kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan:
ومنه المشيتة التي فيها الولد طاهرة من الآدمي ، نجسة من غيره
Ertinya: Dan daripadanya, tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) adalah suci daripada manusia, najis daripada lainnya. (Nihayah al-Muhtaj: 1/245
Berdasarkan daripada kenyataan di atas, dapatlah difahami bahawa ternbuni dan tembuni kecil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci, bukan najis. Sebagai penghormatan kepada anggota manusia, maka tembuni dan tembuni kecil tersebut sunat dibungkus dengan kain atau lainnya dan ditanam jika ia dipisahkan ketika anak berkenaan hidup. Jika ia dipisahkan setelah anak berkenaan meninggal dunia, maka penyempumaannya adalah mengikut penyempumaan mayat anak berkenaan. Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004
Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu-Islam kita, setiap kali bayi dilahirkan, uri yang keluar bersama bayi ketika kelahiran ditanam.
Namun, terdapat pelbagai cara pengurusan uri bayi yang diamalkan oleh masyarakat kita, bahkan sesetengahnya ada yang pelik-pelik dan menimbulkan kesangsian.
Contoh amalan pelik menanam uri bayi yang masih diamalkan dalam masyarakat kita ialah:
1. Menanam uri bersama pensil dan buku, dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak.
2. Meletakkan paku dan benda-benda tajam bersama uri yang ditanam, kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati 'benda-benda halus'.
3. Menyalakan unggun api berhampiran tempat ditanam uri kerana bimbangkan 'kembar bayi' itu kesejukan pada waktu malam.
4. Uri ditanam bersama kepingan duit syiling.
Dari hasil sedikit kajian bersumberkan internet yang dibuat, kaedah pengurusan uri bayi menurut Islam adalah seperti berikut: (Sumber: INFAD disini)
1. Hukum menanam uri bayi adalah harus.
2. Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
3. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
4. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Kesimpulan daripada jawapan di atas, jelas kepada kita bahawa setiap uri perlu ditanam bagi mengelakkan bau busuk ataupun dimakan oleh binatang. Dan, merujuk kepada amalan sesetengah masyarakat kita yang membasuh uri tersebut terlebih dahulu dengan asam keping dan garam, saya berpendapat ianya harus bagi menghilangkan bau pada uri tersebut.
Set Asas Pengurusan Uri
Grandma Secret .. adalah sebuah jenama keluaran ANP SOLUTIONS yang membekalkan produk berkaitan ibu-ibu selepas bersalin dan juga produk untuk kegunaan bayi yang baru dilahirkan.
Produk yang dikeluarkan ialah set asas pengurusan uri terdiri drpd garam, asam, periuk tanah liat bertutup,kain putih dan sarung tangan latex. Dengan set ini hal ehwal uri mudah di uruskan..salah satu cara supaya bapa2 di zaman moden ini tak payah pening kepala mencari bidan/org tua utk uruskan uri anak mereka
dapat kan satu set sekarang di Kedai Jamu Anggun
sms/call : ombak 0192707981..
hanya rm35.00 (+ rm5.00 untuk pos laju)
[img][/img]