi kiub. Apabila teka-teki diselesaikan, setiap sisi kiub mempunyai satu warna tunggal.

Versi 3×3×3 yang asal meraikan hari ulang tahun ke-25nya pada tahun 2005 dengan sebuah kiub edisi khas dalam kotak peragaan. Ia menonjolkan sekeping pelekat logo "Kiub Rubik 1980-2005" di pusat sisi yang putih (yang digantikan dengan permukaan reflektif), dan tidak memberikan buku penyelesaian 1976. Pada asalnya digelar "Kiub Magik" oleh perekanya, kiub ini dinamai semula sebagai "Kiub Rubik" pada tahun 1980 dan disebarkan ke seluruh dunia pada Mei tahun yang sama. Kiub tersebut memenangi anugerah khas Spiel des Jahres untuk Teka-teki Terbaik dan dikatakan merupakan mainan terlaris di dunia, dengan sekitar 250 juta buah Kiub Rubik dan kiub-kiub tiruan dijual di seluruh dunia.


Last edited by DNA on Tue Feb 09, 2010 9:14 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://www.mrdna1234.blogspot.com
DNA
Forumer Setia
Forumer Setia
DNA


Number of posts : 58
Age : 35
Location : DiAwang-Awangan
Points : 66
Registration date : 2009-04-06

Karaktor
Experience:
Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Left_bar_bleue0/500Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Empty_bar_bleue  (0/500)

Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Empty
PostSubject: Kiub Rubik atau Rubik's Cube (Sejarah)   Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Icon_minitimeSat Jan 09, 2010 8:22 pm

Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 180px-Rubiks_cube_newsletter
Syarikat Ideal Toys menerbitkan Surat Berita Kiub Rubik dari tahun 1982 hingga tahun 1983.

Pengkonsepsian dan perkembangan
Kiub Magik direka pada tahun 1974 oleh Ernő Rubik, seorang pengarca dan profesor senibina anak Hungary yang berminat akan bidang geometri serta bentuk tiga dimensi. Ernő memperoleh paten Hungary, HU170062, untuk kiub tersebut pada tahun 1975, tetapi tidak memohon sebarang paten antarbangsa. Kelompok-kelompok ujian kiub pertama dikeluarkan pada lewat 1977 untuk dijual di kedai-kedai mainan Budapest .

Kiub ini menjadi semakin popular di seluruh Hungary melalui komunikasi percakapan. Pada bulan September 1979, persefahaman dicapai oleh syarikat Ideal Toys untuk mengeluarkan Kiub Magik pada peringkat antarabangsa. Kiub ini menarik banyak perhatian dalam pameran-pameran mainan di London, New York, Nuremberg, dan Paris pada awal 1980.

Penjualan di kedai-kedai mainan Barat dihentikan sebentar supaya reka bentuknya dapat dikeluarkan menepati piawai keselamatan dan spesifikasi pembungkusan barat. Versi kiub yang lebih ringan dicipta, dan syarikat Ideal Toys memutuskan untuk menamainya semula. Nama-nama berpotensi seperti "Simpul Gordium" dan "Emas Inca" dipertimbangkan tetapi akhirnya, syarikat tersebut memutuskan nama "Kiub Rubik", dan kelompok pertama dieksport dari Hungary pada Mei 1980.

Mengambil kesempatan atas kekurangan Kiub Rubik di pasaran, banyak barangan tiruan yang murah beleluasa. Pada tahun 1984, Ideal kalah dalam tuntutan mahkahmahnya terhadap apa yang dikatakan pelanggaran paten oleh Larry Nichols yang memiliki paten US3655201. Terutoshi Ishigi memperoleh paten Jepun, JP55‒8192, untuk mekanisme yang hampir serupa semasa paten Rubik sedang diproses, tetapi Ishigi secara umumnya diberikan penghargaan untuk rekaan semula yang tersendiri.
Back to top Go down
http://www.mrdna1234.blogspot.com
DNA
Forumer Setia
Forumer Setia
DNA


Number of posts : 58
Age : 35
Location : DiAwang-Awangan
Points : 66
Registration date : 2009-04-06

Karaktor
Experience:
Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Left_bar_bleue0/500Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Empty_bar_bleue  (0/500)

Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Empty
PostSubject: Kiub Rubik atau Rubik's Cube (Kemasyhuran)   Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Icon_minitimeSat Jan 09, 2010 8:27 pm

Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 250px-Rubik%27s_cube%2C_variations_2%C3%972%C3%972_-_5%C3%975%C3%975
Kelainan-kelainan Kiub Rubik (dari kiri ke kanan: Dendam Rubik, Kiub Rubik, Kiub Profesor, & Kiub Poket)

Melebihi seratus juta buah Kiub Rubik dijual dalam tempoh antara tahun 1980 dan 1982. [6] Kiub ini memenangi anugerah Mainan Tahunan BATR pada tahun 1980, dan semula lagi pada tahun 1981. Banyak mainan teka-teki yang serupa dikeluarkan tidak lama kemudian, kedua-dua daripada Rubik sendiri dan sumber-sumber yang lain. Dendam Rubik ialah versi kiub 4×4×4 oleh Rubik. Terdapat juga versi-versi kiub 2×2×2 dan 5×5×5 (masing-masing dikenali sebagai Kiub Poket dan Profesor Rubik), serta mainan-mainan teka-teki dalam bentuk yang lain, seperti Piraminks, sebuah tetrahedron.

Pada bulan Mei 2005, Panagiotis Verdes, anak Greece, membina Kiub Rubik 6×6×6 dan pada 23 Mei 2006, Frank Morris, johan dunia untuk pertandingan Kiub Rubik, menguji versi ini. Beliau menyelesaikan versi 3×3×3 dalam masa 15 saat, versi 4×4×4 dalam 1 minit dan 10 saat, dan versi 5×5×5 dalam 2 minit. Morris mengucapkan tahniah kepada pereka kerana mencipta versi 6×6×6 yang mengambil masa 5 minit dan 37 saat untuk diselesaikannya, dan beliau dikatakan berkata bahawa kiub yang lebih besar ini memberikannya lebih banyak kegembiraan. Pada Julai 2006, Verdes berjaya membina kuib 7x7x7 dan pada 27 Oktober 2006, sebuah video yang menonjolkan Frank Morris menguji kiub tersebut diterbitkan. Video ujian-ujian boleh dilihat di laman web http://www.olympicube.com.

Pada tahun 1981, Patrick Bossert, seorang murid sekolah England yang berumur 12 tahun, menerbitkan penyelesaiannya sendiri dalam sebuah buku yang berjudul Anda Boleh Menyelesaikan Kiub (You Can Do the Cube) (ISBN 0-14-031483-0). Jualannya mencapai melebihi 1.5 juta naskhah di seluruh dunia (dalam 17 buah edisi) dan mencapai kedudukan pertama dalam kedua-dua senarai buku terlaris The Times dan New York Times dalam tahun tersebut.

Pada kemuncak kepopularan mainan teka-teki ini, helai-helai peletak berwarna yang berasingan telah dijual supaya pemain-pemain yang kecewa atau tidak sabar dapat memulihkan mainan teka-teki mereka kepada rupa yang asal.

Tarikan antarabangsa dan pencapaian eksport Kiub Rubik telah dicadangkan sebagai merupakan salah satu faktor penyumbang dalam reformasi dan pembebasan ekonomi Hungari antara tahun-tahun 1981 dan 1985 yang akhirnya menyebabkan peralihan daripada komunisme kepada kapitalisme.. Dari segi kewangan, Kiub Rubik amat berjaya sehingga menjadikan Ernő Rubik sebagai elit swajaya yang pertama di sebuah negara komunis.

Nama "Kiub Rubik" adalah sama dalam banyak bahasa, kecuali bahasa Ibrani dan bahasa Hungary. Dalam bahasa Ibrani, kiub ini dipanggil "Kiub Hungary", manakala dalam bahasa Hungary, ia dipanggil "Kiub Magik" (Bűvös kocka).
Back to top Go down
http://www.mrdna1234.blogspot.com
DNA
Forumer Setia
Forumer Setia
DNA


Number of posts : 58
Age : 35
Location : DiAwang-Awangan
Points : 66
Registration date : 2009-04-06

Karaktor
Experience:
Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Left_bar_bleue0/500Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Empty_bar_bleue  (0/500)

Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Empty
PostSubject: Kiub Rubik atau Rubik's Cube (dari DNA)   Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Icon_minitimeSat Jan 09, 2010 9:10 pm

Dengan berbesar hati kat sini aku nak kongsi sikit hobi aku yang agak lain dari yang lain ni.

selain membaca, memancing, joging, ngadap Ps2/PSP, memasak (kadang-kadang), layan internet, main chess, sudoku, silangkata..
kini aku dah tambah satu lagi hobi aku iaitu main rubik kiub.

mungkin sekali pandang macam mainan budak kecil, tapi berapa ramai yang mampu untuk menyelesaikan semua permukaan rubik kiub ni?

ada sekali tu aku ditegur kerana asyik dengan rubik kiub ni, tapi aku cuma mampu tersenyum tanpa jawapan balas atas soalan yang diberi.

dan ada sorang kawan aku siap cakap 'ko ni pelik la! macam-macam ko bawak!'
mungkin sebab dia ternampak aku bawak/baca buku setebal kamus dewan waktu kerja, dan sekarang dia nampak aku bawak rubik kiub pulak kot!

aik!! pelik sangat ke aku ni?
aku rasa dari aku dok termenung, baik aku buat sesuatu yang ada faedah sikit.

dah la, bio la apa orang nak kata.

so, rubik kiub ni aku kenal dari zaman bebudak lagi, waktu tu aku tak tau namanya apa. so aku main pusing je.. hasilnya hanya satu permukaan je yang aku mampu buat.
tu pun dah cukup bangga beb! Laughing

dan baru-baru ni, kawan aku pulak syok main rubik kiub ni dan dia syorkan aku untuk mencuba..
waktu tu dia siap tunjuk demonya lagi. nampak macam senang.. tapi.. tapi..
macam ni boleh datang balik Migrain aku Mad

lepas tu sorang anak sedara aku pun dah mahir dengan rubik cube ni. so aku apa lagi, semangat pun meluap-luap nak mencuba.

satu malam masa wife aku pergi beli barang dekat kadai hadiah di area sini, aku terus je sambar satu rubik kiub ni dengan harga RM9.90.

waktu ni, satu habuk pun aku tak tau apa.. aku peram rubik kiub ni ada la dalam seminggu. sambil-sambil tu cuba menuntut 'ilmu' dengan kawan ala-ala sifu tu.
tak cukup dengan tu je.. aku siap cari dekat internet pasal maklumat rubik kiub ni. lepas tu aku print..
ada la dalam 6 muka surat A4.
sampai wife (Mrs.DNA) pun naik geleg kepala dengan hobi baru aku ni

blog ni banyak bantu aku.
langkahalam.blogspot.com

dan aku masih ingat, 'sifu' aku kata, "benda ni memang syok, ala, sesaje je untuk ilangkan boring"
kalau korang nak tau, sejak dia bawak rubik kiub ni kat tempat kerja dia dekat Tanjung Bin tu, ramai jugak kawan-kawan dia yang dah terjebak dengan rubik kiub ni.
Laughing
korang tengok, bertapa hebatnya penangan rubik kiub ni..

oklah! dah panjang lebar aku membebel, dan sekarang masa untuk mengerakkan jari jemari ni..
Back to top Go down
http://www.mrdna1234.blogspot.com
DNA
Forumer Setia
Forumer Setia
DNA


Number of posts : 58
Age : 35
Location : DiAwang-Awangan
Points : 66
Registration date : 2009-04-06

Karaktor
Experience:
Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Left_bar_bleue0/500Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Empty_bar_bleue  (0/500)

Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Empty
PostSubject: Re: Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3   Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3 Icon_minitimeMon Jan 11, 2010 4:03 pm

PENDAPATAN PERCUMA

PERLUKAN TAPAK UNTUK IKLAN???
PAGE REVIEW UNTUK FORUM INI ADALAH LEBIH KURANG 1300 PAGEVIEW SEBULAN.

UNTUK MENGIKLAN DI FORUM INI, SILA HUBUNGI ADMIN.

NYATAKAN TAJUK IKLAN DAN CONTOH BANNER ATAU BUTTON YANG INGIN DIIKLANKAN.

NYATAKAN HARGA UNTUK SEWAAN SELAMA 30 HARI. (MIN RM30).

SILA HANTAR EMAIL ANDA: ADMIN. - cikguhilmi@gmail.com

TERIMA KASIH.