MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Barah Pangkal Rahim (cervical cancer)

Go down 
3 posters
AuthorMessage
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Left_bar_bleue0/500Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty_bar_bleue  (0/500)

Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty
PostSubject: Barah Pangkal Rahim (cervical cancer)   Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Icon_minitimeTue Jun 16, 2009 3:11 pm

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.


Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) 9163p


Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.


Last edited by kak zie on Tue Jun 16, 2009 3:19 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Left_bar_bleue0/500Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty_bar_bleue  (0/500)

Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty
PostSubject: Re: Barah Pangkal Rahim (cervical cancer)   Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Icon_minitimeTue Jun 16, 2009 3:12 pm

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)

• Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
• Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
• Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
• Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

• Tabiat seks - memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).

• Agen jangkitan - terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.

• Tidak menjaga kebersihan diri.
• Menghisap tembakau.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Left_bar_bleue0/500Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty_bar_bleue  (0/500)

Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty
PostSubject: Re: Barah Pangkal Rahim (cervical cancer)   Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Icon_minitimeTue Jun 16, 2009 3:18 pm

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi.

Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan
Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.

Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Smear1


Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi
Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser.
Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Left_bar_bleue0/500Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty_bar_bleue  (0/500)

Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty
PostSubject: Re: Barah Pangkal Rahim (cervical cancer)   Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Icon_minitimeTue Jun 16, 2009 3:26 pm

Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil
Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Di Manakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati

Ujian ini boleh didapati di:
• Pusat Kesihatan Kerajaan
• Klinik Perancang Keluarga
• Hospital/Klinik Swasta

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Ujian PAP Smear
Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian-ujian PAP Smear.

Berapa Kerapkali Ujian Ujian PAP Smear Harus Dilakukan
Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan 3 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian PAP Smear
Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.

Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) 2844717015b6cf418f30
Back to top Go down
Ryna
Pra - Ahli
Pra - Ahli



Number of posts : 1
Age : 45
Points : 1
Registration date : 2010-07-09

Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty
PostSubject: Program Pelalian HPV oleh Kementerian Kesihatan Malaysia   Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Icon_minitimeFri Jul 09, 2010 3:59 pm

Pengumuman:

Kementerian Kesihatan Malaysia kini memberi pelalian HPV PERCUMA kepada semua murid perempuan Tingkatan 1 dan gadis warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun pada tahun semasa. Tiga suntikan HPV akan diberi dalam tempoh 6 bulan.

Bagi yang bersekolah, dapatkannya di sekolah dan bagi yang tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kerajaan.

Jangkitan Human Papilloma virus atau HPV di bahagian servik merupakan antara penyebab utama kanser servik. Pelalian HPV dapat membantu mencegah jangkitan HPV penyebab kanser dan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser servik.


Harap ibubapa peka dengan program pelalian ini....
Dapatkan Pelalian! Cegah Kanser Servik!
Back to top Go down
http://........
azlianaa
Pra - Ahli
Pra - Ahli



Number of posts : 3
Age : 41
Points : 3
Registration date : 2011-02-11

Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty
PostSubject: Re: Barah Pangkal Rahim (cervical cancer)   Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Icon_minitimeFri Feb 11, 2011 6:26 pm

salam...jom berkunjung ke http://gogeouscell.blogspot.com/
Produk Go Geous ni satu2 Suplemen di DUNIA yang ada stemcell...mmg hebat! dgn izin Allah SWT...byk penyakit dah dapat diubati dgn cepat hanya 10 sachet boleh turunkan bacaan kencing manis dari 18 ke 7. ada yang period 7 bulan tak datang minum 1 sachet turun period. bukan itu saja berat badan pun turun dgn 10 sachet saja! Inilah keajaiban stem cell yg ada di dalam go geous dgn izin Allah
KELEBIHAN GO GEOUS :…
Menentang kronologi penuaan (anti penuaan)
2. Memaksimumkan ketegangan dan melembutkan kulit.
3. Memulihkan tekstur dan ketahanan kulit.
4. Menbantu kecerahan kulit.
5. Menyerikan dan mencerahkan kulit dengan ketara.
6. Mengurangkan selulit.
7. Menguatkan folikel rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
8. Meningkatkan pembaharuan dan pemulihan sel.
9. Meningkatkan tahap stamina dan tenaga.
10. Memulihkan kepekaan dan prestasi mental
11. Memulihkan peredaran darah.
12. Meningkatan keanjalan arteri.
13. Meningkatkan kadar metabolisma.
14. Mengurangkan lemak berlebihan.
15. Membantu menyingkirkan toksin dan mengurangkan simptom alahan.
16. Meningkatan pembentukan otot-otot.
17. Mengurangkan risiko kanser dan membantu pesakit yang mengidap penyakit jantung, sembelit, buasir, diabetes dan lain-lain.
18. Memberi manfaat kepada pesakit Osteoartritis dan Osteoporisis.

http://gogeouscell.blogspot.com/
Back to top Go down
http://gogeouscell.blogspot.com/
Sponsored content





Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Empty
PostSubject: Re: Barah Pangkal Rahim (cervical cancer)   Barah Pangkal Rahim (cervical cancer) Icon_minitime

Back to top Go down
 
Barah Pangkal Rahim (cervical cancer)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gadis Ini Kembali ke Pangkal Jalan
» Barah atau cancer
» Penyakit Barah Kanser
» Ayuzip VGin Lotion memcuci rahim wanita | vagina
» Ayuzip VGin Lotion memcuci rahim wanita | vagina

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Kesihatan-
Jump to: