MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA

Go down 
3 posters
AuthorMessage
ismed
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 64
Age : 38
Points : 145
Registration date : 2010-02-27

MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Empty
PostSubject: MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA   MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Icon_minitimeFri Jul 30, 2010 2:37 am

MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Vcop10

Difinasi Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut


MINYAK KELAPA DARA ASLI (PURE) –VCOP

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA 002A053zzO9

Kelebihan Minyak Kelapa Dara.

1-Menyerupai lemak susu ibu.
2-Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric acid dan capric acid bertambah secara ketara. (lihat keterangan terperinci dalam tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan Anak)
3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)

4-Antivirus dan antibakteria.
Lauric acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organism berkenaan.

Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication).

5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia

6- Dikelaskan sebagai functional food.

Sebagai functional food, (functional food telah didefinisikan dalam An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 hingga 7 peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.

Lauric acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Sementara capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).

Dr. Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.



PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.

Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.

Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.

Mengapa minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber yenaga yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.

Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan lain-lain, menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.

Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.

Dapatkan produk kami sekarang juga kerana produk kami telah terbukti berkesan dan harga yang berpatutan,Daftar percuma dan dapatkan produk2 kami pada harga ahli dan anda boleh berjimat 10-20 ringgit daripada setiap pembelian anda

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=ismed926

http://ismed-produkbioasli.blogspot.com/


Last edited by ismed on Fri Dec 23, 2011 9:01 pm; edited 12 times in total
Back to top Go down
http://ismed-produkbioasli.blogspot.com/
khairen
Pra - Ahli
Pra - Ahli



Number of posts : 3
Age : 36
Points : 5
Registration date : 2010-08-06

MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Empty
PostSubject: Re: MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA   MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Icon_minitimeFri Aug 06, 2010 8:17 pm

anyone yang dah try VCO ni? nak tau gak keberkesanan nya Razz
Back to top Go down
http://salamkaito.blogspot.com
ismed
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 64
Age : 38
Points : 145
Registration date : 2010-02-27

MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Empty
PostSubject: Re: MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA   MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Icon_minitimeThu Aug 19, 2010 4:03 am

Back to top Go down
http://ismed-produkbioasli.blogspot.com/
zullangat
Ahli Baru
Ahli Baru



Number of posts : 7
Age : 55
Points : 9
Registration date : 2010-09-07

MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Empty
PostSubject: Re: MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA   MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Icon_minitimeTue Sep 07, 2010 10:13 pm

berkesan tak untuk penyakit resdung.......
Back to top Go down
ismed
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 64
Age : 38
Points : 145
Registration date : 2010-02-27

MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Empty
PostSubject: minyak kelapa dara diakui pakar minyak bertaraf dunia   MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Icon_minitimeWed Sep 08, 2010 8:55 pm

Apakah kebaikan dan kelebihan Minyak Kelapa Dara untuk Kesihatan Anda ?

Kenapa minum Minyak Kelapa Dara? (Mesti baca)

* Resdung & Alahan
* Kelebihan VCO
* Retak pada tumit kaki
* Penyembuhan Alami
* Luka kemalangan, luka dan kudis
* Metabolisma dan Energi
* Kelemumur dan rambut gugur
* Perlindungan dari penyakit
* Buang lemak berlebihan-Kegemukan
* Pencernaan dan penyerapan zat
* Pembesaran Prostat
* Ibu sedang mengandung
* Ulser dan sembelit
* Ibu dan bayi-susu
* Pencegah sakit jantung
* Susu ibu & MCFA
* Darah tinggi
* Bayi anda
* Kencing Manis(Diabetes)
* Parut pada kulit(bersalin)
* Kelelahan Kronik & Athma
* Awet Muda
* Kanser
* Keanjalan kulit
* AIDS Treatment
* Melindungi dan merawat kulit
* Others Reserch




Setiap hari minum Minyak Kelapa Dara @ habatus Sauda @ Madu-Apa yang akan anda dapat ?

Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.

Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga

Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.

Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.

Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap

Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan sesaorang.

Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.

Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.

KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH

Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi
> Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
> Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas .
> Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.
> Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
> Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
> Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
> Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.
> Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
> Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

Sebagai sumber makanan, sumber tenaga dan sumber kesihatan

MINYAK KELAPA DARA

Ø Tidak membebankan organ pankrease
Ø Lemak tepu rantai sederhana pendek. (MCFA – mudah dihadham)
Ø Sudah mula dihadhamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.
Ø Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima
Ø Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.
Ø Sel jadi cekap dan efisien
Ø Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas
Ø Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh
Ø Tiada kolesterol
Ø Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid
Ø Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.
Ø Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara.
Ø Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)
Ø Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)
Ø Meningkatkan daya tahan (endurance)
Ø Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi.
Ø Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.

MINYAK SAYURAN

Ø Sangat membebankan pankrease
Ø Lemak tak tepu rantai panjang. (LCFA – hanya sebahagian dapat di hadham)
Ø Hanya boleh dihadhamkan dihempedu. Perlukan enzim pankreatik dan berbagai enzim untuk memecahkannya kepada unit-unit kecil.
Ø Sebagian tidak dapat dihadham, lalu di simpan di dalam tisu tubuh sebagai lemak
Ø Lambat menghasikan tenaga. Ia memerlukan enzim khusus untuk menariknya melalui sel membran mitochondria
Ø Sel tidak cekap dan efisien
Ø Mudah terbentuk radikal bebas
Ø dihasilkan melalui proses penyahbau, pelunturan, proses penghidrogenan sehingga menghasilkan trans fatty asid yang beracun
Ø mengandungi sejumlah kolesterol
Ø hampir tiada asid bermanafaat

untuk mendapatkan produk2 minyak kelapa dara
boleh buat pembelian secara online:

http://ismed-produkbioasli.blogspot.com/


Last edited by ismed on Tue Nov 15, 2011 11:29 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://ismed-produkbioasli.blogspot.com/
ismed
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 64
Age : 38
Points : 145
Registration date : 2010-02-27

MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Empty
PostSubject: testimoni   MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Icon_minitimeFri Jul 08, 2011 3:56 am

Testimoni : Kurang Susu Badan

Lokasi : Jerantut

Produk : VCOP

Pengetahuan yang saya dapat, penyusuan ibu mampu mengeratkan jalinan hubungan emosi dan psikologi antara ibu dan anak. Jadi sebagai ibu yang baru menimang cahaya mata, saya semestinya menginginkan yang terbaik untuk si manja saya. Saya merasa bangga bila si manja mula menyusu dan menerima pemberian saya yang tidak terhingga nilainya itu.

Malangnya nikmat menyusui anak tidak lama. Saya tidak berupaya menghasilkan air susu yang sepatutnya pada sekitar bulan yang ke enam. Hal itu cuma saya sedari bila saya melihat si manja seakan tidak puas menyusu.

Macam-macam ikhtiar yang saya lakukan, tetapi keputusan tetap sama, sehinggalah saya cuba mengamalkan minum minyak kelapa dara asli (VCOP). Alhamdulillah, kesannya positif dan air susu badan saya bertambah banyak. Si manja saya kini kelihatan lebih puas menyusu berbanding sebelumnya.

Seperkara yang ingin saya kongsikan dengan anda anak saya sehingga kini tidak mudah mengalami selsema atau demam seperti kebanyakan bayi lain.

Jadi saya mengesyorkan ibu-ibu di luar sana yang menyusukan anak,gunakanlah minyak kelapa dara untuk kesihatan diri dan si manja.


Testimoni : Resdung

Produk : VCOHS

“ Saya mula menyertai bioasli ini sejak pelan C dilancarkan sekitar bulan Feb 2009, dan hanya beberapa bulan menjadi stokis elite. Sepanjang pengalaman saya menjadi stokis ramai ahli yang berkongsi testimoni dengan saya dan saya sendiri, sekarang ini saya telahpun sembuh dari resdung yang saya alami sejak 20 tahun lalu dengan asbab Minyak Kelapa Dara. Sebelum ini, saya banyak minum dan makan ubat - ubatan untuk penyakit ini sehingga pada satu masa kesan dari pengambilan ubat - ubat ini memberi beban kepada jantung saya. Tapi pada masa itu tiada pilihan, terpaksa juga makan. Dan Dengan Minyak Kelapa Dara ini Alhamdulillah, kata orang macam dapat satu kehidupan yang baru. ”

“ Tiap-tiap hari,selain makan, saya juga akan titiskan satu atau dua titis VCO ke dalam hidung sambil berbaring. Syukur dalam masa 3 hari telah ada kesan perbezaan pada hidung saya. Namun setelah sebulan saya amalkan VCO ini, saya rasa sekarang macam penyakit saya telah sembuh sepenuhnya. Terima kasih Minyak Kelapa Dara. ”

Nota : Resdung adalah penyakit yang berpunca daripada parasit yang di panggil Demodex. Dengan hanya melalui sentuhan sahaja sudah cukup untuk ia membiak dan merebak. Keadaan dari pembiakannya maka terjadilah simptom – simptom yang mengakibatkan mata, telinga, hidung, kulit muka, kepala menjadi gatal, rambut gugur, berjerawat, ruam, hidung tersumbat, nafas berbau, selsema, kerap bersin, hilang deria bau dan berpenyakit kulit. Rawatan hanya mampu mengawal dan mengurangkan masalah tersebut.

Testimoni : Asma Kronik

Produk : VCOP

Salam..

Kisah benar dan rahsia terbongkar.

Kelebihan Minyak Kelapa Dara kepada penghidap Asma. Ikutilah kisah Maya. Maya seorang pelajar IPT yang merupakan pengidap penyakit asma sejak lahir dan kini umur Maya mencecah 24 tahun.

Namun, pada ketika ini penyakit asma yang Maya hadapi seolah-olah hilang dari hidup Maya dan sekarang Maya tidak lagi bergantung kepada Inhaler (Asthalin), dan seolah – olah Maya lupa yang Maya adalah penghidap Asma Kronik. Kerana jika dahulu kemana – mana Maya pergi, Inhaler ini ibarat nyawa Maya.

Rahsianya, Maya mengamalkan minum minyak kelapa dara asli sejak bulan januari 2010 dan kesannya dapat dilihat dalam masa 3 bulan. Sebelum ni, ibu bapa Maya telah cuba pelbagai ubat untuk sembuhkan penyakit asma ni. Sebab Asma memang membantutkan kehidupan Maya dan terpaksa bergantung kepada ubat hospital seperti (nama pil asma: salbutamol). Tapi selama mana harus bergantung kepada pil yang pasti megandungi kandungan dadah tu???

Alhamdulillah. Lepas 3 bulan Maya mengamalkan minum minyak kelapa dara pagi dan petang setiap hari, Asma Maya semakin sembuh dan insyAllah, Maya berharap suatu hari Asma Maya akan sembuh sepenuhnya supaya Maya dapat pergi camping dan menjalani aktiviti lasak dengan jayanya.

Bagi anda yang menghidap penyakit Asma, atau saudara - mara anda, berusaha dan berikhtiarlah mencari penawarnya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Kita berusaha, Tuhan yang menentukan.

P/S: Nikmat sihat hanya diketahui oleh org yg sakit.
Back to top Go down
http://ismed-produkbioasli.blogspot.com/
ismed
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 64
Age : 38
Points : 145
Registration date : 2010-02-27

MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Empty
PostSubject: Re: MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA   MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Icon_minitimeSat Feb 11, 2012 5:48 pm

MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA 2012-01-31_171650

Minyak Kelapa Dara memang sudah terbukti baik untuk kegunaan kesihatan luaran dan dalaman tubuh badan manusia. Ini diakui sendiri oleh ramai saintis dan pengkaji.
Back to top Go down
http://ismed-produkbioasli.blogspot.com/
Sponsored content





MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Empty
PostSubject: Re: MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA   MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA Icon_minitime

Back to top Go down
 
MINYAK KELAPA DARA TERBUKTI BANYAK KHASIATNYA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kapsul Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda (CVCO)
» Senarai produk bioasli(Minyak Kelapa Dara Asli)
» [ANTi - AGING / CANCER / STROKE / VIRUS / BACTERIA / OXIDAN / FUNGUS]
» [wts] EZiBreathe : Terbukti Melegakan Resdung! Formulasi Homeopati. Ada Kelulusan KKM
» Volume Pills - Pancut lebih banyak air mani dlm 5xganda

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Kesihatan-
Jump to: