MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Bayi Kuning.

Go down 
+2
aiskacang
kak zie
6 posters
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 8:26 am

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau neonatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

Apa Itu Jaundice (Kuning)?

Jaundice berasal dari perkatan Perancis 'jaune yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning!). Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan!).
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 8:27 am

Mengapa Kebanyakan Bayi Mengalami Kekuningan?

Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama :

1. Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)

Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ketiga.

2. Hati bayi

Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.

Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 8:27 am

Apakah Penyebab Lain Jaundice

Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (biliary atresia).

Antara penyebab lain :

* Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum
* Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
* Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
* Masalah tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
* Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
* Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism)
* Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
* Kuning disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 8:28 am

Adakah Jaundice Merbahaya?


Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena yang mana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!

Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 8:30 am

Rawatan

Bayi Kuning. Phototherapy


1. Terapi lampu (phototherapy)

Terapi lampu adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

Cara menggunakan terapi lampu dengan berkesan :-

* Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm - 50 cm daripada bayi
* Buka semua baju bayi kecuali lampin
* Tutup matanya
* Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
* Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
* Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian
* Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat
* Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 8:32 am

2. Exchange Transfusion (ET)


Bayi Kuning. Exchangetransfusion

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi.

ET ialah satu rawatan yang mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.

Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi. Itu untuk seorang bayi! Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 8:34 am

Cahaya Matahari vs. Phototherapy?

Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?

Ada yang berkata, "kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun..." atau "buat apa kau nak siksa budak kecik tu... masuk hospital... letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini... letak je bawah matahari...."

Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.

Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibubapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.

Kenapa phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?

* Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
* Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
* Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
* Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehidrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehidrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehidrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah
* Keputusan untuk mengadakan exchange transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah
* Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.

Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui. Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda. Ilmu perubatan semakin meningkat maju. Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.


oleh Dr. Azwan
sumber: info kesihatan
Back to top Go down
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 41
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue500/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (500/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 11:23 am

kak zie ada baby ker?
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
adikmas
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
adikmas


Number of posts : 350
Age : 38
Location : sorang-sorang kat opis..
Points : 397
Registration date : 2009-05-16

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 12:10 pm

teringat lak anak nakan mas yg sulung tu..
dulu demam kuning kena dok bwh lampu kat hospital..pakai reben mcm pic kat atas tu.. Very Happy
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 12:50 pm

aiskacang wrote:
kak zie ada baby ker?

ada banyak!! anak mata,anak tekak,anak saudara anak teman dan anak-anak yang sewaktu dgn nya Bayi Kuning. Em62
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 12:51 pm

@d!kmas wrote:
teringat lak anak nakan mas yg sulung tu..
dulu demam kuning kena dok bwh lampu kat hospital..pakai reben mcm pic kat atas tu.. Very Happy

yeap.....tu salah satu treatment yang selalu dilakukan pada bayi yang sakit kuning.
Back to top Go down
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 41
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue500/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (500/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 12:55 pm

aiskacang ada satu je bebi.....BBQ Bayi Kuning. Icon_razz
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 12:58 pm

aiskacang wrote:
aiskacang ada satu je bebi.....BBQ Bayi Kuning. Icon_razz

Bayi Kuning. 2funny lawak juma'at ke ni?
Back to top Go down
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 41
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue500/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (500/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 1:00 pm

Bayi Kuning. Icon_wink Bayi Kuning. Icon_wink Bayi Kuning. Icon_wink jgn mare ye k zie...

nti kalau aiskacang buat bbq, aiskacang jmput kak zie.
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 1:02 pm

aiskacang wrote:
Bayi Kuning. Icon_wink Bayi Kuning. Icon_wink Bayi Kuning. Icon_wink jgn mare ye k zie...

nti kalau aiskacang buat bbq, aiskacang jmput kak zie.

dak eh.....cuma hangat sikit je.
Back to top Go down
aiskacang
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
aiskacang


Number of posts : 1038
Age : 41
Points : 1085
Registration date : 2009-09-09

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue500/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (500/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 1:06 pm

kalau hangat, nti buka posa, k zie pekena aiskacang. mesti hilang hangat tuh....! Bayi Kuning. Lol
Back to top Go down
http://www.yahoo.com.my
adikmas
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
adikmas


Number of posts : 350
Age : 38
Location : sorang-sorang kat opis..
Points : 397
Registration date : 2009-05-16

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeFri Sep 11, 2009 1:18 pm

kak zie wrote:

yeap.....tu salah satu treatment yang selalu dilakukan pada bayi yang sakit kuning.

mas penah dgr org tua2 kata kalau anak demam kuning bagi minum susu kambing..
kak zie penah dengar x,betul ka??
Back to top Go down
https://melayuboleh.forumotion.com
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeSun Sep 13, 2009 11:51 pm

adikmas wrote:
kak zie wrote:

yeap.....tu salah satu treatment yang selalu dilakukan pada bayi yang sakit kuning.

mas penah dgr org tua2 kata kalau anak demam kuning bagi minum susu kambing..
kak zie penah dengar x,betul ka??

kak zie tak pasti lah mas...ni nak kena tanya pakar perbidanan...

hehehehe.....kalau susu kambing dijadikan cleanser muka ada lah..
Back to top Go down
AR
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
AR


Number of posts : 425
Age : 51
Points : 452
Registration date : 2009-04-29

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeMon Sep 14, 2009 12:07 am

nasihat untuk orng2 ygn sedang mengandung, rajin2la minum susu kambing..amik sebulan sekali je...
ada yg dh amalkan, alhamdulillah anak dia x kena demam kuning.
kita berusaha, tuhan yg menentukan.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeMon Sep 14, 2009 12:10 am

AR wrote:
nasihat untuk orng2 ygn sedang mengandung, rajin2la minum susu kambing..amik sebulan sekali je...
ada yg dh amalkan, alhamdulillah anak dia x kena demam kuning.
kita berusaha, tuhan yg menentukan.


ooooooo baru kak zie tau...
Back to top Go down
shin chan
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
shin chan


Number of posts : 144
Age : 43
Points : 155
Registration date : 2009-09-27

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue500/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (500/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeSun Sep 27, 2009 8:10 pm

info yang bagus..lepas ni buleh tambah lagi pasal permasalahan baby ni ye kak zie..shin berminat sangat tunggu info seterusnya Wink
Back to top Go down
http://www.vervesample.com/809751905
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue0/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (0/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeSat Oct 10, 2009 4:37 pm

shin chan wrote:
info yang bagus..lepas ni buleh tambah lagi pasal permasalahan baby ni ye kak zie..shin berminat sangat tunggu info seterusnya Wink

Insya'Allah...klu ada info berkenaan kak zie akan postkan kat sini...
Back to top Go down
saudacare
Forumer
Forumer



Number of posts : 30
Age : 35
Points : 30
Registration date : 2010-04-03

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeSun Apr 04, 2010 9:09 pm

Maksud Hadith : "Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam(Maut)"-Al-Bukhari

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Antara produk kami adalah :-

Minyak Sauda Dara diperkenalkan untuk membantu anda menyelesaikan masalah-masalah seperti:

* Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
* Resdung (sinusitis)
* Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
* Sakit jantung, darah gemuruh
* Darah tinggi (hypertension)
* Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
* Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
* Sakit buah pinggang (renal problem)
* Gout
* Kencing manis (diabetis)
* Luka-luka di dalam mulut
* Sakit tengkuk
* Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
* Pedih di ulu hati
* Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
* Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
* Alahan dan gatal-gatal
* Sakit gigi
* Cacing, parasit
* Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
* Selepas bersalin (menambah susu ibu)
* Awet muda dan menegangkan kulit
* Mencantikkan kulit, kuku
* Masalah kesuburan perempuan
* Senggugut
* Masalah tenaga batin lelaki (urutan pada Zakar setiap hari)

Sauda Beauty Soap diperkenalkan untuk membantu anda menyelesaikan masalah-masalah kulit antaranya:

* Jerawat/jeragat
* Kulit berkedut
* Kulit kusam
* Kulit kering
* Jerawat pada badan
* Bekas-bekas luka kecil/cengkering
* Resdung
* Dan lain-lain lagi

Kebaikan Sauda Beauty Soap

* Menghilangkan jerawat
* Memperbaiki tekstur kulit
* Memberi kelembapan pada kulit
* Menghilangkan bekas-bekas parut
* Mencerahkan kulit
* Dan lain-lain lagi

SAUDA BEAUTY SOAP SESUAI DIJADIKAN SABUN WAJAH SERTA SABUN BADAN YANG BOLEH DIGUNAKAN SETIAP HARI

LAYARILAH WEBLOG KAMI www.saudacare.blogspot.com UNTUK MAKLUMAT LANJUT


KITA HANYA BERUSAHA TUHAN YANG MENENTUKAN
Back to top Go down
http://www.saudacare.blogspot.com
shin chan
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
shin chan


Number of posts : 144
Age : 43
Points : 155
Registration date : 2009-09-27

Karaktor
Experience:
Bayi Kuning. Left_bar_bleue500/500Bayi Kuning. Empty_bar_bleue  (500/500)

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeTue Apr 06, 2010 1:09 pm

aik, ada iklan segala Razz

anak buah shin pon ada yg kena jaundis nih, tinggi gak tahap bilirubin dia - 16..adik (bapak baby tu) kasik susu kambing sikit je, dlm 1 camca kecik..dia kata dah turun ke 8.5..huhu

anak plak masa kuar spital ari tu ada gak sikit - 11.3, tp nurse kt klinik kesihatan awal2 dh warning jgn kasik minum susu kambing, mandi ubat senseh, what so ever sbb dia kata ada kes yg x serasi kat budak buleh sebabkan bacaan bilirubin dia melonjak naik..so bahaya sgt! jadinya shin breastfed dia kerap je, so far Alhamdulillah dah turun ke 9.0..tp slow sikit la penurunannya, lg kne rajin push kasik susu setiap 2 jam..

anyway, yang penting susu ibu is the best! cheers
Back to top Go down
http://www.vervesample.com/809751905
saudacare
Forumer
Forumer



Number of posts : 30
Age : 35
Points : 30
Registration date : 2010-04-03

Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitimeTue Apr 06, 2010 1:49 pm

susu ibu memang yang terbaik...
cubalah habbatus sauda...
sebab memg habbatus sauda penawar segala penyakit kecuali maut...
salah satu dari khasiat habbatus sauda adalah meningkatkan imunisasi bayi....
caranya senang saja...
kalau bayi anda ada menyusu susu tepung....
campurkan setitik saja dalam campuran susu itu...
kalau die cuma menyusu susu ibu...anda minum habbatus sauda tersebut...menambah khasiat dalam susu ibu selain menambah kandungan susu ibu..
Back to top Go down
http://www.saudacare.blogspot.com
Sponsored content





Bayi Kuning. Empty
PostSubject: Re: Bayi Kuning.   Bayi Kuning. Icon_minitime

Back to top Go down
 
Bayi Kuning.
Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» SPANISH FLY ORIGINAL INVERMA KOTAK KUNING
» Masalah Penyusuan Bayi
» Fakta Menarik- Petua Gigi Kuning Menjadi Putih
» Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi
» KEMURUNGAN..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Kesihatan-
Jump to: