MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)

Go down 
2 posters
AuthorMessage
adiez82
Moderator
Moderator
adiez82


Number of posts : 505
Age : 41
Location : Johor Bahru (Plaza Angsana)
Points : 769
Registration date : 2008-11-18

Karaktor
Experience:
Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Left_bar_bleue0/500Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Empty
PostSubject: Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)   Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Icon_minitimeFri May 29, 2009 3:27 pm

Parti Komunis Malaya

Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)



Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Malayan People Anti Japanese Army atau dalam bahasa Melayu Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940.



MPAJA



PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri. Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila.



Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.



Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.



Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.



Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk *Senoi Praaq bagi menentang komunis.



* Senoi Praaq adalah pasukanbersenjata ( tentera) yang dianggotai oleh masyarakat asli kaum Senoi yang mahir bergerak di dalam hutan.
Back to top Go down
http://www.ascentouch.com.my
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Left_bar_bleue0/500Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Empty
PostSubject: Re: Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)   Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Icon_minitimeSat May 30, 2009 8:08 pm

adiez suka sejarah ya....
info yang sangat menarik....thank you..
Back to top Go down
adiez82
Moderator
Moderator
adiez82


Number of posts : 505
Age : 41
Location : Johor Bahru (Plaza Angsana)
Points : 769
Registration date : 2008-11-18

Karaktor
Experience:
Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Left_bar_bleue0/500Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Empty
PostSubject: Re: Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)   Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Icon_minitimeSat May 30, 2009 8:09 pm

kak zie wrote:
adiez suka sejarah ya....
info yang sangat menarik....thank you..

sama2 akak biase la kongsi2 info gitu ,
menambah kan ilmu di dada serta iman di hati Embarassed
Back to top Go down
http://www.ascentouch.com.my
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Left_bar_bleue0/500Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Empty_bar_bleue  (0/500)

Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Empty
PostSubject: Re: Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)   Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Icon_minitimeSat May 30, 2009 8:27 pm

adiez pandai memilih articles yg baik untuk dikongsi bersama....
bagus juga....kalau adiez rajin menyumbang articles sedemikian....
dapat menambah atau mengingatkan kembali kisah sejarah yang lalu...
Back to top Go down
Sponsored content





Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Empty
PostSubject: Re: Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)   Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989) Icon_minitime

Back to top Go down
 
Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» PL Minyak Belacak - Raja Herba Malaya
» Sejarah Ilmu Fiqh........
» SEJARAH AYAT KURSI
» Kiub Rubik atau Rubik's Cube 3x3

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Melayu :: Isu semasa-
Jump to: