MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Pemasaran dalam Dunia Internet

Go down 
AuthorMessage
duniaglobal
Ahli Baru
Ahli Baru



Number of posts : 17
Age : 53
Points : 48
Registration date : 2011-02-21

Karaktor
Experience:
Pemasaran dalam Dunia Internet Left_bar_bleue500/500Pemasaran dalam Dunia Internet Empty_bar_bleue  (500/500)

Pemasaran dalam Dunia Internet Empty
PostSubject: Pemasaran dalam Dunia Internet   Pemasaran dalam Dunia Internet Icon_minitimeMon Feb 21, 2011 10:49 pm

Salam buat semua para pembaca, dan kepada bakal usahawan-usahawan internet. Artikel ini ditujukan khas buat semua usahawan internet yang baru, mahu pun yang sudah berjaya, dan ingin saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang benar-benar berjaya.
Sebelum kita melangkah jauh ke dalam dunia perniagaan internet, soalan saya ialah, sudahkah kita menimba ilmu? Inilah pokok perbincangan saya buat tatapan semua para usahawan internet yang baru berjinak-jinak. Didalam artikel ini saya akan mengupas dan mendedahkan secara terbuka, rahsia, cara dan taktik para usahawan internet. Oh ya, artikel ini bukan satu gimmick(taktik) atau promosi. Terlebih dahulu bacalah isi kandungan yang telah saya paparkan dari kaca mata saya sebagai pemerhati. Artikel ini juga akan menyentuh tentang ahli-ahli pemasaran yang mengambil kesempatan, dalam erti kata mempergunakan ahli-ahli baru (ada ahli-ahli pemasaran yang terus membantu, dan tak kurang juga yang didalam golongan yang saya maksudkan awal tadi) demi kepentingan diri mereka membuat duit!!! Yang menjadi mangsa adalah diri ANDA bukan saya.

Sudah menjadi lumrah manusia yang dahagakan kejayaan dan kemewahan, kita sibuk mencari dan merebut peluang keemasan melalui perniagaan di internet, kita sering dipaparkan iklan-iklan bagaimana 'mudahnya' mereka (para usahawan internet) berjaya meraikan keuntungan yang berlipat ganda dalam masa sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya. Malahan setiap hari kita akan melihat iklan-iklan tersebut. Inilah gimmick(taktik, umpan) para usahawan-usahawan setengah masak atau disebut hit and run marketeer. Mengapa saya berani berkata sedemikian? Tujuan saya bukan untuk memalukan sesiapa, tetapi sekadar berkongsi pengalaman saya dengan bakal-bakal usahawan internet. Mengapa jadi begitu? Kerana terlalu ramai bakal-bakal usahawan internet telah diperbodohkan dengan taktik-taktik 'murah' yang sering kita terlihat diruang siber, kerana kita mudah 'terpesona' dengan kata-kata iklan yang dipaparkan melalui iklan tersebut, maka itu, tanpa disedari kita pun 'terjerumus'. Tanpa berbekalkan ilmu yang mantap, ramai diantara kita terus bergiat atau 'terjun botol' mengikuti perniagaan tersebut., dengan harapan, dapat meraikan ganjaran yang lumayan setiap minggu atau setiap bulan. Secara jujur berapa ramaikah diantara kita yang menjadi ahli 'terjun botol'? Hanya diri anda sahaja yang tahu. Lantas, berapa ramaikah diantara kita yang tidak tahu kemana arah atau langkah selanjutnya setelah menjadi ahli tersebut. Terjadinya perkara seperti ini kerana orang yang mengiklankan iklan tersebut tidak berilmu(not knowledgeable) dan langsung tidak berpengalaman membimbing ahli-ahli baru(downline atau affiliate marketeer) yang memasuki dunia pemasaran(publisher/marketeer). Mereka hanya tahu mengiklankan sepanduk(banner). Mereka hanya memikirkan kepentingan diri mereka sendiri! Mereka hanya tahu mengira untung, sedangkan anda hanyut dalam kegelapan. Adakalanya setelah menjadi ahli kita akan berdepan dengan sesuatu masaalah, maka kita akan bertanya/berhubung melalui e-mail, malah, tidak dibalas. Pernahkah anda melaluinya? Siapakah yang harus dipersalahkan? Tepuk dahi tanyalah akal!

Insyallah saya akan menyambung sambungan artikel ini pada minggu hadapan (mcm rancangan tv plaaak) oleh itu jangan kemana-mana.
Jika anda mempunyai kerumitan atau masaalah mengenai internet marketing, sila hubungi saya melalui global_mony@yahoo.com
Insyallah saya akan cuba membalas secepat mungkin. Terimakasih kerana meluangkan masa anda.
Back to top Go down
http://the-entrepreneurship-journey.blogspot.com/
duniaglobal
Ahli Baru
Ahli Baru



Number of posts : 17
Age : 53
Points : 48
Registration date : 2011-02-21

Karaktor
Experience:
Pemasaran dalam Dunia Internet Left_bar_bleue500/500Pemasaran dalam Dunia Internet Empty_bar_bleue  (500/500)

Pemasaran dalam Dunia Internet Empty
PostSubject: Re: Pemasaran dalam Dunia Internet   Pemasaran dalam Dunia Internet Icon_minitimeWed Feb 23, 2011 10:06 pm

Sama-sama. Insyallah saya akan menyambung info yg kedua. Sekali lagi saya mengucapkan terimakasih kerana masa yang anda luangkan.
Back to top Go down
http://the-entrepreneurship-journey.blogspot.com/
duniaglobal
Ahli Baru
Ahli Baru



Number of posts : 17
Age : 53
Points : 48
Registration date : 2011-02-21

Karaktor
Experience:
Pemasaran dalam Dunia Internet Left_bar_bleue500/500Pemasaran dalam Dunia Internet Empty_bar_bleue  (500/500)

Pemasaran dalam Dunia Internet Empty
PostSubject: Re: Pemasaran dalam Dunia Internet   Pemasaran dalam Dunia Internet Icon_minitimeFri Feb 25, 2011 2:02 am

Back to top Go down
http://the-entrepreneurship-journey.blogspot.com/
Sponsored content





Pemasaran dalam Dunia Internet Empty
PostSubject: Re: Pemasaran dalam Dunia Internet   Pemasaran dalam Dunia Internet Icon_minitime

Back to top Go down
 
Pemasaran dalam Dunia Internet
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» REALITI SEBENAR DUNIA PERNIAGAAN ONLINE/INTERNET
» Rahsia Email: Pemasaran Email Cara Paling Mudah Dan Pantas Buat Duit Di Internet
» Buat RM10.00 Pertama Di Internet Dalam 24 Jam Dengan Laporan Percuma
» Buat Duit Internet RM20,000 Dalam 20 Hari? Macam Mustahil Tetapi Itu Hakikat
» Rahsia Dalam Untuk Maju Dalam Perniagaan Secara Sambilan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Perniagaan :: Buat Duit Melalui Internet-
Jump to: