MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Aduhai 4 Orang Isteriku!

Go down 
+2
uncle_crackerz14
adiez82
6 posters
AuthorMessage
adiez82
Moderator
Moderator
adiez82


Number of posts : 505
Age : 41
Location : Johor Bahru (Plaza Angsana)
Points : 769
Registration date : 2008-11-18

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeFri Nov 21, 2008 6:08 pm



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari
flower flower
Back to top Go down
http://www.ascentouch.com.my
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeFri Nov 21, 2008 10:05 pm

Sungguh menarik cerita ini.....teruskan tuan hamba.... Very Happy
Back to top Go down
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeSat Nov 22, 2008 1:22 am

Sangat Menarik ceritanya...
Semoga ia akan memberi pengajaran...
Insya Allah...
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
boing777
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 92
Age : 47
Points : 19
Registration date : 2008-11-17

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeWed Nov 26, 2008 6:15 pm

adiez82 wrote:


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari
flower flower
salam ape pdpt tuan nabi beristeri lebih dari 4 kita x lehh
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
adiez82
Moderator
Moderator
adiez82


Number of posts : 505
Age : 41
Location : Johor Bahru (Plaza Angsana)
Points : 769
Registration date : 2008-11-18

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeWed Nov 26, 2008 7:37 pm

hang ni boleh x jangan pertikai hukum Allah, ish ish
Back to top Go down
http://www.ascentouch.com.my
boing777
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 92
Age : 47
Points : 19
Registration date : 2008-11-17

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeWed Nov 26, 2008 9:02 pm

adiez82 wrote:
hang ni boleh x jangan pertikai hukum Allah, ish ish
bertanya dgn pertikai berbeza.. klu tau jwb klu x tau x per.. mgkn sahabat lain tau leh share.... What a Face
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
adiez82
Moderator
Moderator
adiez82


Number of posts : 505
Age : 41
Location : Johor Bahru (Plaza Angsana)
Points : 769
Registration date : 2008-11-18

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeSun Nov 30, 2008 6:02 pm

boing777 wrote:
adiez82 wrote:
hang ni boleh x jangan pertikai hukum Allah, ish ish
bertanya dgn pertikai berbeza.. klu tau jwb klu x tau x per.. mgkn sahabat lain tau leh share.... What a Face

boing777 ko punya soalan semua mcm nk cari kekurangan dlm Islam, kenapa? ape yg kurang nya dalam Islam ni, kalu anda nak belajar tentang Islam, anda boleh cari seorang ustaz, dan tanya dia tentang agama Islam ni, Agama Islam ni indah. anda boleh cari semua jawapan yg anda cari ni.
Back to top Go down
http://www.ascentouch.com.my
boing777
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 92
Age : 47
Points : 19
Registration date : 2008-11-17

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeMon Dec 01, 2008 12:05 pm

adiez82 wrote:
boing777 wrote:
adiez82 wrote:
hang ni boleh x jangan pertikai hukum Allah, ish ish
bertanya dgn pertikai berbeza.. klu tau jwb klu x tau x per.. mgkn sahabat lain tau leh share.... What a Face

boing777 ko punya soalan semua mcm nk cari kekurangan dlm Islam, kenapa? ape yg kurang nya dalam Islam ni, kalu anda nak belajar tentang Islam, anda boleh cari seorang ustaz, dan tanya dia tentang agama Islam ni, Agama Islam ni indah. anda boleh cari semua jawapan yg anda cari ni.
salam nape perlu sy mancari ustaz... nape tuan x leh ka jd ustaz sy,,?? tak kan dah lama bergelar islam soalan2 sy td

x leh jwb kot... emmmm sunny
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
adiez82
Moderator
Moderator
adiez82


Number of posts : 505
Age : 41
Location : Johor Bahru (Plaza Angsana)
Points : 769
Registration date : 2008-11-18

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeMon Dec 01, 2008 6:48 pm

boing anda kena la cari seorang yg berpengalaman
baru boleh belajar, kalu anda pada org yg x reti, o x cukup ilmu, x guna paham x, ilmu agama ni bkn blh wt main2, salah maklumat, blh jejas akidah tau x, jd utk kebaikan semua, anda perlu lah tanya pada yg berilmu agama, seperti guru agama, o ustaz, elok ustaz la. Smile
Back to top Go down
http://www.ascentouch.com.my
faiz aziz
Pra - Ahli
Pra - Ahli



Number of posts : 4
Age : 52
Location : Shah Alam, S'gor
Points : 0
Registration date : 2008-11-22

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeMon Dec 01, 2008 9:59 pm

adiez82 wrote:
boing anda kena la cari seorang yg berpengalaman
baru boleh belajar, kalu anda pada org yg x reti, o x cukup ilmu, x guna paham x, ilmu agama ni bkn blh wt main2, salah maklumat, blh jejas akidah tau x, jd utk kebaikan semua, anda perlu lah tanya pada yg berilmu agama, seperti guru agama, o ustaz, elok ustaz la. Smile

sokong adi... betul tu boing... nak belajar.. tanyakan pada yang benar2 berilmu...
terpesong akidah... diri sendiri yang susah...
Back to top Go down
http://fullhousecakes.blogspot.com
boing777
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 92
Age : 47
Points : 19
Registration date : 2008-11-17

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeTue Dec 02, 2008 8:40 am

faiz aziz wrote:
adiez82 wrote:
boing anda kena la cari seorang yg berpengalaman
baru boleh belajar, kalu anda pada org yg x reti, o x cukup ilmu, x guna paham x, ilmu agama ni bkn blh wt main2, salah maklumat, blh jejas akidah tau x, jd utk kebaikan semua, anda perlu lah tanya pada yg berilmu agama, seperti guru agama, o ustaz, elok ustaz la. Smile

sokong adi... betul tu boing... nak belajar.. tanyakan pada yang benar2 berilmu...
terpesong akidah... diri sendiri yang susah...
klu camtu kena lah tukar name forum ni kot yea dak.. jgn letak forum agama klu x de ilmu n x nk cari ilmu agama... kita wat je lah forum cit chot je atau forum BORAK2 KOSONG... heee tongue
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
al_hur
Ahli Baru
Ahli Baru
al_hur


Number of posts : 16
Age : 43
Points : 0
Registration date : 2008-11-20

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeTue Dec 02, 2008 3:12 pm

Salam,
Maaf mencelah blh ke?...rasanya geng forumer beritau psl belajar ngan Ustaz tu supaya untuk memahami hukum Islam secara hakiki itu saja...biasala...tuk2 Ustaz pun kadang2 bila murid tanya bnyk soalan di jwb "aib"

Sy bkn Ustaz @ ape pun,Kenapa tuan Boing77 nk tau Nabi kawin ramai...? yg jelas,itu adalah perintah Allah SWT kepada rasul kita...sebabnya banyak..hanya sbahagian shj yg sy blh jelaskan..
1) Itu adalah pelajaran utk umatnya,walaupun dia sorng Nabi,yg sentiasa sibuk dgn misi agama,ibadat dan pemerintah tapi msh ada masa utk berumahtangga
2) Mengajar umat utk berlaku adil kepada kaum wanita,adil di sini meletakan sesuatu pd tempatnya
3) Memberi hiburan kepada Nabi SAAW.."Isteri yg bertakwa adalah syurga buat suami nya"
4) Ketika itu zaman Islam mempertahankan hak nya,maka peperangan menjadikan ramai muslimah menjadi janda...atas perintah Allah,Nabi SAW memperisterikan mereka utk mengurangkan dukacitanya dan menjaga kebajikan mereka dan bnyak lagi alasan yg sesuai di akal fikiran kita la.

Allahu a'lam

Jangan memandang pd negatif perbuatan Nabi...namun ketika Khadijah al Kubro msh hidup Nabi SAW tidak berpoligami
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
boing777
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 92
Age : 47
Points : 19
Registration date : 2008-11-17

Karaktor
Experience:
Aduhai 4 Orang Isteriku! Left_bar_bleue0/500Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty_bar_bleue  (0/500)

Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitimeFri Dec 12, 2008 12:48 am

al_hur wrote:
Salam,
Maaf mencelah blh ke?...rasanya geng forumer beritau psl belajar ngan Ustaz tu supaya untuk memahami hukum Islam secara hakiki itu saja...biasala...tuk2 Ustaz pun kadang2 bila murid tanya bnyk soalan di jwb "aib"

Sy bkn Ustaz @ ape pun,Kenapa tuan Boing77 nk tau Nabi kawin ramai...? yg jelas,itu adalah perintah Allah SWT kepada rasul kita...sebabnya banyak..hanya sbahagian shj yg sy blh jelaskan..
1) Itu adalah pelajaran utk umatnya,walaupun dia sorng Nabi,yg sentiasa sibuk dgn misi agama,ibadat dan pemerintah tapi msh ada masa utk berumahtangga
2) Mengajar umat utk berlaku adil kepada kaum wanita,adil di sini meletakan sesuatu pd tempatnya
3) Memberi hiburan kepada Nabi SAAW.."Isteri yg bertakwa adalah syurga buat suami nya"
4) Ketika itu zaman Islam mempertahankan hak nya,maka peperangan menjadikan ramai muslimah menjadi janda...atas perintah Allah,Nabi SAW memperisterikan mereka utk mengurangkan dukacitanya dan menjaga kebajikan mereka dan bnyak lagi alasan yg sesuai di akal fikiran kita la.

Allahu a'lam

1) Kenapa tuan Boing77 nk tau Nabi kawin
ramai...?[/i] jwpn- sbb kita umat dia. 2) Mengajar umat utk berlaku adil kepada kaum wanita,adil di sini meletakan sesuatu pd tempatnya - jwpn- mampu kah kita berlaku adil klu x leh boleh jatuh zalim 3) Ketika itu zaman Islam mempertahankan hak nya,maka peperangan menjadikan ramai muslimah menjadi janda...atas perintah Allah,Nabi SAW memperisterikan mereka utk mengurangkan dukacitanya dan menjaga kebajikan mereka dan bnyak lagi alasan yg sesuai di akal fikiran kita la.- jwpn- skrg dah kurang janda ke...?? [i]4) Memberi hiburan kepada Nabi SAAW.."Isteri yg bertakwa adalah syurga buat suami nya" jwpn- x nak bantu kaum wanita mudah masuk syurga ke..?? 5) Jangan memandang pd negatif perbuatan Nabi...namun ketika Khadijah al Kubro msh hidup Nabi SAW tidak berpoligami.jwpn- sy pandang negetif pd nabi ke..??? masa nabi kawin dgn khadijah dia tau ke aper itu poligami...?? emmm scratch
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
Sponsored content





Aduhai 4 Orang Isteriku! Empty
PostSubject: Re: Aduhai 4 Orang Isteriku!   Aduhai 4 Orang Isteriku! Icon_minitime

Back to top Go down
 
Aduhai 4 Orang Isteriku!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Orang selangor bersalaman..
» BALASAN BUNUH DUA ORANG GUNA BOM
» Berita-berita Rahsia Orang Mukmin
» Hai orang Melayu semua....Jom Join Ni kerja
» Orang Gereja Yang Masuk Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Islam :: Sembang Agama-
Jump to: