MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Sejarah Ilmu Fiqh........

Go down 
4 posters
AuthorMessage
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeWed Nov 12, 2008 6:22 pm

Assalamualaikum.

Zaman Nabi Muhammad (s.a.w)
Asal usul perkembangan ilmu fiqh bermula pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) yang lahir di Mekah. Ianya dikatakan bermula apabila Nabi (s.a.w) mendapat wahyu yang pertama dari Allah (s.w.t) yang melantik Baginda sebagai Pesuruh-Nya yang terakhir dan seterusnya diperintahkan untuk menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia. Misi Nabi (s.a.w) untuk menyebar ajaran Islam bermula selepas perlantikan Baginda sebagai Pesuruh-Nya yang terakhir dan misi tersebut berakhir selepas kewafatan Baginda (s.a.w).
Perkembangan ilmu fiqh pada zaman ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat di Mekah dan peringkat di Madinah.
Di Mekah, perkembangan ilmu fiqh adalah sederhana kerana fokus utama pada peringkat ini lebih menjurus kepada pengamatan individu. Tidak hairanlah fokus utama pada peringkat ini lebih menjurus kepada perkara-perkara seperti iman, akhlaq, dan penghayatan kisah-kisah umat terdahulu. Ini penting kerana umat Islam di Mekah ialah golongan minoriti dan Mekah ketika itu di bawah pentadbiran golongan bukan Islam. Umumnya, pengamatan individu tujuannya untuk menyediakan umat Islam agar bersedia untuk hijrah ke Madinah dan seterusnya mentadbir Madinah sebagai kota pentadbiran Negara Islam yang pertama.

Akan bersambung...
Wassalam.
Back to top Go down
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeWed Nov 12, 2008 7:52 pm

Nampak menarik je... Very Happy
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeWed Nov 12, 2008 9:27 pm

Sambungan...

Di Madinah, perkembangan ilmu fiqh adalah rancak terutamanya selepas hijrah Nabi Muhammad (s.a.w) dan kaum Muslimin ke Madinah dan seterusnya mewujudkan negara Islam yang pertama. Fokus utama pada peringkat ini bukan lagi pengamalan individu tetapi lebih menjurus kepada pengamalan kemasyarakatan. Maka lebih banyak perundangan kemasyarakatan diwujudkan seperti berkaitan dengan amalan keagamaan, muamalat, kekeluargaan, jenayah, pentadbiran, dan perhubungan antarabangsa. Ini tidak menghairankan kerana masyarakat Islam ialah golongan pentadbir dan terpaksa menjaga keharmonian masyarakat dan seterusnya menjalankan tanggungjawab untuk menyebarkan ajaran Islam ke negara-negara yang lain.

Sumber-sumber ilmu fiqh pada zaman ini terbahagi kepada tiga iaitu al-Qur'an, al-Sunnah, dan Ijtihad.

Akan bersambung...

Wassalam.
Back to top Go down
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeThu Nov 13, 2008 12:12 pm

Sambungan...

Sumber ilmu fiqh yang pertama ialah al-Qur'an. Secara umumnya, al-Qur'an ialah sumber utama agama Islam yang menuntun seorang Muslim ke arah jalan yang benar. Ayat-ayat di dalam al-Qur'an terbahagi kepada dua iaitu ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan yang diturunkan di Madinah.

Berkenaan ayat-ayat yang diturunkan di Mekah, ianya lebih berkisar kepada beberapa perkara iaitu: (i) iman kepada Allah (s.w.t), Nabi Muhammad (s.a.w), malaikat dan sebagainya, (ii) akhlaq seperti ihsan kepada golongan tua dan miskin, bersedekah dan sebagainya, dan (iii) penghayatan kisah-kisah umat-umat terdahulu.

Berkenaan dengan ayat-ayat yang diturunkan di Madinah, ianya berkisar pada banyak perkara seperti: (i) amalan keagamaan seperti macam mana hendak sembahyang dan sebagainya, (ii) muamalat seperti kontrak jual beli dan sebagainya, (iii) kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian dan sebagainya, (iv) jenayah seperti hudud, qisas dan ta'zir, dan (v) perhubungan dalam negeri dan antarabangsa seperti hubungan masyarakat Islam dengan masyarakat yahudi.

Akan bersambung...

Wassalam.
Back to top Go down
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeThu Nov 13, 2008 6:17 pm

Sambungan...

Sumber ilmu fiqh yang kedua pada zaman ini ialah al-Sunnah. Secara umumnya, al-Sunnah terbahagi kepada tiga iaitu: (i) al-Qawliyyah (ucapan-ucapan Nabi Muhammad (s.a.w)), (ii) al-Fi'liyyah (perbuatan-perbuatan Nabi (s.a.w)), dan (iii) al-Taqririyyah (persetujuan tersirat Nabi (s.a.w)). Sebagaimana yang kita maklum, bahawa peranan al-Sunnah dalam ilmu fiqh ialah untuk menerangkan secara khusus dalil-dalil al-Qur'an yang dianggap umum. Contoh yang jelas ialah sembahyang. Al-Qur'an menyatakan tentang pensyariatan sembahyang sedangkan al-Sunnah menerangkan dengan lebih mendalam perkara-perkara berkaitan dengan sembahyang contohnya: (i) rukun-rukun sembahyang, (ii) sembahyang-sembahyang fardhu, dan (iii) sembahyang-sembahyang sunat. Secara umumnya, al-Sunnah diketahui para Sahabat (r.a) melalui pelbagai cara antaranya ialah: (i) perjumpaan dengan Nabi Muhammad (s.a.w) di masjid, (ii) perjumpaan dengan Nabi (s.a.w) di pasar, dan (iii) perjumpaan dengan Nabi (s.a.w) di jalanan.

Akan bersambung...

Wassalam.
Back to top Go down
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeThu Nov 13, 2008 10:33 pm

Sambungan...

Sumber ilmu fiqh yang ketiga pada zaman ini ialah ijtihad. Ijtihad pada zaman ini terbahagi kepada dua iaitu ijtihad yang dilakukan Nabi Muhammad (s.a.w) dan ijtihad yang dilakukan para Sahabat (r.a). Merujuk kepada pembahagian yang pertama iaitu ijtihad yang dilakukan Nabi Muhammad (s.a.w), Nabi (s.a.w) biasanya melakukan ijtihad sekiranya tiada wahyu yang diturunkan Allah (s.w.t). Pada kebiasaannya, selepas Nabi Muhammad (s.a.w) melakukan ijtihad, wahyu akan diturunkan Allah (s.w.t) sama ada membenarkan ijtihad Nabi (s.a.w) atau membetulkan ijtihad Nabi (s.a.w). Sebagai contoh ijtihad Nabi Muhammad (s.a.w) yang dibetulkan melalui wahyu yang diturunkan Allah (s.w.t) ialah situasi tebusan-tebusan perang Badar dan kebenaran yang diberikan kepada golongan munafik untuk tidak menyertai perang. Merujuk kepada pembahagian kedua iaitu ijtihad yang dilakukan para Sahabat (r.a), Nabi Muhammad (s.a.w) menggalakkan mereka untuk berijthad. Antara contoh ijtihad para Sahabat (r.a) ialah kisah dua sahabat yang bermusafir. Setelah masuk waktu sembahyang, air untuk berwuduk tiada maka dilakukan tayammum dan selepas itu sembahyang dijalankan. Setelah selesai sembahyang, mereka meneruskan perjalanan dan menemui sumber air. Seorang daripada mereka mengambil wuduk dan menunaikan sembahyang yang asal tadi manakala yang seorang lagi tidak. Perkara ini dibawa ke pengetahuan Nabi Muhammad (s.a.w) dan Nabi (s.a.w) membenarkan tindakan mereka berdua. Secara umumnya, para Sahabat (r.a) akan hanya berijtihad sekiranya mereka berjauhan dengan Nabi Muhammmad (s.a.w). Walaubagaimanapun, tindakan para Sahabat (r.a) melakukan ijtihad dan tindakan Nabi Muhammad (s.a.w) membenarkan ijtihad mereka hanya dianggap sebahagian daripada al-Sunnah iaitu al-Sunnah al-Taqririyah.

Akan bersambung...

Wassalam.
Back to top Go down
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeThu Nov 13, 2008 10:48 pm

Sambungan...

Secara umumnya, perkembangan ilmu fiqh pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) adalah sederhana dan tidak sistematik seperti mana yang kita dapati sekarang. Tiada pembukuan dilakukan ke atas ilmu fiqh pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) sepertimana pada zaman kita sekarang. Sebab utama ialah Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersama dengan umat Islam pada zaman ini untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda umat Islam. Akan tetapi, Nabi Muhammad (s.a.w) telah menyediakan para Sahabat (r.a) untuk meneruskan tradisi perkembangan ilmu fiqh selepas kewafatan Nabi (s.a.w). Buktinya, galakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) ke atas para Sahabat (r.a) untuk melakukan kegiatan ijtihad. Dan akhirnya, perkembangan ilmu fiqh yang sederhana dan tidak sistematik diteruskan pada zaman Khulafa'Rashidin.

Akan bersambung...

Wassalam.
Back to top Go down
boing777
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 92
Age : 47
Points : 19
Registration date : 2008-11-17

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeWed Nov 19, 2008 11:32 am

uncle_crackerz14 wrote:
Sambungan...

Secara umumnya, perkembangan ilmu fiqh pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) adalah sederhana dan tidak sistematik seperti mana yang kita dapati sekarang. Tiada pembukuan dilakukan ke atas ilmu fiqh pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) sepertimana pada zaman kita sekarang. Sebab utama ialah Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersama dengan umat Islam pada zaman ini untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda umat Islam. Akan tetapi, Nabi Muhammad (s.a.w) telah menyediakan para Sahabat (r.a) untuk meneruskan tradisi perkembangan ilmu fiqh selepas kewafatan Nabi (s.a.w). Buktinya, galakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) ke atas para Sahabat (r.a) untuk melakukan kegiatan ijtihad. Dan akhirnya, perkembangan ilmu fiqh yang sederhana dan tidak sistematik diteruskan pada zaman Khulafa'Rashidin.

Akan bersambung...

Wassalam.
salm uncle cukup cantik n tkasih.. penerangan yg sgt jelass.. tp klu ini jd panduan nape nabi pernah melarang sahabat membukukan quran.. n menyuruh sahabat membakar sgl yg dikatakn sunnahnya..... pening
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
al_hur
Ahli Baru
Ahli Baru
al_hur


Number of posts : 16
Age : 43
Points : 0
Registration date : 2008-11-20

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeThu Nov 20, 2008 6:11 pm

uncle_crackerz14 wrote:
Sambungan...

Secara umumnya, perkembangan ilmu fiqh pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) adalah sederhana dan tidak sistematik seperti mana yang kita dapati sekarang. Tiada pembukuan dilakukan ke atas ilmu fiqh pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) sepertimana pada zaman kita sekarang. Sebab utama ialah Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersama dengan umat Islam pada zaman ini untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda umat Islam. Akan tetapi, Nabi Muhammad (s.a.w) telah menyediakan para Sahabat (r.a) untuk meneruskan tradisi perkembangan ilmu fiqh selepas kewafatan Nabi (s.a.w). Buktinya, galakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) ke atas para Sahabat (r.a) untuk melakukan kegiatan ijtihad. Dan akhirnya, perkembangan ilmu fiqh yang sederhana dan tidak sistematik diteruskan pada zaman Khulafa'Rashidin.

Akan bersambung...

Wassalam.
Salam,
Blh sy mencelah sikit,bagaimana ijtihad dibenarkan ketika Nabi SAW msh hidup lagi,tidak kah itu merendahkan kemuliaan nya..sbb Nabi tu kan guru kpd umat Islam,cuba kita la sedang belajar dgn Ustaz...tiba2 kita dlm diam buat pekara mengikut selera sendiri...tanpa merujuk nya

Ketika Rasul SAW hidup,samaada penulisan Al Quran dan hadith telah dijalan kan mengikut Bukhari di riwayatkan oleh Qatadah,ia bertanya dgn Anas bin Malik,"siapa kah orng yg menulis Al Quran dan Hadith di zaman Rasul SAW"? ia menjawab "ada 4 orng,semuanya orng Ansar iatu Ubay bin Kaab,Muadz bin Jabal,Zaid bin Tsabit dan Abu Zaid".
hadith ni juga terdapat di hadith2 sunan sittah yg lain..

Mengikut sejarah bkn saya cakap oo check kat kitab sejarah At tabari,al kharizmi,nasa'i dan byk lagi ketika Abu Bakr,Umar,Utthman...berlakunya pembakaran hadith dlm jumlah yg bnyak...mngkin tu yg jadi tak sistematik tu...sedangkan Rasulullah dah prepare kan
Allahu a'lam
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
al_hur
Ahli Baru
Ahli Baru
al_hur


Number of posts : 16
Age : 43
Points : 0
Registration date : 2008-11-20

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeThu Nov 20, 2008 6:15 pm

boing777 wrote:

salm uncle cukup cantik n tkasih.. penerangan yg sgt jelass.. tp klu ini jd panduan nape nabi pernah melarang sahabat membukukan quran.. n menyuruh sahabat membakar sgl yg dikatakn sunnahnya..... pening

Salam
Maaf sy mencelah,Hadith ini telah ditolak oleh semua Ulamak rijjal..kerana sanadnya putus dan tidak tsiqah (tak blh di percayai)
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeThu Nov 20, 2008 8:19 pm

Oooo...baru hamba tau..Putus nyo kat mano tuan hamba...? Shocked
Back to top Go down
boing777
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 92
Age : 47
Points : 19
Registration date : 2008-11-17

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeFri Nov 21, 2008 8:58 am

al_hur wrote:
uncle_crackerz14 wrote:
Sambungan...

Secara umumnya, perkembangan ilmu fiqh pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) adalah sederhana dan tidak sistematik seperti mana yang kita dapati sekarang. Tiada pembukuan dilakukan ke atas ilmu fiqh pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) sepertimana pada zaman kita sekarang. Sebab utama ialah Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersama dengan umat Islam pada zaman ini untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda umat Islam. Akan tetapi, Nabi Muhammad (s.a.w) telah menyediakan para Sahabat (r.a) untuk meneruskan tradisi perkembangan ilmu fiqh selepas kewafatan Nabi (s.a.w). Buktinya, galakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) ke atas para Sahabat (r.a) untuk melakukan kegiatan ijtihad. Dan akhirnya, perkembangan ilmu fiqh yang sederhana dan tidak sistematik diteruskan pada zaman Khulafa'Rashidin.

Akan bersambung...

Wassalam.
Salam,
Blh sy mencelah sikit,bagaimana ijtihad dibenarkan ketika Nabi SAW msh hidup lagi,tidak kah itu merendahkan kemuliaan nya..sbb Nabi tu kan guru kpd umat Islam,cuba kita la sedang belajar dgn Ustaz...tiba2 kita dlm diam buat pekara mengikut selera sendiri...tanpa merujuk nya

Ketika Rasul SAW hidup,samaada penulisan Al Quran dan hadith telah dijalan kan mengikut Bukhari di riwayatkan oleh Qatadah,ia bertanya dgn Anas bin Malik,"siapa kah orng yg menulis Al Quran dan Hadith di zaman Rasul SAW"? ia menjawab "ada 4 orng,semuanya orng Ansar iatu Ubay bin Kaab,Muadz bin Jabal,Zaid bin Tsabit dan Abu Zaid".
hadith ni juga terdapat di hadith2 sunan sittah yg lain..

Mengikut sejarah bkn saya cakap oo check kat kitab sejarah At tabari,al kharizmi,nasa'i dan byk lagi ketika Abu Bakr,Umar,Utthman...berlakunya pembakaran hadith dlm jumlah yg bnyak...mngkin tu yg jadi tak sistematik tu...sedangkan Rasulullah dah prepare kan
Allahu a'lam
salam perkenalan.. tq.. dgn penerangan tu tuan.. tp leh ka kita percaya kitab2 tu.. tuan setiap mazhab ade kitab masing2.. ade sj selisih antara mrk..
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
boing777
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 92
Age : 47
Points : 19
Registration date : 2008-11-17

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeFri Nov 21, 2008 9:00 am

al_hur wrote:
uncle_crackerz14 wrote:
Sambungan...

Secara umumnya, perkembangan ilmu fiqh pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) adalah sederhana dan tidak sistematik seperti mana yang kita dapati sekarang. Tiada pembukuan dilakukan ke atas ilmu fiqh pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) sepertimana pada zaman kita sekarang. Sebab utama ialah Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersama dengan umat Islam pada zaman ini untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda umat Islam. Akan tetapi, Nabi Muhammad (s.a.w) telah menyediakan para Sahabat (r.a) untuk meneruskan tradisi perkembangan ilmu fiqh selepas kewafatan Nabi (s.a.w). Buktinya, galakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) ke atas para Sahabat (r.a) untuk melakukan kegiatan ijtihad. Dan akhirnya, perkembangan ilmu fiqh yang sederhana dan tidak sistematik diteruskan pada zaman Khulafa'Rashidin.

Akan bersambung...

Wassalam.
Salam,
Blh sy mencelah sikit,bagaimana ijtihad dibenarkan ketika Nabi SAW msh hidup lagi,tidak kah itu merendahkan kemuliaan nya..sbb Nabi tu kan guru kpd umat Islam,cuba kita la sedang belajar dgn Ustaz...tiba2 kita dlm diam buat pekara mengikut selera sendiri...tanpa merujuk nya

Ketika Rasul SAW hidup,samaada penulisan Al Quran dan hadith telah dijalan kan mengikut Bukhari di riwayatkan oleh Qatadah,ia bertanya dgn Anas bin Malik,"siapa kah orng yg menulis Al Quran dan Hadith di zaman Rasul SAW"? ia menjawab "ada 4 orng,semuanya orng Ansar iatu Ubay bin Kaab,Muadz bin Jabal,Zaid bin Tsabit dan Abu Zaid".
hadith ni juga terdapat di hadith2 sunan sittah yg lain..

Mengikut sejarah bkn saya cakap oo check kat kitab sejarah At tabari,al kharizmi,nasa'i dan byk lagi ketika Abu Bakr,Umar,Utthman...berlakunya pembakaran hadith dlm jumlah yg bnyak...mngkin tu yg jadi tak sistematik tu...sedangkan Rasulullah dah prepare kan
Allahu a'lam
klu dfifikirkan rasulullah sediakan sunnahnye sendiri umpama kita wat diari lah yea... emmm.. klu dipikir gak nabi x pandai membaca n menulissss..... emmm pening2 .... @
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
al_hur
Ahli Baru
Ahli Baru
al_hur


Number of posts : 16
Age : 43
Points : 0
Registration date : 2008-11-20

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeFri Nov 21, 2008 12:13 pm

uncle_crackerz14 wrote:
Oooo...baru hamba tau..Putus nyo kat mano tuan hamba...? Shocked
Salam tuan Mod,
Hadith tu disifatkan oleh ulamak rijjal (Ahli Hadith) rujuk di al muttawatuq,Imam Ahmad,Imam Suyuthi dlm Tarikh al Khulafa sebagai Mursal iatu tiada sanad dan perawi
Hadith itu juga tidak di letak sebagai shahih,malah palsu....coth di ambil drpd sipolan bin sipolan lalu ia berkata "Rasulullah bersabda..." sedangkan dia hidup bkn zaman nabi dan jarak hidupnya hampir 200 thn dgn nabi.

Jika ikut logiknya,kita lihat betapa banyak hadith yg shahih mengatakan Nabi SAW menyuruh merakamkan dlm tulisan hadith dan Al Quran tiba2 kita nak terima ke hadith yg di ragui malah bertentangan dgn hadith shahih....kalau ikut jugak kita ni langgar sunnahla..dan umat terus jahil....dan berdosala baca Quran.
Allahu a'alam
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
al_hur
Ahli Baru
Ahli Baru
al_hur


Number of posts : 16
Age : 43
Points : 0
Registration date : 2008-11-20

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeFri Nov 21, 2008 12:30 pm

boing777 wrote:

salam perkenalan.. tq.. dgn penerangan tu tuan.. tp leh ka kita percaya kitab2 tu.. tuan setiap mazhab ade kitab masing2.. ade sj selisih antara mrk..
Salam,
Adakah Bukhari,Muslim,abu daud,at-tirmizi,ibn majah,At-Tabari,Al Kharizmi,Imam Nasa'i,Imam Ahmad Hanbal,Imam Suyuthi,Ibn Hasyim,Hajar Askolani tu di iktiraf dlm ASWJ,mereka bkn saja terkenal ilmuan mereka malah sebahagian fatwa mereka msh di pakai lagi...tuan kena perbagaikan sumber dlm membaca atau mengkaji jangan tngk sape tulis,tapi ape yg di sampaikan,lepastu buat perbandingan,hujah yg kuat pasti la itula kebenaran....

Pernah saudara membaca Hadith Tqsalain yg hanya di riwayatkan sedikit di kitab hadith dan di letakan sebagai Ahad bkn shahih,namun Ulamak Sejarah meriwayatkan perawi yg sangat bnyk dari zaman Nabi,sahabat,Tabi'in,at-tabi'n sehingga dikatakan msh di riwayatkan hingga 3 abad,namun kini hanya segelintir umat Islam tahu kewujudan nya,
sebenarnya sejarah kena selari dgn hadith,kerana ia saling berkait dan menguatkan antara satu sama lain
Allahu a'lam
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeFri Nov 21, 2008 10:02 pm

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."

H.R. Abu Daud

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini... Crying or Very sad

Wallahualam....
Back to top Go down
al_hur
Ahli Baru
Ahli Baru
al_hur


Number of posts : 16
Age : 43
Points : 0
Registration date : 2008-11-20

Karaktor
Experience:
Sejarah Ilmu Fiqh........ Left_bar_bleue0/500Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitimeSat Nov 22, 2008 1:14 pm

Salam,

La ni ramai puak2 ni dlm jamaah,sama ada sedar atau tidak aje...selalunya depa ni tafsir Quran ikut selera sendiri tanpa di sulami Asbabul nuzul ayat drpd hadith shahih...mungkin ayat tu tak ikut selera depa kott...ini juga kadang2 berlaku pada Ustaz2 yg mengajar kat Masjid @ surau la...kita lak tak tegur psl agaknya takut di tengking oleh Ust. tu kot

wassalam
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
Sponsored content





Sejarah Ilmu Fiqh........ Empty
PostSubject: Re: Sejarah Ilmu Fiqh........   Sejarah Ilmu Fiqh........ Icon_minitime

Back to top Go down
 
Sejarah Ilmu Fiqh........
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» SEJARAH AYAT KURSI
» Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)
» Ilmu perlu diamal dan dikongsi kepada kenalan..
» Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu?
» Kitab Ilmu Tarik Duit Dari Alam Ghaib

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Islam :: Sembang Agama-
Jump to: