MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 penunggu rumah puaka

Go down 
AuthorMessage
shuk98
Pra - Ahli
Pra - Ahli



Number of posts : 2
Age : 38
Points : 4
Registration date : 2011-11-02

penunggu rumah puaka Empty
PostSubject: penunggu rumah puaka   penunggu rumah puaka Icon_minitimeWed Nov 02, 2011 3:40 pm

Part 1



di sini, aku akan menceritakan kisah yang agak menyeramkan , yang melanda rakan rapat aku, dr rubinderan.aku kalau boleh nak tunjukkan gambar dr rubin, tapi takut dia marah..tapi biarlah semua pembaca tahu, dr rubin kurang sikit saja kehenseman dia berbanding shah rukh khan.....
dr rubinderan menceritakan kisah seram yang terjadi kepada nya sewaktu mula2 berkerja seawal bulan 8, 2009...
waktu itu, sebagai seorang Dr gigi baru, pemilihan tempat bekerja adalah ditentukan oleh pejabat kesihan pergigian perak...dia diarahkan bertugas di klinik pergigian Taiping Perak, untuk jangka masa 6 bulan...
dr rubin bukanlah anak watan negeri perak...dia berasal dari negeri selangor..maka, dia tidak mempunyai saudara di Taiping..perkara pertama yang dirisaukan oleh nya adalah tempat tinggal nya di taiping untuk 6 bulan mendatang...
dr rubin terus cari tempat tinggal...akhirnya, dia diperkenalkan dengan seorang agen rumah sewa, yang aku gelar Mr X(jujur aku xtau nama dia)..


Mr x kata,ada rumah sewa yang lama orang tak tinggal di suatu kawasan taman perumahan..rumah bertingkat dua itu amat cantik dan bersih...agak janggal dirasakan, rumah yang sudah lama terbiar, dalaman dan luaran nya amat terjaga..
dr rubin berfikir "ahhh, bersih macam ni mungkin kerana ada orang membersihkannya tiap minggu, jika tidak, masakan bersih sebegini." dan sudah tentu dr rubin berfikir dalam bahasa tamil, bukan bahasa melayu..aku cuma translate sahaja..


Dalaman rumah teres 2 tingkat itu amat dikagumi oleh dr rubin...Fully furnished and in well condition...and he just need to pay 3oo per month..what??siapa yang tak nak kan..dah ler cantik, terjaga , 2 tingkat pulak tu.....


dr rubin bersetuju dengan perjanjian sewaan rumah teres itu..dia perlu membayar deposit 3 bulan rumah itu kepada agen rumah itu....namun kesilapan dr rubin hanyalah satu.....


DIA TIDAK MENYIASAT APA YANG PERNAH BERLAKU DI RUMAH ITU

Dia tidak mengenali pemilik rumah itu, kerana agen rumah itu tidak memberi penjelasan lanjut..tapi bagi dr rubin, "aku kisah apa, asalkan rumah cantik..lagipun, aku nak duduk pun 6 bulan sahaja"..dalam bahasa tamil..


di sini akan aku gambarkan keadaan rumah itu..

1. ruangan dalaman dan luaran yang bersih..tiada lansung habuk di lantai


2. penyapu lantai diletakkan di luar pintu rumah, kain pengesat kaki diletakkan juga di luar rumah.


3.dinding dalaman rumah tergantung potrait2 family..sebuah keluarga india yang besar.banyak
sangat foto2 di dinding sampai ke dinding dapur.


4.pinggan mangkuk diletakkan di dalam bakul...tiada habuk di pinggan mangkuk yang lama tidak
digunakan itu..

setelah selesai segala urusan, dr rubin mengemas segala barang2 nya...di biliknya, terdapat sebuah almari yang penuh dengan pakaian lelaki..tergantung dan terjaga..
dr rubin pun mengeluarkan pakaian nya, termasuk seluar dalamnya yang berlubang itu...diletakkan satu persatu di atas katil nya..hehe


setelah selesai megemas rumah sejak dari tengah hari, hingga lah malam...tiba masanya dr rubin berehat..jam di dinding menunjukkan pukul 10 dan pengalaman mencemaskan dr rubin bermula...

bersambung kat bwh....
Back to top Go down
http://www.kiang4malaysia.blogspot.com
shuk98
Pra - Ahli
Pra - Ahli



Number of posts : 2
Age : 38
Points : 4
Registration date : 2011-11-02

penunggu rumah puaka Empty
PostSubject: Re: penunggu rumah puaka   penunggu rumah puaka Icon_minitimeWed Nov 02, 2011 3:44 pm

part 2

ok ok, kita mula bercerita semula...tadi aku berhenti bila jam di rumah baru Dr rubin menunjukkan pukul 10 malam kan??

dia mula baring di katil empuknya...penat berkemas seharian..tiba masanya untuk tidur..esok kena kerja...
bilik dr rubin terletak di tingkat 2 rumah cantik itu..lampu di seluruh rumah dipadamkan, hanya lampu di bilik nya dibiarkan terpasang..

sedang baring-baring di katil, tangan kanan dr rubin perlahan lahan masuk ke dalam seluar nya...mesti korang ingat dr rubin mahu melakukan aksi terlarang..tidak...dia hanya menggaru garu peha nya..

sedang asyik melayan blues bagi mendapatkan mood tidur, dia dikejut kan dengan bunyi gegaran pintu bilik tidurnya...lebih kurang 15 saat gegaran itu berterusan..

"sudahhh, apa pulak ni?" keluh dr rubin..takkan ada pencuri kot...

gegaran berhenti.....(honestly, aku pun ada pengalaman gegaran macam ni)

dia perlahan lahan meghampiri pintu nya...tombol dipulas perlahan2...dan bila dibuka pintu itu.....tiada sesiapa.gelap gelita rumah saja yang kelihatan....dr rubin memeriksa keseluruhan rumah..semua lampu rumah dipasang...tiada tanda2 kewujudan manusia lain selain diri nya sendiri..

di ruang tamu, mata dr rubin melirik ke arah gambar2 besar yang tergantung di dinding2..hmm, dia tertarik dengan gambar ibu kepada keluarga tersebut..kedudukan wanita itu di tengah gambar keluarga, berpakaian saree putih, rambut berkerinting paras bahu..wanita berusia separuh abad...wajah wanita itu terukir senyuman yang memberikan seribu satu persoalan...

"siapakah mereka ini?kenapa tidak tinggal lagi di sini?" terfikir dlm bahasa tamil...

hmm, dr rubin kembali ke tingkat 2..ditutup semua lampu...baring di katil..cuba mendapatkan blues semula...5 minit kemudian..kejadian yang seakan sama berulang....

kali ini terdengar bunyi hempasan pinggan mangkuk dilantai ruang tamu..bunyi berkecaian sebanyak 2 kali...
kacingggggg....cinggggg

masakan dr rubin tidak perasan..bunyi nya amat kuat..kali ini dia yakin, ada pencuri yang masuk ke dalam rumah nya....lantas dia mencapai kayu besbol kesayangan nya di lantai , keluar dari bilik, dia perasan ada kelibat yang sedang lari menuruni tangga..dikejar kelibat itu..turun saja di ruang tamu, lampu terus diipasang....

keadaan di ruang tamu masih sama...tiada apa perubahan..tiada langsung deraian2 kaca di lantai..tapi bunyi tadi dari mana?..siapa kelibat yang berlari td?...

dr rubin makin keliru...
terus dia tutup semua lampu..dan tidur, tanpa memikirkan kejadian yang berlaku tadi...


6 pagi...Dr rubin terjaga dari tidur...aneh sungguh pengalaman malam pertama nya di rumah baru..selalu orang kata malam pertama indah2, tapi tidak bagi rubin...

kuncupan adrenaline mula terasa sepanjang malam pertama di rumah itu..namun, kelebihan rubin, dia amat berfikiran positif..berfikiran positif chor, seperti tema blog ini..

dia bangun untuk mandi, menyiapkan pakaian kerja..hari pertama bekerja, mestilah hati berbungga bunga seperti kera mendapat susu...setelah selesai menyiapkan baju2 utk ke klinik, dr rubin mencapai penyapu di luar rumah seperti yang aku gambarkan di part pertama..disapunnya lantai ruang tamu yang bersih itu..selesai menyapu, pengesat kaki yang diletakkan di luar pintu awal2 nya diubah kedudukan nya oleh rubin..dia meletakkan pengesat kaki dan penyapu di dalam rumah..


pinggan mangkuk di dapur yang pada awalnya di dalam bakul di keluarkan dan diletakkan di lokai sebelah sinki...setelah selesai dan berpuas hati segalanya, dr rubin bergerak ke klinik pergigian taiping..

petang telah menjelma..setelah selesai bertugas dgn penuh dedikasi di klinik, rubin pulang ke rumah..sampai sahaja di perkarangan rumah, satu perkara diperhatikan oleh dr rubin....

pengesat kaki dan penyapu yang diletakkan di dlm rumah sebelum bekerja tadi telah dialihkan ke kedudukan asal...pengesat kaki dan penyapu di tempat asal2 sebelum dr rubin melakukan kerja pengemasan...di dalam rumah,pinggan mankuk yang dikeluarkan dari bakul, dialih kan semula ke dalam bakul...kedudukan tidak berubah lansung dari awal2 dr rubin tiba di rumah ini..

"aii, apa sudah jadi ni...kenapa boleh berubah semula?''dlm bahasa tamil...

dilihat di dalam rumah, segala kedudukan kembali kepada asal...sampah sudah tiada...aneh...
rubin terus mendail Mr X...
dia bertanyakan jika pemilik rumah yang tidak diketahui itu ada datang dan mengemas rumah...namun Mr X menafikan andaian rubin...rubin menjadi keliru....


namun dia tetap melakukan kerja harian dalam rumah itu walau apepun dugaan yang mendatang...sehinggalah ke suatu hari yang penuh signifikan dlm kehidupan dr rubin...gangguan di rumah itu makin hari, makin meningkat..

bersambung...
ikuti gangguan2 yang dialami oleh rubin pada entri akan datang....aku dah penat menaip kot..
Back to top Go down
http://www.kiang4malaysia.blogspot.com
 
penunggu rumah puaka
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» BINA SENDIRI RUMAH ANDA + PERCUMA PELAN RUMAH
» ANDA NAK BINA SENDIRI RUMAH?-PERCUMA PELAN RUMAH
» Puaka Nyiang Rapik
» Rumah Sewa
» Pewangi rumah eksklusif

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Karya Melayu Boleh :: Cerita Misteri-
Jump to: