MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Petanda Seseorang Mempunyai Saka

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Boleh.com
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
Boleh.com


Number of posts : 127
Age : 39
Points : 217
Registration date : 2013-01-09

Petanda Seseorang Mempunyai Saka Empty
PostSubject: Petanda Seseorang Mempunyai Saka   Petanda Seseorang Mempunyai Saka Icon_minitimeWed Jan 23, 2013 6:02 pm

SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.

Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.

Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.

Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.

Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.

Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.

Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.

Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.

Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).

“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.

“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.

“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.

Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.

“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.
Back to top Go down
narutoorange
Forumer
Forumer



Number of posts : 37
Age : 34
Location : serdang
Points : 41
Registration date : 2012-09-25

Petanda Seseorang Mempunyai Saka Empty
PostSubject: Re: Petanda Seseorang Mempunyai Saka   Petanda Seseorang Mempunyai Saka Icon_minitimeFri May 10, 2013 4:27 pm

ish cuak je bace
Back to top Go down
http://narutoorange.com
rajasehari
Ahli Baru
Ahli Baru



Number of posts : 12
Age : 39
Location : sunga besar
Points : 26
Registration date : 2012-09-16

Petanda Seseorang Mempunyai Saka Empty
PostSubject: Re: Petanda Seseorang Mempunyai Saka   Petanda Seseorang Mempunyai Saka Icon_minitimeSun May 12, 2013 11:34 pm

saka memang sukar nak dipisahkan.kena banyak bersabar dengan karenah perkara mistik ni
Back to top Go down
http://www.nandukbooster.com/
Sponsored content





Petanda Seseorang Mempunyai Saka Empty
PostSubject: Re: Petanda Seseorang Mempunyai Saka   Petanda Seseorang Mempunyai Saka Icon_minitime

Back to top Go down
 
Petanda Seseorang Mempunyai Saka
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kesan marah pada seseorang
» Hadiahkan Seseorang Sesuatu Hadiah Yang Istimewa
» Bagaimanakah Caranya Untuk Mengembalikan Kepercayaan Seseorang Terhadap Kita?
» Buah tunjuk langit

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Gatal Tangan :: Ape ape aje....-
Jump to: