MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Bicara Agama....isu isu semasa..

Go down 
2 posters
AuthorMessage
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Bicara Agama....isu isu semasa.. Left_bar_bleue0/500Bicara Agama....isu isu semasa.. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bicara Agama....isu isu semasa.. Empty
PostSubject: Bicara Agama....isu isu semasa..   Bicara Agama....isu isu semasa.. Icon_minitimeThu Nov 13, 2008 10:04 pm

ARKIB : 11/11/2008
Awasi perangkap ajaran sesat

Kegiatan penyelewengan akidah atau ajaran sesat tidak pernah luput daripada menjadi ‘duri dalam daging’ bagi umat Islam. Pada 2 November lalu, Majlis Keselamatan Negeri Selangor mengesan 22 kumpulan ajaran sesat masih bergiat aktif di sekitar Selangor sepanjang tahun ini.

Umat Islam perlu peka kepada fenomena ini kerana syaitan akan sentiasa mencari jalan menggoda kita agar sesat dan menjadi kawannya sebagaimana janjinya kepada Allah.

Perseteruan syaitan dengan manusia telah dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (al-Israak: 53)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZHAFARAN NASIB menemu bual pensyarah Bahagian Pengajian Islam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Mohd. Nizam Sahad bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah maksud penyelewengan akidah?

DR. NIZAM: Menurut Kamus Dewan (1998), seleweng bermaksud menyimpang dari arah yang betul. Dalam hal ini, perkataan sesat mempunyai persamaan dengan maksud perkataan seleweng. Oleh itu, perbincangan tentang penyelewengan akidah boleh diertikan dengan perbincangan mengenai ajaran sesat.

Ajaran sesat boleh didefinisi sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang bersandarkan al-Quran, sunah dan ajaran ahli sunah wal jamaah (ASWJ).

Apakah kriteria dalam menghukum sesuatu ajaran itu menyeleweng atau sesat?

DR. NIZAM: Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan perkara ini.

lKepercayaan kepada rukun iman dan asas akidah secara bertentangan dan tidak selaras dengan akidah ASWJ. Contohnya, mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan al-Quran.

lMempertikai kebenaran al-Quran dan hadis baginda SAW.

lMana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendakwa diri atau orang lain sebagai nabi terakhir, Nabi Isa, Imam Mahdi al-Muntadzar atau yang seumpamanya.

lKepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.

lPendewaan diri, pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut secara bertentangan dengan akidah ASWJ. Contohnya, memastikan diri atau guru kumpulan itu ahli syurga, boleh menebus dosa, boleh berkahwin lebih daripada empat dan seumpamanya.

lMengadakan bidaah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah ASWJ dan syariah yang berasaskan dalil qat’ie.

lMenafsir dan menghuraikan al-Quran dan hadis mengikut sesuka hati.

Bagaimanakah orang Islam termasuk golongan profesional boleh terpengaruh dengan ajaran sesat?

DR. NIZAM: Sememangnya terdapat segelintir masyarakat muslim termasuklah ahli profesional yang terjerat dengan ajaran sesat. Terdapat beberapa faktor kenapa golongan ini terjebak dengan ajaran sesat.

Pertamanya adalah faktor kurangnya ilmu agama. Dalam kalangan ahli profesional misalnya terdapat segelintir yang mengabaikan ilmu agama dan tuntutan amalan keagamaan. Tambahan pula dalam sistem pendidikan sekular yang memisahkan agama dan akademik.

Mereka mahir dan ahli dalam bidang masing-masing tetapi tidak berpengetahuan luas dengan ajaran dan tuntutan agama mereka sendiri. Kesannya, mereka mudah tertarik dengan ajaran sesat. Apatah lagi sekiranya guru ajaran sesat itu kononnya dikatakan mempunyai sakti, keistimewaan tertentu yang dapat memikat hati kalangan ahli profesional.

Kedua, faktor jalan pintas untuk bertaubat. Rentetan daripada faktor pertama tadi, akibat suasana hidup segelintir ahli profesional yang bergelumang dengan noda dan dosa maksiat. Mereka seakan-akan telah berputus asa dengan rahmat Allah dan merasakan tidak sempat untuk beribadat lantaran sepanjang usia membuat perkara yang dimurkai Allah.

Maka mereka memilih jalan pintas dengan menyertai ajaran sesat khususnya ajaran tarekat yang menyeleweng kononnya untuk menyertai satu kumpulan yang mempunyai kaedah zikir dan amalan yang bersifat ‘ekspres’ memperoleh syurga Allah dan keampunan-Nya.

Disebabkan kedangkalan ilmu dan sikap terburu-buru dan tersalah dalam memilih kumpulan ajaran yang bertopengkan agama, maka ada dalam kalangan ahli profesional yang terjerumus dengan ajaran sesat.

Faktor ketiga, ialah kelicikan strategi ketua ajaran sesat dalam memerangkap mangsa untuk menyertai kumpulan ajaran sesat. Pada kebiasaannya, ketua ajaran sesat akan memilih mangsa yang dirasakan mampu dipengaruhinya dan menyebarkan ajaran sesat secara beransur-ansur dengan menyatakan bahawa rahsia hakikat amalan akan hanya diketahui dengan amalan-amalan tertentu.

Sekiranya mangsa menunjukkan minat, maka pada ketika inilah ketua ajaran sesat mula memerangkap mangsa untuk melakukan kesesatan dalam beramal.

Cara dan kaedah yang digunakan oleh ajaran sesat ini cukup licik dan memerangkap, apatah lagi disokong oleh sikap masyarakat yang sememangnya begitu teruja dengan benda-benda pelik, ajaib dan luar biasa.

Adakah terdapat unsur pemujaan atau penggunaan bahan-bahan kotor untuk ‘memikat’ orang menyertai kumpulan mereka?

DR. NIZAM: Memang ada dalam kalangan ajaran sesat yang menggunakan pendekatan sebegitu. Ada dalam kalangan pengamal ajaran sesat khususnya yang berbentuk perbomohon dan persilatan yang mengamalkan unsur pemujaan dan menggunakan bahan-bahan kotor dalam menarik minat orang ramai untuk menyertai kumpulan mereka.

Mereka ini sebenarnya berdamping dengan jin dan syaitan yang menuntut mereka melakukan sedemikian sebagai balasan terhadap bantuan atau ‘kesaktian’ yang bakal diperolehi oleh pengamal ajaran sesat. Perbuatan sebegini ada hubungannya dengan ilmu dan amalan sihir.

Apa yang diperoleh oleh pengamal ajaran sesat merupakan sesuatu yang luar biasa dan mencari adat seperti dapat mengubati penyakit kronik, berjalan di atas air dan sebagainya yang tidak lain, hanyalah untuk memperdayakan orang ramai.

Orang ramai menggangap ia sebagai karamah sedangkan ia adalah istidraj. Karamah sebenarnya merupakan satu kemuliaan pemberian Allah kepada hamba-Nya yang taat, soleh dan warak sedangkan istidraj merupakan kejadian luar biasa yang berlaku kepada orang yang kufur lagi ahli maksiat.

Hal ini jelas merupakan perbuatan syirik dan keji serta bersifat khurafat. Penggunaan bahan-bahan kotor seperti darah haid, bangkai haiwan pula merupakan sekadar alat bagi mendapatkan ‘kesaktian’ melalui proses pemujaan roh, makhluk halus, jin dan sebagainya.

Kita perlu sentiasa berwaspada kerana Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan berpindah pada diri manusia melalui urat darahnya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Apakah pula status kumpulan seperti Jaringan Islam Liberal (JIL)?

DR. NIZAM: Kumpulan ini masih disiasat dan dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Dari sudut kaedah gerakan, pada awalnya mereka mengajar mengaji al-Quran dari rumah ke rumah. Kemudian mereka menerapkan pemikiran mereka kepada para peserta.

Difahamkan, apabila mahu mengadakan perhimpunan di tempat tertentu yang dirahsiakan, mereka akan menutup mata peserta supaya tidak tahu ke mana mereka dibawa.

Antara penyelewengan kumpulan ini adalah menyatakan semua agama adalah sama dan semuanya benar. Dalam kajian Jakim, ciri ini termasuk salah satu daripada 58 ciri ajaran sesat.

Selain itu, mereka juga menghina Allah seperti mendakwa tiada hukum Allah dalam hal seperti jual-beli, perkahwinan, pemerintahan dan sebagainya.

Kumpulan ini juga mendakwa agama adalah hak peribadi. Jadi, seseorang tidak boleh dipaksa patuh atau ingkar larangan agama.

Selain itu, JIL juga menghina Rasulullah SAW dengan mengatakan baginda adalah manusia biasa dan tidak wajib kita mengikutinya.
Back to top Go down
uncle_crackerz14
Moderator
Moderator
uncle_crackerz14


Number of posts : 181
Points : 515
Registration date : 2008-11-12

Karaktor
Experience:
Bicara Agama....isu isu semasa.. Left_bar_bleue0/500Bicara Agama....isu isu semasa.. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bicara Agama....isu isu semasa.. Empty
PostSubject: Re: Bicara Agama....isu isu semasa..   Bicara Agama....isu isu semasa.. Icon_minitimeThu Nov 13, 2008 10:06 pm

Menjejak Salahuddin Al-Ayyubi bersama Aman Palestin

Oleh W. RAHIMAH DRAMAN

NAMA Salahuddin Al-Ayyubi dalam sejarah pejuang Islam di kalangan kebanyakan Muslim negara ini, agak asing.

Malah, jarang daripada kita didedah dan terdedah dengan kisah-kisah kehebatan perjuangan dan keteguhan prinsip Salahuddin dalam mempertahan serta menegakkan Islam.

Kerana sejarah dan semangat perjuangan serta keberaniannya sehingga turut di gelaran ‘singa Islam’, Aman Palestin Malaysia merancang mengadakan program ‘Rehlah Jejak Salahuddin Al-Ayyubi’ pada Disember ini.

Ia bermatlamat menjejaki semula kesan-kesan sejarah dan perjuangan yang ditinggalkan Salahuddin sebagai penyuntik semangat generasi Muslim masa kini mendepani ancaman musuh serta mengembalikan imej Islam.

Aman Palestin akan menyusuri negara Jordan, Syria, Lebanon dan Palestin selama seminggu untuk menjejaki semula legasi pejuang Islam itu bermula 3 Disember 2008.

Pengarah program, Nadzmi Mohd. Nadzir berkata, Rehlah Jejak Salahuddin Al-Ayyubi selama seminggu itu akan membawa ahli rombongan menjejaki lokasi yang menjadi sejarah dalam perjuangan ‘singa Islam’ itu.

“Kami buka penyertaan dalam program menyusuri jejak sejarah perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan prihatin dengan perjuangan Islam,” ujarnya.

Penyertaan bagaimanapun tambah beliau, hanya dihad kepada 25 orang peserta yang mendaftar awal dengan kos kira-kira RM6,500 untuk setiap peserta.

Serentak dengan itu kata Nadzmi, rombongan Aman Palestin akan turut meninjau dari dekat projek-projek yang mereka rancang dan telah adakan terutama di kem-kem pelarian Palestin.

Dalam masa yang sama jelas beliau, Aman Palestin akan meneruskan kerja amal dengan melaksanakan ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah ini di beberapa kem pelarian Palestin di sekitar Lebanon, Jordan dan Syria.

“Malah Aman Palestin juga akan turut mengadakan sembelihan korban dan akikah untuk rakyat Palestin yang tertindas di dalam negara berkenaan,” jelasnya.

Program itu katanya, akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa badan pertubuhan sukarela yang membantu perjuangan dan pelarian rakyat Palestin di negara yang dikunjungi.

Melalui program korban dan akikah beritahu Nadzmi, mereka akan mendapatkan ternakan daripada penduduk tempatan untuk disembelih dan diagih-agihkan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Yahudi-Israel.

Sehubungan itu Aman Palestin mengalu-alukan warga Malaysia untuk menyalurkan sumbangan melalui program korban, akikah dan sedekah korban untuk pelarian Palestin.

Bagi program korban dan akikah di Palestin beritahu Nadzmi, setiap satu bahagian sama ada seekor kambing biri-biri atau satu bahagian lembu berharga RM900.

“Harga itu selaras dengan harga pasaran ternakan yang akan kami beli dari penduduk tempatan bagi majlis sembelihan itu nanti,” ujarnya.

Manakala harga untuk program korban dan akikah bagi sembelihan di kem-kem pelarian di luar Palestin ialah pada kadar RM750 untuk setiap satu bahagian sama ada kambing atau lembu.

Malah Aman Palestin turut menyediakan program sedekah korban bagi menggalak lebih ramai Muslim negara ini menyumbang kepada tabung Aman Pelarian pada harga sekurang-kurangnya RM350 untuk setiap satu.

Kata Nadzmi, semua sumbangan dari program korban, akikah dan sedekah korban itu akan diagihkan terus kepada rakyat Palestin melalui majlis sembelihan di kem-kem pelarian dan rakyat Palestin.

Untuk maklumat lanjut mengenai korban, akikah atau sedekah korban dan program Rehlah Jejak Salahuddin Al-Ayyubi, hubungi talian 03-89267019 atau layari laman web www.amanpalestin.org.
Back to top Go down
boing777
Forumer Setia
Forumer Setia



Number of posts : 92
Age : 47
Points : 19
Registration date : 2008-11-17

Karaktor
Experience:
Bicara Agama....isu isu semasa.. Left_bar_bleue0/500Bicara Agama....isu isu semasa.. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bicara Agama....isu isu semasa.. Empty
PostSubject: Re: Bicara Agama....isu isu semasa..   Bicara Agama....isu isu semasa.. Icon_minitimeWed Nov 19, 2008 11:35 am

uncle_crackerz14 wrote:
ARKIB : 11/11/2008
Awasi perangkap ajaran sesat

Kegiatan penyelewengan akidah atau ajaran sesat tidak pernah luput daripada menjadi ‘duri dalam daging’ bagi umat Islam. Pada 2 November lalu, Majlis Keselamatan Negeri Selangor mengesan 22 kumpulan ajaran sesat masih bergiat aktif di sekitar Selangor sepanjang tahun ini.

Umat Islam perlu peka kepada fenomena ini kerana syaitan akan sentiasa mencari jalan menggoda kita agar sesat dan menjadi kawannya sebagaimana janjinya kepada Allah.

Perseteruan syaitan dengan manusia telah dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (al-Israak: 53)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZHAFARAN NASIB menemu bual pensyarah Bahagian Pengajian Islam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Mohd. Nizam Sahad bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah maksud penyelewengan akidah?

DR. NIZAM: Menurut Kamus Dewan (1998), seleweng bermaksud menyimpang dari arah yang betul. Dalam hal ini, perkataan sesat mempunyai persamaan dengan maksud perkataan seleweng. Oleh itu, perbincangan tentang penyelewengan akidah boleh diertikan dengan perbincangan mengenai ajaran sesat.

Ajaran sesat boleh didefinisi sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang bersandarkan al-Quran, sunah dan ajaran ahli sunah wal jamaah (ASWJ).

Apakah kriteria dalam menghukum sesuatu ajaran itu menyeleweng atau sesat?

DR. NIZAM: Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan perkara ini.

lKepercayaan kepada rukun iman dan asas akidah secara bertentangan dan tidak selaras dengan akidah ASWJ. Contohnya, mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan al-Quran.

lMempertikai kebenaran al-Quran dan hadis baginda SAW.

lMana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendakwa diri atau orang lain sebagai nabi terakhir, Nabi Isa, Imam Mahdi al-Muntadzar atau yang seumpamanya.

lKepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.

lPendewaan diri, pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut secara bertentangan dengan akidah ASWJ. Contohnya, memastikan diri atau guru kumpulan itu ahli syurga, boleh menebus dosa, boleh berkahwin lebih daripada empat dan seumpamanya.

lMengadakan bidaah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah ASWJ dan syariah yang berasaskan dalil qat’ie.

lMenafsir dan menghuraikan al-Quran dan hadis mengikut sesuka hati.

Bagaimanakah orang Islam termasuk golongan profesional boleh terpengaruh dengan ajaran sesat?

DR. NIZAM: Sememangnya terdapat segelintir masyarakat muslim termasuklah ahli profesional yang terjerat dengan ajaran sesat. Terdapat beberapa faktor kenapa golongan ini terjebak dengan ajaran sesat.

Pertamanya adalah faktor kurangnya ilmu agama. Dalam kalangan ahli profesional misalnya terdapat segelintir yang mengabaikan ilmu agama dan tuntutan amalan keagamaan. Tambahan pula dalam sistem pendidikan sekular yang memisahkan agama dan akademik.

Mereka mahir dan ahli dalam bidang masing-masing tetapi tidak berpengetahuan luas dengan ajaran dan tuntutan agama mereka sendiri. Kesannya, mereka mudah tertarik dengan ajaran sesat. Apatah lagi sekiranya guru ajaran sesat itu kononnya dikatakan mempunyai sakti, keistimewaan tertentu yang dapat memikat hati kalangan ahli profesional.

Kedua, faktor jalan pintas untuk bertaubat. Rentetan daripada faktor pertama tadi, akibat suasana hidup segelintir ahli profesional yang bergelumang dengan noda dan dosa maksiat. Mereka seakan-akan telah berputus asa dengan rahmat Allah dan merasakan tidak sempat untuk beribadat lantaran sepanjang usia membuat perkara yang dimurkai Allah.

Maka mereka memilih jalan pintas dengan menyertai ajaran sesat khususnya ajaran tarekat yang menyeleweng kononnya untuk menyertai satu kumpulan yang mempunyai kaedah zikir dan amalan yang bersifat ‘ekspres’ memperoleh syurga Allah dan keampunan-Nya.

Disebabkan kedangkalan ilmu dan sikap terburu-buru dan tersalah dalam memilih kumpulan ajaran yang bertopengkan agama, maka ada dalam kalangan ahli profesional yang terjerumus dengan ajaran sesat.

Faktor ketiga, ialah kelicikan strategi ketua ajaran sesat dalam memerangkap mangsa untuk menyertai kumpulan ajaran sesat. Pada kebiasaannya, ketua ajaran sesat akan memilih mangsa yang dirasakan mampu dipengaruhinya dan menyebarkan ajaran sesat secara beransur-ansur dengan menyatakan bahawa rahsia hakikat amalan akan hanya diketahui dengan amalan-amalan tertentu.

Sekiranya mangsa menunjukkan minat, maka pada ketika inilah ketua ajaran sesat mula memerangkap mangsa untuk melakukan kesesatan dalam beramal.

Cara dan kaedah yang digunakan oleh ajaran sesat ini cukup licik dan memerangkap, apatah lagi disokong oleh sikap masyarakat yang sememangnya begitu teruja dengan benda-benda pelik, ajaib dan luar biasa.

Adakah terdapat unsur pemujaan atau penggunaan bahan-bahan kotor untuk ‘memikat’ orang menyertai kumpulan mereka?

DR. NIZAM: Memang ada dalam kalangan ajaran sesat yang menggunakan pendekatan sebegitu. Ada dalam kalangan pengamal ajaran sesat khususnya yang berbentuk perbomohon dan persilatan yang mengamalkan unsur pemujaan dan menggunakan bahan-bahan kotor dalam menarik minat orang ramai untuk menyertai kumpulan mereka.

Mereka ini sebenarnya berdamping dengan jin dan syaitan yang menuntut mereka melakukan sedemikian sebagai balasan terhadap bantuan atau ‘kesaktian’ yang bakal diperolehi oleh pengamal ajaran sesat. Perbuatan sebegini ada hubungannya dengan ilmu dan amalan sihir.

Apa yang diperoleh oleh pengamal ajaran sesat merupakan sesuatu yang luar biasa dan mencari adat seperti dapat mengubati penyakit kronik, berjalan di atas air dan sebagainya yang tidak lain, hanyalah untuk memperdayakan orang ramai.

Orang ramai menggangap ia sebagai karamah sedangkan ia adalah istidraj. Karamah sebenarnya merupakan satu kemuliaan pemberian Allah kepada hamba-Nya yang taat, soleh dan warak sedangkan istidraj merupakan kejadian luar biasa yang berlaku kepada orang yang kufur lagi ahli maksiat.

Hal ini jelas merupakan perbuatan syirik dan keji serta bersifat khurafat. Penggunaan bahan-bahan kotor seperti darah haid, bangkai haiwan pula merupakan sekadar alat bagi mendapatkan ‘kesaktian’ melalui proses pemujaan roh, makhluk halus, jin dan sebagainya.

Kita perlu sentiasa berwaspada kerana Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan berpindah pada diri manusia melalui urat darahnya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Apakah pula status kumpulan seperti Jaringan Islam Liberal (JIL)?

DR. NIZAM: Kumpulan ini masih disiasat dan dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Dari sudut kaedah gerakan, pada awalnya mereka mengajar mengaji al-Quran dari rumah ke rumah. Kemudian mereka menerapkan pemikiran mereka kepada para peserta.

Difahamkan, apabila mahu mengadakan perhimpunan di tempat tertentu yang dirahsiakan, mereka akan menutup mata peserta supaya tidak tahu ke mana mereka dibawa.

Antara penyelewengan kumpulan ini adalah menyatakan semua agama adalah sama dan semuanya benar. Dalam kajian Jakim, ciri ini termasuk salah satu daripada 58 ciri ajaran sesat.

Selain itu, mereka juga menghina Allah seperti mendakwa tiada hukum Allah dalam hal seperti jual-beli, perkahwinan, pemerintahan dan sebagainya.

Kumpulan ini juga mendakwa agama adalah hak peribadi. Jadi, seseorang tidak boleh dipaksa patuh atau ingkar larangan agama.

Selain itu, JIL juga menghina Rasulullah SAW dengan mengatakan baginda adalah manusia biasa dan tidak wajib kita mengikutinya.
salam uncle hamba dgr org yahudi skrg sdg sibuk buat pedang dr ttatinium untuk akhir zaman nnt.. betul ke.. sy sdg cr web sitenya.. atau uncle leh share sesuatu..
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
Sponsored content





Bicara Agama....isu isu semasa.. Empty
PostSubject: Re: Bicara Agama....isu isu semasa..   Bicara Agama....isu isu semasa.. Icon_minitime

Back to top Go down
 
Bicara Agama....isu isu semasa..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Hal ehwal Agama.
» Tips Kesihatan Untuk Mengelak Tekanan Semasa Bekerja
» perlukan pendapat rakan2 atau yg lebih tepat yg tinggi ilmu agama

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Islam :: Sembang Agama-
Jump to: