MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Mengenai Wanita & Kubur

Go down 
5 posters
AuthorMessage
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Mengenai Wanita & Kubur Left_bar_bleue0/500Mengenai Wanita & Kubur Empty_bar_bleue  (0/500)

Mengenai Wanita & Kubur Empty
PostSubject: Mengenai Wanita & Kubur   Mengenai Wanita & Kubur Icon_minitimeSat Apr 04, 2009 4:44 pm

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan haltersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuanmulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari pada anak lelaki.Maka, barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yangsoleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil,Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun,Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Back to top Go down
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Mengenai Wanita & Kubur Left_bar_bleue0/500Mengenai Wanita & Kubur Empty_bar_bleue  (0/500)

Mengenai Wanita & Kubur Empty
PostSubject: Re: Mengenai Wanita & Kubur   Mengenai Wanita & Kubur Icon_minitimeSat Apr 04, 2009 9:51 pm

Syukur, Alhamdulillah kerna dilahirkan sebagai seorang perempuan...

Bertapa banyaknya keistimewaan perempuan...

Thanks Kak Zie...Semoga ia menjadi peringatan & pengajaran kepada para wanita sekalian...
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Mengenai Wanita & Kubur Left_bar_bleue0/500Mengenai Wanita & Kubur Empty_bar_bleue  (0/500)

Mengenai Wanita & Kubur Empty
PostSubject: Re: Mengenai Wanita & Kubur   Mengenai Wanita & Kubur Icon_minitimeSun May 17, 2009 9:20 pm

you most welcome Baiyinah...
semoga kita ingat mengingati antara satu dengan yg lain
Back to top Go down
AR
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
AR


Number of posts : 425
Age : 51
Points : 452
Registration date : 2009-04-29

Karaktor
Experience:
Mengenai Wanita & Kubur Left_bar_bleue0/500Mengenai Wanita & Kubur Empty_bar_bleue  (0/500)

Mengenai Wanita & Kubur Empty
PostSubject: Re: Mengenai Wanita & Kubur   Mengenai Wanita & Kubur Icon_minitimeSun May 17, 2009 9:53 pm

banyak kelebihan dan keistimewaan perempuan, lebih2 lagi yg dah berumahtangga.
sbb taat dan menolong suami. pastu mengandung, melahirkan, menjaga dan menyusukan anak.
yang tak berumahtangga camne? kuranglah sikit? huhuhu...
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Mengenai Wanita & Kubur Left_bar_bleue0/500Mengenai Wanita & Kubur Empty_bar_bleue  (0/500)

Mengenai Wanita & Kubur Empty
PostSubject: Re: Mengenai Wanita & Kubur   Mengenai Wanita & Kubur Icon_minitimeFri May 22, 2009 8:44 am

Salam...
sabar dan berdoa lah...semoga Tuhan permudahkan urusan kita..
ajal maut jodoh pertemuan semua itu kerja Tuhan..
kita harus percaya Qada'dan Qadar Tuhan..
Back to top Go down
Nur Amira Muhamad
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Nur Amira Muhamad


Number of posts : 305
Age : 41
Location : Terengganu Darul Iman - Bandaraya Warisan Pesisir Pantai
Points : 328
Registration date : 2009-05-18

Karaktor
Experience:
Mengenai Wanita & Kubur Left_bar_bleue0/500Mengenai Wanita & Kubur Empty_bar_bleue  (0/500)

Mengenai Wanita & Kubur Empty
PostSubject: Re: Mengenai Wanita & Kubur   Mengenai Wanita & Kubur Icon_minitimeThu Sep 10, 2009 11:44 am

Syukur Alhamdulillah...

Wanita adalah perhiasan duniawi..dan seindah perhiasan adalah wanita yang solehah...
Back to top Go down
http://www.miramira.com
ALLADDIN
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
ALLADDIN


Number of posts : 127
Location : @L@maya
Points : 128
Registration date : 2009-03-21

Karaktor
Experience:
Mengenai Wanita & Kubur Left_bar_bleue0/500Mengenai Wanita & Kubur Empty_bar_bleue  (0/500)

Mengenai Wanita & Kubur Empty
PostSubject: Re: Mengenai Wanita & Kubur   Mengenai Wanita & Kubur Icon_minitimeTue Sep 15, 2009 5:23 am

Nur Amira Muhamad wrote:
Syukur Alhamdulillah...

Wanita adalah perhiasan duniawi..dan seindah perhiasan adalah wanita yang solehah...

fully agreed ..

Dari Abdullah b. Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda;

‘‘Dunia ialah kesenangan,
sebaik-baik kesenangan dunia ialah
perempuan yang solehah.’’

Sahih Muslim
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
Sponsored content





Mengenai Wanita & Kubur Empty
PostSubject: Re: Mengenai Wanita & Kubur   Mengenai Wanita & Kubur Icon_minitime

Back to top Go down
 
Mengenai Wanita & Kubur
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Megenai Wanita.
» LARANGAN MENGHIAS KUBUR
» Nasihat ibu kpd anaknya mengenai "C.I.N.T.A"
» UNTUKMU WANITA : BEAUTY UMAIRA RM240.00 | KHAS UNTUK WANITA - 1001 RAHSIA ....sebutir mutiara seindah cinta umaira.
» Kecantikan Wanita

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Sembang Melayu Boleh :: Dunia Wanita-
Jump to: