PENDAPATAN PERCUMA |
|
| | solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! | |
| | Author | Message |
---|
kambing Forumer Setia
Number of posts : 68 Age : 42 Points : 0 Registration date : 2008-12-02
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Sat Dec 06, 2008 8:41 am | |
| Soalan 1.
(SOKLAN)
Assalamualaikum Soalan saya berkisarkan tentang solat istikharah. A telahpun berjanji untuk melamar B. Hal ini telah pun membawa kepada perkenalan pihak keluarga antara kedua-dua pihak, sekaligus memberikan harapan besar kepada B. Namun, apabila A melakukan solat istikharah, hasilnya B bukanlah jawapan dari istikharah tersebut. Akhirnya A memutuskan untuk membatalkan janjinya.
Soalan saya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan keputusan istikharah kita? Sedangkan tindakan A mungkin mendatangkan kemudaratan emosi kepada B dan keluarganya. Adakah wajib untuk kita menuruti petunjuk dari istikharah?
(JAWAPAN)
Jawapan :
Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.
Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.
Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi. Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”
Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya” Perlu juga diingat bahawa :-
Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).
Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)
Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)
Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah. Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.
Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71) Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)
Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan. Wallahu a’lam. | |
| | | PLASMA Forumer Fanatik
Number of posts : 220 Age : 43 Points : 154 Registration date : 2008-12-05
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Sat Dec 06, 2008 10:03 am | |
| Solat Sunat Istikharah
Solat Sunat Istikharah adalah solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Oleh itu kita memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.
Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam terakhir.
NIAT
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"
DOA
Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.
Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini ?. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini ?. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik). | |
| | | Aida Yazmin Kamaruddin Forumer Setia
Number of posts : 56 Age : 35 Location : Ampg /KUL Points : 6 Registration date : 2008-12-04
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Tue Dec 09, 2008 1:03 pm | |
| eermm..aida teringin nak buat solat istikarahh.. but xtahu ape tujuan tu... ermm.. | |
| | | PLASMA Forumer Fanatik
Number of posts : 220 Age : 43 Points : 154 Registration date : 2008-12-05
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Tue Dec 09, 2008 1:06 pm | |
| - Aida Yazmin Kamaruddin wrote:
- eermm..aida teringin nak buat solat istikarahh..
but xtahu ape tujuan tu... ermm.. mungkin aida tak baca habis, luangkan masa dan baca perlahan-lahan. pasti aida dapat jawapan yang aida cari. | |
| | | Aida Yazmin Kamaruddin Forumer Setia
Number of posts : 56 Age : 35 Location : Ampg /KUL Points : 6 Registration date : 2008-12-04
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Tue Dec 09, 2008 1:31 pm | |
| baca.. tp aida kdg2 bingung cikit nk ke x buat solat tu... sbb aida juz buat penilaian biasa jer...yg mane ok..yg mane x.. solat istikarah tu xpnh lg la... huhuhu | |
| | | PLASMA Forumer Fanatik
Number of posts : 220 Age : 43 Points : 154 Registration date : 2008-12-05
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Tue Dec 09, 2008 1:43 pm | |
| - Aida Yazmin Kamaruddin wrote:
- baca..
tp aida kdg2 bingung cikit nk ke x buat solat tu... sbb aida juz buat penilaian biasa jer...yg mane ok..yg mane x.. solat istikarah tu xpnh lg la... huhuhu ok terpulang pada aida. "DARI iA KITA DATANG & KEPADA IA KITA KEMBALI" macam tu jugak dengan setiap masalah dan persoalan dalam diri kita. hanya Ia lagi Maha Mengetahui. | |
| | | PLASMA Forumer Fanatik
Number of posts : 220 Age : 43 Points : 154 Registration date : 2008-12-05
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Tue Dec 09, 2008 1:57 pm | |
| Manusia itu diciptakan mempunyai perasaan gelisah dan keliru dan tidak sabar.Apabila ditimpa kesusahan dia keluh kesah,apabila di anugerahkan kebaikkan dia jadi sombong kecuali orang yang solat dan tetap melakukan solat (al-Ma'arij:19-23) berbalik pada istikarah nie.. kerana ia adalah solat sunat soo.. afdal la sekirany d lakukn pada 1/3 mlm y terakhir... waktu y hening y mane kite lagi dekat ngn maha pencipta... khusus dilakukan oleh org y mengalami masalah dibwah..1-keliru 2-rambang mata 3-terlalu takut pada risiko 4-selalu rasa resah gelisah 5-rasa terancm n xaman 6-tersepit antara 2 perkara carableh dilakukan di mlm hari org siang buta... tp mengikut afdal ny d mlm y hening la... [baru la feel n menusuk kalbu :p] time paling mujarab d pertengahan mlm dimulakan dengan membaca al Quran or sekurang2ny yasin kemudian baru solat istikarah.. Bagaimana kita nk tahu Allah jwb ke tidakQuran menunjukkan bhw Allah akan memberi ilham kpd peminta tersebut,samada baik atau tidak ia boleh datang pada bila2 masa sahaja and ada hadith mengatakan dlm bentuk mimpi.. kdg Allah bagi dlm bentuk ketenangan ati... rase bahagia n hepi ker..or tetiba fikiran kite psl tue rase neutral n settle.. kite kena la pandai interpret sdr.. lg bgs di buat lebih dari sekali.. tips untuk berdoaboleh menggunakan bahasa hati sdr lagi menusuk kalbu n mendlm hehe yg datang ikhlas dr jiwa n tidak dibuat2 or dpaksa boleh juga di hafaz bacaan dr bahasa arab utk doa yg mathurat,pembaca mesti la paham ape y di doakan kalau doa y dibaca xdifahami itu akan d anggap doa lalai (sahun) | |
| | | kambing Forumer Setia
Number of posts : 68 Age : 42 Points : 0 Registration date : 2008-12-02
Karaktor Experience: (0/500)
| | | | PLASMA Forumer Fanatik
Number of posts : 220 Age : 43 Points : 154 Registration date : 2008-12-05
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Tue Dec 09, 2008 2:25 pm | |
| baik tuan! | |
| | | Aida Yazmin Kamaruddin Forumer Setia
Number of posts : 56 Age : 35 Location : Ampg /KUL Points : 6 Registration date : 2008-12-04
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Tue Dec 09, 2008 2:41 pm | |
| | |
| | | kambing Forumer Setia
Number of posts : 68 Age : 42 Points : 0 Registration date : 2008-12-02
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Tue Dec 09, 2008 2:49 pm | |
| | |
| | | uncle_crackerz14 Moderator
Number of posts : 181 Points : 515 Registration date : 2008-11-12
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! Tue Dec 09, 2008 5:41 pm | |
| | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! | |
| |
| | | | solat istikharah.adekah melalui mimpi saje? jom! | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Derma ikhlas untuk Forum Melayu Boleh | |
PENDAPATAN PERCUMA |
|
PERLUKAN TAPAK UNTUK IKLAN??? | PAGE REVIEW UNTUK FORUM INI ADALAH LEBIH KURANG 1300 PAGEVIEW SEBULAN.
UNTUK MENGIKLAN DI FORUM INI, SILA HUBUNGI ADMIN.
NYATAKAN TAJUK IKLAN DAN CONTOH BANNER ATAU BUTTON YANG INGIN DIIKLANKAN.
NYATAKAN HARGA UNTUK SEWAAN SELAMA 30 HARI. (MIN RM30).
SILA HANTAR EMAIL ANDA: ADMIN. - cikguhilmi@gmail.com
TERIMA KASIH.
|
|