MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 "Dah penat ke atau dah tahu..."

Go down 
4 posters
AuthorMessage
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
"Dah penat ke atau dah tahu..." Left_bar_bleue0/500"Dah penat ke atau dah tahu..." Empty_bar_bleue  (0/500)

"Dah penat ke atau dah tahu..." Empty
PostSubject: "Dah penat ke atau dah tahu..."   "Dah penat ke atau dah tahu..." Icon_minitimeMon Dec 01, 2008 4:17 pm

Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang remaja melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. "Ahhh!! Barulah sejuk sedikit." kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan baju putihnya yang basah dengan peluh.

"Wah ramainya orang kali ini." kata yang seorang lagi.

"Mestilah. Inikan minggu peperiksaan. Semuanya hendak belajar saat-saat akhir. Tentulah sesak. Tak apalah. Kita pergi ke tingkat atas sekali. Di situ tidak ramai orang." kata pemuda pertama tadi.

Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga. Ternyata di tingkat teratas perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih sudut yang agak terlindung untuk belajar.

Masa terus berlalu. Beberapa jam kemudian.....

"Ahhh! Aku dah penatlah. Aku balik dahululah." kata seorang pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "Popular Science" dan "National Geographic" yang bersepah di atas meja yang diduduki mereka.

"Allah! engkau ni. Awal lagi ini. Baru pukul tujuh."

"Aku ada temujanji malam ini." kata pemuda itu sambil tersengih-sengih.

"Wah! padanlah." sahut kawannya.

"Engkau masih belum mahu balik lagike?" tanyanya.

"Aku hendak mengulangkaji sedikit lagi. Tak apalah, engkau baliklah dahulu." kata rakannya sambil tersenyum-senyum.

Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku. Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah kerajaan Sung - China. Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihatkan sekeliling. Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih mudah baginya untuk mengulangkaji.

Tiba-tiba dia berbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila menyedari dirinya direnung sebegitu.

"Hai! Buat apa tu." tegurnya.

Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis. "Boleh saya menumpang duduk di sini. Di sini sunyi, tidak ada orang, jadi saya duduk dekat awak." jawabnya dengan lembut.

Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati.

Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidak menolak. Mereka berdua mula bersembang panjang.

"Boleh saya pinjam pen awak sekejab?" tanya gadis itu.

"Boleh-boleh" dia menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu.

"Terima kasih. Saya pulangkan pen awak ini." suara lembut gadis itu menerpa cuping telinganya.

Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan oleh gadis itu.

Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis itu, tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik tangannya itu.

Dia agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu menggetuk meja dengan pen tetapi pennya itu pula yang terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi dia mengangkatkan kepalanya terlalu cepat sehinggakan berdetum kepalanya terhantukkan ke bawah meja itu.

Dia menyumpah-yumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa perlahan-lahan. Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya menegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau dan dia bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan -gosokkan kepalanya sambil melihat kearah gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambil menutup mulut dengan tangan.

Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat. Untuk menguatkan semangatnya dia berkata "Ahhh... dah penatlah. Nak baliklah."

Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah penat ke atau dah tahu..."

Gadis tengkorak.
Dia tidak bertangguh lagi terus lari lintang pukang menerpa ke tangga. Pandangannya melihatkan sepasang kaki yang tinggal rangka di hadapannya di bawah meja, sedangkan rupa seorang gadis cantik di sebelah atas yang bercakap- cakap dengannya cukup menyeramkannya.

Sepanjang jalan itu, suara gadis itu berulang-ulang kedengaran bertanyakan "Dah penat ke, dah tahu? "Dah penat ke, dah tahu?" disertai deraian ketawa mengelikik.

Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih laju, berlari balik, putih tapak kaki, tanpa menoleh kebelakang lagi.
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
Aida Yazmin Kamaruddin
Forumer Setia
Forumer Setia
Aida Yazmin Kamaruddin


Number of posts : 56
Age : 34
Location : Ampg /KUL
Points : 6
Registration date : 2008-12-04

Karaktor
Experience:
"Dah penat ke atau dah tahu..." Left_bar_bleue0/500"Dah penat ke atau dah tahu..." Empty_bar_bleue  (0/500)

"Dah penat ke atau dah tahu..." Empty
PostSubject: Re: "Dah penat ke atau dah tahu..."   "Dah penat ke atau dah tahu..." Icon_minitimeFri Dec 05, 2008 10:38 am

weii..seramnyaaa...
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
"Dah penat ke atau dah tahu..." Left_bar_bleue0/500"Dah penat ke atau dah tahu..." Empty_bar_bleue  (0/500)

"Dah penat ke atau dah tahu..." Empty
PostSubject: Re: "Dah penat ke atau dah tahu..."   "Dah penat ke atau dah tahu..." Icon_minitimeFri Dec 05, 2008 10:39 am

wei panjangnye!!!xlrt aku nk bace cheers
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
Babunlaut
Forumer
Forumer
Babunlaut


Number of posts : 46
Age : 34
Points : 0
Registration date : 2008-12-09

Karaktor
Experience:
"Dah penat ke atau dah tahu..." Left_bar_bleue0/500"Dah penat ke atau dah tahu..." Empty_bar_bleue  (0/500)

"Dah penat ke atau dah tahu..." Empty
PostSubject: Re: "Dah penat ke atau dah tahu..."   "Dah penat ke atau dah tahu..." Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 7:11 pm

lama giler dh citer nih.... time form 1 lg... teringat time duk hostel dlu.... Very Happy
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babunlaut
Sponsored content





"Dah penat ke atau dah tahu..." Empty
PostSubject: Re: "Dah penat ke atau dah tahu..."   "Dah penat ke atau dah tahu..." Icon_minitime

Back to top Go down
 
"Dah penat ke atau dah tahu..."
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» azam tahu baru atau azam lapuk?
» PLAN PEMASARAN PALING "HOT" DI MALAYSIA !! BACA DULU!!
» Produk Digital memperkenalkan E-Book "Rahsia Cari Duit Perkahwinan"
» "Pasport Rasulullah" Saiz Compact
» "Pasport Rasulullah" Saiz Compact

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Karya Melayu Boleh :: Cerita Misteri-
Jump to: