MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?

Go down 
AuthorMessage
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Left_bar_bleue0/500Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty_bar_bleue  (0/500)

Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty
PostSubject: Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?    Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Icon_minitimeFri Dec 24, 2010 5:23 pm

Sebenarnya banyak yang perlu dipelajari mereka yang 'bergiat' didapur, bukan sahaja untuk menghasilkan hidangan yang enak, tetapi juga memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga atau pelanggan. Bak kata seorang chef yang ditemui, kerja 'orang dapur' membabitkan sains dan seni. Jadi bagi mereka, usaha menambah ilmu tidak terkecuali. Baca lima tip dan info ini untuk menambah ilmu anda.
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Left_bar_bleue0/500Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty_bar_bleue  (0/500)

Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty
PostSubject: 5 Tip dan Info   Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Icon_minitimeFri Dec 24, 2010 5:24 pm

Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Lemon110
Lemon bukan sahaja mengenakkan makanan dan minuman tetapi boleh diguna sebagai bahan pembersih.

Guna Lemon Bersihkan Papan Pemotong

Sama ada anda menggunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu atau plastik, anda boleh membersihkannya dengan lemon. Bagi papan pemotong kayu, gosok dengan hirisan lemon di bahagian yang kotor. Manakala untuk papan pemotong plastik, perah jus lemon dan gosok di permukaan yang kotor. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Asid dalam jus lemon berkesan sebagai pembersih.
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Left_bar_bleue0/500Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty_bar_bleue  (0/500)

Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty
PostSubject: 5 Tip dan Info   Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Icon_minitimeFri Dec 24, 2010 5:26 pm

Cuka Sebagai Bahan Pencuci

Sabun memang sering digunakan untuk membersih di dapur. Sungguhpun begitu ada bahan lain yang boleh menggantikannya; cuka.

Cuka memang tahan dan lazimnya selalu disimpan lama kerana anda hanya menggunakan sedikit untuk memasak. Jika anda mempunyai banyak cuka berlebih, apa kata gunakannya sebagai bahan pembersih? Cuka berkesan digunakan untuk membersihkan kesan gris atau berminyak, contohnya permukaan serta celah-celah dapur masak atau penunu. Masukkan cuka dalam botol spray, sembur ditempat berminyak dan gosok bersih. Bukankah ini juga menjimatkan?

Selain cuka, anda juga boleh membuat bahan pembersih dengan mencampurkan sedikit bahan peluntur dengan air. Sungguhpun begitu, jangan campurkan bahan tersebut dengan air panas kerana bahan peluntur akan meluap dan hilang keberkesanannya.

Selain itu, jangan sesekali mencampurkan bahan peluntur dengan produk pembersih lain yang mengandungi amonia seperti bahan pembersih cermin.
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Left_bar_bleue0/500Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty_bar_bleue  (0/500)

Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty
PostSubject: 5 Tip dan Info   Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Icon_minitimeFri Dec 24, 2010 5:29 pm

Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Dapurb10
Dapur yang bersih bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi juga selamat daripada ancaman bakteria.

Sumber Bakteria

Tahu tak dari mana sumber bakteria yang memudaratkan seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dan sebagainya, paling mudah ditemui di dapur anda?

Jawapannya ialah di span pencuci dan kain pengelap! Itulah yang ditemui dalam kajian di Amerika.

Span pencuci dan kain pengelap yang basah menyediakan sumber kelembapan dan tempat yang gemar dihinggapi bakteria. Jadi pastikan setelah diguna, span pencuci dan kain itu dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan. Anda juga boleh membunuh bakteria itu dengan memanaskan kedua-duanya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 60 saat.
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Left_bar_bleue0/500Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty_bar_bleue  (0/500)

Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty
PostSubject: 5 Tip dan Info   Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Icon_minitimeFri Dec 24, 2010 5:31 pm

Tepung Naik Sendiri

Tepung naik sendiri atau self raising flour boleh dibuat sendiri di rumah. Caranya mudah saja; campurkan satu cawan tepung gandum biasa dengan 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) dan 1/2 sudu kecil garam.
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Left_bar_bleue0/500Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty_bar_bleue  (0/500)

Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty
PostSubject: 5 Tip dan Info   Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Icon_minitimeFri Dec 24, 2010 5:33 pm

Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Kismis11
Kismis hitam baik untuk otak.

Kismis

Kismis anggur hitam yang dikeringkan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yang terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ini dapat meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Otak memerlukan gula untuk berfungsi dengan baik, dan kismis dapat menyediakan keperluan gula dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Jadi, apa kata gunakan lebih kismis dalam masakan anda?


Sumber: Sajionline
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
Sponsored content





Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Empty
PostSubject: Re: Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?    Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?  Icon_minitime

Back to top Go down
 
Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ilmu perlu diamal dan dikongsi kepada kenalan..
» TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH
» Business Networking Baru!!! Siapa cepat siapa jadi Upline!!!
» mutiara kata
» Sejarah Ilmu Fiqh........

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Sembang Melayu Boleh :: Pendapat anda-
Jump to: