| TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI | |
|
|
Author | Message |
---|
riyaz_R9 Forumer Fanatik
Number of posts : 232 Age : 37 Points : 273 Registration date : 2008-12-05
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Mon Oct 12, 2009 12:47 pm | |
| FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain. Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran. Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.
tips agar disayangi dan disukai
* Positif
Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan. Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.
* Ceria
Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres. Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.
* Ramah
Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa. Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai. Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.
ceria sokmo
* Ringan tangan
Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan. Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.
* Rendah hati
Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.
* Percaya diri
Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.
* Pemaaf
Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.
* Jujur
Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.
Sumber – KOSMO | |
|
| |
aiskacang Forumer Fanatik
Number of posts : 1038 Age : 40 Points : 1085 Registration date : 2009-09-09
Karaktor Experience: (500/500)
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Mon Oct 12, 2009 3:31 pm | |
| kalau ramai sgt yg sayang, susah gak eh..! | |
|
| |
riyaz_R9 Forumer Fanatik
Number of posts : 232 Age : 37 Points : 273 Registration date : 2008-12-05
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Tue Oct 13, 2009 10:50 am | |
| lagi elok dari ramai yg benci.... | |
|
| |
AR Forumer Fanatik
Number of posts : 425 Age : 51 Points : 452 Registration date : 2009-04-29
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Wed Oct 14, 2009 12:58 am | |
| - aiskacang wrote:
- kalau ramai sgt yg sayang, susah gak eh..!
ok la tu klu ramai yg sayang, dari ramai yg benci lg la payah. | |
|
| |
aiskacang Forumer Fanatik
Number of posts : 1038 Age : 40 Points : 1085 Registration date : 2009-09-09
Karaktor Experience: (500/500)
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Wed Oct 14, 2009 10:59 am | |
| takut ramai yg sayang sbb nak ambik kesempatan jer... | |
|
| |
riyaz_R9 Forumer Fanatik
Number of posts : 232 Age : 37 Points : 273 Registration date : 2008-12-05
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Wed Oct 14, 2009 5:16 pm | |
| itu bukan sayang namanya... | |
|
| |
ainee Forumer Fanatik
Number of posts : 534 Age : 36 Location : ~with my lappie~ Points : 490 Registration date : 2009-01-08
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Wed Oct 14, 2009 6:56 pm | |
| dalam list tu, kite rase yg paling ssh skali pemaaf... hm..... | |
|
| |
riyaz_R9 Forumer Fanatik
Number of posts : 232 Age : 37 Points : 273 Registration date : 2008-12-05
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Thu Oct 15, 2009 11:44 am | |
| aini mmg susah nak maafkan org yer??? | |
|
| |
~.:B@!y!n@h:.~ Moderator
Number of posts : 936 Age : 31 Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi Points : 1459 Registration date : 2008-11-12
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Fri Dec 11, 2009 8:45 am | |
| Sokong 100% artikel Riyaz.. Memang betul artikel tu... | |
|
| |
dez Pra - Ahli
Number of posts : 2 Age : 34 Points : 2 Registration date : 2010-06-03
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Thu Jun 03, 2010 11:24 pm | |
| | |
|
| |
rietpg Forumer
Number of posts : 35 Age : 46 Location : TPG Points : 77 Registration date : 2009-06-07
Karaktor Experience: (0/500)
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI Mon Jun 07, 2010 2:45 am | |
| Memang fitrah manusia suka disayangi. Pilih yang positif aje tetapi mungkin yang agak sukar untuk menjadi seorang pemaaf. Tetapi realistiknya bila kita dah memaafkan seseorang tu hati kita akan terus menjadi tenang. Dr Fadzilah Kamsah ada berpesan supaya mempraktikkan sebelum tidur digalakkan memaafkan dosa orang lain yang telah melakukan kesilapan kepada diri kita tak kira sebesar manapun kesalahannya. Adakah anda senang melakukannya ? Jom kongsi. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI | |
| |
|
| |
| TIPS AGAR DISAYANGI DAN DISENANGI | |
|