MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 siapa anda dan kawan2 anda?

Go down 
+2
kambing
arrayyanm
6 posters
AuthorMessage
arrayyanm
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
arrayyanm


Number of posts : 145
Age : 47
Points : 0
Registration date : 2008-11-18

Karaktor
Experience:
siapa anda dan kawan2 anda? Left_bar_bleue0/500siapa anda dan kawan2 anda? Empty_bar_bleue  (0/500)

siapa anda dan kawan2 anda? Empty
PostSubject: siapa anda dan kawan2 anda?   siapa anda dan kawan2 anda? Icon_minitimeSat Dec 06, 2008 12:17 pm

http://www.scribd.com/doc/2525688/rahsia-bulan

sekadar kajian dan inspirasi ...........ada kelmahan ada gak kekurangan...xder sapa yg mcm superman,kuat gagah,leh terbang,encem.....ingt dia hebat..tp mlgnya..pki suar dlm terbalik..kat luar seluar ketat...segan nak ikut...malu daaaa... suar dlm dari planet luar kena tunjuk tu moralnya..korang pasar mlm jgn tunjuk!!! Embarassed
Back to top Go down
http://www.yahoo.com/
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
siapa anda dan kawan2 anda? Left_bar_bleue0/500siapa anda dan kawan2 anda? Empty_bar_bleue  (0/500)

siapa anda dan kawan2 anda? Empty
PostSubject: Re: siapa anda dan kawan2 anda?   siapa anda dan kawan2 anda? Icon_minitimeSat Dec 06, 2008 12:56 pm

aku xtau nk komen ape..tp kalo sekadar nak tgk horoskop/bulan ,nk tgk sikap2 diri atau perangai seseorg berdasarkan sesuatu horoskop yg dicipta oleh seseorang-hukumnya adalah ttp haram..sbb ia menyamai kite perbuatan shirik (mempercayai sesuatu).. jgnkan kata nk suruh percaya, nk tgk horoskop pun dilarang dlm islam walau ape niat sekalipun..ia disampaikan oleh ustaz zaharudin..sbb dulu aku rajin tgk horoskop/tarikh lahir/bulan/bintang seseroang..tp bila dh tau hukumnya haram walaupun kite cume tgk, terus xnak buat lg..aku lupe ape hukumannya..tp bile kite tgk atau percaya, mungkin solat 40 hari x diterime...sbb ia menyamai perbuatan Telek/bomoh/ramalan yg sememangnya shirik & kurafat..Wallahualam..betulkan aku jika aku tersilap ckp..kite sama2 belajar dr kesilapan cheers
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
zulaika
Ahli Baru
Ahli Baru
zulaika


Number of posts : 9
Age : 40
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
siapa anda dan kawan2 anda? Left_bar_bleue0/500siapa anda dan kawan2 anda? Empty_bar_bleue  (0/500)

siapa anda dan kawan2 anda? Empty
PostSubject: Re: siapa anda dan kawan2 anda?   siapa anda dan kawan2 anda? Icon_minitimeSat Dec 06, 2008 1:56 pm

Apakah pandangan Islam terhadap ramalan bintang horoskop?

Ada orang berkata mengapa tidak boleh mempercayai bintang horoskop sedangkan orang dahulu juga mempercayai bintang termasuk menentukan waktu dan arah perjalanan?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata mempercayai ramalan bintang horoskop adalah haram bahkan sebarang ramalan lain juga adalah haram.

Menurutnya, kepercayaan seperti itu termasuk dalam hukum bertenung nasib yang diharamkan dalam Islam, seperti ditegaskan pada ayat 90, surah al-Maidah.

“Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang anak panah adalah perbuatan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Horoskop atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan dan planet.

Perkataan horoskop berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘melihat jam.’ Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui.

Tarikh itu pula akan jatuh pada satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capricorn, Aquarius dan Pisces.

Menurut ilmu astrologi, ramalan nasib berdasarkan bintang, setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu. Ilmu astrologi dahulunya di Barat adalah satu disiplin bersama ilmu astronomi, namun sejak kurun ke-18, ilmu terbabit menjadi dua disiplin berbeza.

Ilmu astrologi adalah ramalan berdasarkan bintang, manakala astronomi ialah bidang kaji bintang dan angkasa raya atau ilmu falak.

Zamihan berkata, ilmu ramalan bintang atau astrologi dan ilmu kaji bintang atau astronomi adalah dua subjek berbeza dan perbezaan ini perlu difahami dengan sebaik-baiknya supaya tidak nanti timbul kekeliruan.

“Dalam ilmu mengkaji bintang atau disebut juga ilmu falak ia dijadikan sandaran untuk mengenali komposisi kita, contohnya menentukan waktu solat, kita melihat kepada longitud dan latitudnya, apakah sudah waktu Isya atau Subuh.

“Sama juga apabila berlayar di lautan, pelayar akan melihat bintang di langit, berdasarkan kerlipan atau kedudukan bintang memberikan panduan kepada mereka untuk menentukan arah pelayaran dan tiba ke destinasi ditujui,” katanya.

Beliau berkata, ramalan horoskop pula ialah merujuk kepada bintang dan dengan ramalan itu mempercayai dapat memberikan penyebab kepada kehidupan seseorang sama ada kebaikan atau keburukan seseorang.

“Mempercayainya seperti seorang dilahirkan dalam bulan sekian membawa kebaikan atau keburukan adalah jelas haram kerana ia termasuk perkara karut dan khurafat.

“Dalam Islam, melahirkan atau dilahirkan dalam bulan dan hari apa sekalipun tidak memberikan kebaikan atau keburukan, cuma dalam Islam ada dibincangkan keistimewaan hari dan bulan tertentu.

“Tetapi mempercayai tarikh, waktu atau bulan tertentu memberikan kebaikan, keuntungan, kerugian atau keburukan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

“Ini kerana bintang juga adalah makhluk iaitu benda yang diciptakan, sama dengan makhluk yang lain, diciptakan dan yang mencipta ialah Allah.

“Sepatutnya kita kena mempercayai kepada Allah, yang berkuasa atas segala-galanya, bukannya seperti ramalan bintang, hanya terikut-ikut dengan pengaruh orang Barat.

“Kepercayaan kepada horoskop tidak lebih sekadar amalan orang Jahiliyah,” katanya.

Beliau berkata, orang Jahiliyah memang mempercayai benda karut seperti ini, sehingga menjadikan bintang dan matahari sebagai Tuhan sembahan mereka, membuatkan mereka berada dalam kesesatan.

“Orang Islam tidak boleh terpengaruh dengan benda ini, walaupun sedikit kerana ia boleh menjejaskan akidah.

“Kelahiran manusia dan nasib baik atau buruk adalah ketentuan Allah.

“Teori horoskop itu adalah satu tilikan berdasarkan teori falsafah orang Barat dan mereka yang mempercayainya cuma dari sudut perasaan saja.

“Perasaan saja sudah boleh membuatkan orang yang mempercayai berasa ceria atau murung,” katanya.
Back to top Go down
http://www.yahoo.com
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
siapa anda dan kawan2 anda? Left_bar_bleue0/500siapa anda dan kawan2 anda? Empty_bar_bleue  (0/500)

siapa anda dan kawan2 anda? Empty
PostSubject: Re: siapa anda dan kawan2 anda?   siapa anda dan kawan2 anda? Icon_minitimeSat Dec 06, 2008 2:10 pm

tgk bintang utk wat pandu arah tu lain maksudnya..kalo ahli pelayaran mcm sy ni, selain dr GPS, kami tetap menggunakan kedudukan bintang dgn menggunakan sextant utk menentukan dimana kapal kami berada ketika berada dilautan..walaupun ade byk teknologi maju, ahli perlayaran masih ttp menggunakan kaedah manual iaitu dgn melihat bintang dan matahari cheers
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
~.:B@!y!n@h:.~
Moderator
Moderator
~.:B@!y!n@h:.~


Number of posts : 936
Age : 31
Location : Dekat Depan Komputer, Dalam Bangunan, Dalam Bandar Bintulu, Di Sarawak, Di Malaysia & Di Planet Bumi
Points : 1459
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
siapa anda dan kawan2 anda? Left_bar_bleue0/500siapa anda dan kawan2 anda? Empty_bar_bleue  (0/500)

siapa anda dan kawan2 anda? Empty
PostSubject: Re: siapa anda dan kawan2 anda?   siapa anda dan kawan2 anda? Icon_minitimeSat Dec 06, 2008 10:02 pm

Penerangan yang Bagus & Baik sekali... Very Happy
Semoga Ia memberi Kesedaran kepada sesiapa aje...
Back to top Go down
http://puteribaiyinah.spaces.live.com/
rieyzana
Forumer Setia
Forumer Setia
rieyzana


Number of posts : 91
Age : 51
Location : Malaysia
Points : 2
Registration date : 2008-11-13

Karaktor
Experience:
siapa anda dan kawan2 anda? Left_bar_bleue0/500siapa anda dan kawan2 anda? Empty_bar_bleue  (0/500)

siapa anda dan kawan2 anda? Empty
PostSubject: Re: siapa anda dan kawan2 anda?   siapa anda dan kawan2 anda? Icon_minitimeMon Dec 08, 2008 10:40 pm

~.:B@IyIn@h:.~ wrote:
Penerangan yang Bagus & Baik sekali... Very Happy
Semoga Ia memberi Kesedaran kepada sesiapa aje...

heheheh.... betuul tu.... Rolling Eyes
Back to top Go down
http://rieyzana.blogspot.com/
r2nee
Ahli Baru
Ahli Baru



Number of posts : 15
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-11-17

Karaktor
Experience:
siapa anda dan kawan2 anda? Left_bar_bleue0/500siapa anda dan kawan2 anda? Empty_bar_bleue  (0/500)

siapa anda dan kawan2 anda? Empty
PostSubject: Re: siapa anda dan kawan2 anda?   siapa anda dan kawan2 anda? Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 12:56 am

Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
kambing
Forumer Setia
Forumer Setia
kambing


Number of posts : 68
Age : 42
Points : 0
Registration date : 2008-12-02

Karaktor
Experience:
siapa anda dan kawan2 anda? Left_bar_bleue0/500siapa anda dan kawan2 anda? Empty_bar_bleue  (0/500)

siapa anda dan kawan2 anda? Empty
PostSubject: Re: siapa anda dan kawan2 anda?   siapa anda dan kawan2 anda? Icon_minitimeTue Dec 09, 2008 7:52 am

byk sgt forum pening ah mcm ni.. Embarassed
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com/profile.forum
Sponsored content





siapa anda dan kawan2 anda? Empty
PostSubject: Re: siapa anda dan kawan2 anda?   siapa anda dan kawan2 anda? Icon_minitime

Back to top Go down
 
siapa anda dan kawan2 anda?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Siapa yang uruskan uri baby anda
» Business Networking Baru!!! Siapa cepat siapa jadi Upline!!!
» ANDA RASA ANDA HEBAT!.. MARI.. CAPAI LEVEL 1 HINGGA 10 BERSAMA KAMI.. ADA SESUATU YG MENARIK MENANTI ANDA
» hai kawan2 sume!
» Harap kawan2 boleh Bantu..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Sembang Melayu Boleh :: Ahli Baru-
Jump to: