MELAYU BOLEH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU BOLEH

Forum melayu boleh. Forum melayu. Untuk bertukar prndapat dan berkongsi segalanya dengan rakan-rakan melayu.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in


PENDAPATAN PERCUMA

Navigation
 Blog MB
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Masalah Penyusuan Bayi

Go down 
3 posters
AuthorMessage
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Masalah Penyusuan Bayi Left_bar_bleue0/500Masalah Penyusuan Bayi Empty_bar_bleue  (0/500)

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeMon Nov 30, 2009 5:14 pm

Masalah Penyusuan Bayi Breastfeeding
Antara masalah biasa dialami wanita untuk menyusukan bayi :

Puting Terbenam

Dalam
sesetengah kes, perkara ini tidak akan menjejaskan penyusuan, terutama
jika bayi boleh memasukkan seluruh bahagian areola (kawasan berwarna di
sekeliling puting) kerana di sinilah terletaknya duktus susu.
Bagaimanapun dalam kes teruk, bayi mungkin tidak dapat menyusu.
Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?

Caranya
mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci
dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya
perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.

Sebaliknya
jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini. Beberapa
cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar seperti menggunakan
pam khas dipanggil nipplet. Alat ini perlu diletakkan di atas
bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk
melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum
menyusukan bayi.

Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan
kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi.
Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau
disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh
mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita
tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.

Wanita juga boleh menggunakan pam payudara
untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja
dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah
memudahkan bayi menyusu.

Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Masalah Penyusuan Bayi Left_bar_bleue0/500Masalah Penyusuan Bayi Empty_bar_bleue  (0/500)

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeMon Nov 30, 2009 5:16 pm

Puting Terasa Sakit dan Rengsa

Wanita
yang ada masalah puting terbenam mudah mengalami kerengsaan puting.
Anda akan berasa tidak selesa apabila puting 'tertarik' ketika bayi
menyusu. Selain itu jika puting terbenam balik ketika penyusuan, ia
memerangkap kelembapan dan boleh menyebabkan puting merekah. Bagi
individu yang ada masalah ini, lap puting hingga kering selepas selesai
menyusukan bayi.

Cara bayi menyusu yang tidak betul juga boleh
menyebabkan puting terasa sakit. Usik mulut bayi dengan puting supaya
mulutnya terbuka cukup besar untuk menyusu dan menghisap hingga ke
bahagian areola dan bukan di puting saja. Jika anda berasa selesa dan
tidak sakit, bermakna kaedah digunakan adalah betul.

Beri anak
susu dari sebelah payu dara untuk satu-satu masa (masa penyusuan antara
20 hingga 30 minit) dan ganti dengan sebelah lagi untuk penyusuan
seterusnya. Ini kerana susu badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu
bahagian pertama mengandungi vitamin dan mineral, manakala bahagian
kedua (juga dipanggil susu belakang) pula kaya lemak. Jadi menyusu anak
dari payu dara sama, bermakna anda memberi susu yang banyak lemak
kepadanya dan dia tidak mendapat vitamin serta mineral.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Masalah Penyusuan Bayi Left_bar_bleue0/500Masalah Penyusuan Bayi Empty_bar_bleue  (0/500)

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeMon Nov 30, 2009 5:17 pm

Payu Dara Bengkak dan Sakit

Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin disebabkan tisu pada payu
dara membengkak dan mengandungi banyak susu. Biasanya selepas beberapa
bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak susu. Untuk mengelak
perkara ini, susu anak setiap 2 hingga 3 jam.

Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam.
Jika anda mula bekerja, masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu
supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak ketika anda tiada di
rumah.

Jika terasa sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan
kesakitan. Jika mahu gunakan pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh
singkat kerana kepanasan boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak.
Urut payu dara perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan
aliran susu dan melembutkan payu dara.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Masalah Penyusuan Bayi Left_bar_bleue0/500Masalah Penyusuan Bayi Empty_bar_bleue  (0/500)

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeMon Nov 30, 2009 5:19 pm

Benjolan Lembut Pada Payudara

Biasanya ia disebabkan duktus yang mengalirkan susu tersumbat atau tersekat akibat kehadiran sel kulit
atau susu. Apabila duktus ini penuh dan kembang, tisu payu dara yang
berhampiran menjadi lembut. Antara tanda yang boleh dilihat ialah
benjolan merah pada payu dara. Jika perkara ini berlarutan, bengkak
menjadi bertambah besar.

Cara untuk mengatasinya ialah menyusu
anak dengan kerap mengikut keperluannya. Mulakan penyusuan dengan payu
dara yang alami bengkak dengan meletakkan bayi (pastikan hidungnya
terkena payu dara anda) berhampiran bahagian bengkak. Cara ini
dikatakan dapat melancarkan pengeluaran susu badan.

Jika masalah bengkak berulang pada payu dara sama, tukar posisi penyusuan dan elak
memakai pakaian yang banyak memberi tekanan pada payu dara, termasuk
baju dalam yang ada besi penyokong. Selain itu, urutan boleh
mengurangkan masalah ini.

Pada masa sama, wanita perlu belajar
beberapa posisi menyusukan bayi sama ada dengan mendakap anak (sambil
duduk) atau menggunakan alat bantuan seperti bantal penyokong bagi
mengelak si ibu mengalami masalah sakit pinggang.
Back to top Go down
kak zie
Moderator
Moderator
kak zie


Number of posts : 1205
Age : 47
Points : 1556
Registration date : 2009-02-01

Karaktor
Experience:
Masalah Penyusuan Bayi Left_bar_bleue0/500Masalah Penyusuan Bayi Empty_bar_bleue  (0/500)

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeMon Nov 30, 2009 5:21 pm

Fakta Penting Penyusuan Bayi

* Menyusu bayi akan mempercepatkan wanita mendapatkan kembali bentuk badan asal

* Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara

* Antara kaedah merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan (jika penyusuan secara eksklusif selama enam bulan)

* Menjimatkan belanja dan tidak akan ada masalah pembaziran kerana susu hanya dikeluarkan apabila anak menyusu

* Boleh diberi bila-bila masa dan susu ibu sangat steril (bebas kuman)

* Susu ibu berkualiti tinggi tanpa mengira corak pemakanan ibu

* Mengurangkan risiko bayi mendapat demam kuning

* Risiko bayi mengalami masalah cirit-birit juga kurang

* Melancarkan sistem pengkumuhan bayi

text dr INFO KESIHATAN
Back to top Go down
saudacare
Forumer
Forumer



Number of posts : 30
Age : 35
Points : 30
Registration date : 2010-04-03

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeSun Apr 04, 2010 8:54 pm

Maksud Hadith : "Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam(Maut)"-Al-Bukhari

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Antara produk kami adalah :-

Minyak Sauda Dara diperkenalkan untuk membantu anda menyelesaikan masalah-masalah seperti:

* Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
* Resdung (sinusitis)
* Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
* Sakit jantung, darah gemuruh
* Darah tinggi (hypertension)
* Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
* Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
* Sakit buah pinggang (renal problem)
* Gout
* Kencing manis (diabetis)
* Luka-luka di dalam mulut
* Sakit tengkuk
* Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
* Pedih di ulu hati
* Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
* Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
* Alahan dan gatal-gatal
* Sakit gigi
* Cacing, parasit
* Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
* Selepas bersalin (menambah susu ibu)
* Awet muda dan menegangkan kulit
* Mencantikkan kulit, kuku
* Masalah kesuburan perempuan
* Senggugut
* Masalah tenaga batin lelaki (urutan pada Zakar setiap hari)

LAYARILAH WEBLOG KAMI www.saudacare.blogspot.com UNTUK MAKLUMAT LANJUT


KITA HANYA BERUSAHA TUHAN YANG MENENTUKAN
Back to top Go down
http://www.saudacare.blogspot.com
shin chan
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
shin chan


Number of posts : 144
Age : 43
Points : 155
Registration date : 2009-09-27

Karaktor
Experience:
Masalah Penyusuan Bayi Left_bar_bleue500/500Masalah Penyusuan Bayi Empty_bar_bleue  (500/500)

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeTue Apr 06, 2010 1:24 pm

mcm mana plak cara dan teknik penyimpanan susu ibu utk ibu2 bekerja kak zie? musykil lah Shocked
Back to top Go down
http://www.vervesample.com/809751905
saudacare
Forumer
Forumer



Number of posts : 30
Age : 35
Points : 30
Registration date : 2010-04-03

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeTue Apr 06, 2010 1:30 pm

susu ibu boleh disimpan di dalam botol...
sekarang banyak produk untuk ibu2 bekerja...
saya lebih suka panggil pam susu...
kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk...
bile anak mahu minum...
rendam botol dengan air panas...
kemudian bagi baby minum...
Back to top Go down
http://www.saudacare.blogspot.com
shin chan
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
shin chan


Number of posts : 144
Age : 43
Points : 155
Registration date : 2009-09-27

Karaktor
Experience:
Masalah Penyusuan Bayi Left_bar_bleue500/500Masalah Penyusuan Bayi Empty_bar_bleue  (500/500)

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeFri Apr 09, 2010 12:11 pm

ok2..tapi baru2 ni saya ada baca artikel pasal ibu2 bekerja yang pam susu pada masa bekerja, iaitu pada masa2 rehat pejabat (minum pagi jam 1030hrs, mkn tghari 1330hrs dan minum petang 1530hrs)..yg musykilnya bagi setiap sesi perahan tu perlu ke simpan susu tu dlm bekas berasingan? atau boleh dicampur utk ketiga2 sesi tu?

sbb dorang kata buleh kumpul dlm 15oz dlm 1 hari dan tunjuk gambar susu dlm beg susu mmg 15oz, takkan perahan dlm setiap sesi dapat sampai banyak tu.. Rolling Eyes
Back to top Go down
http://www.vervesample.com/809751905
saudacare
Forumer
Forumer



Number of posts : 30
Age : 35
Points : 30
Registration date : 2010-04-03

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeFri Apr 09, 2010 6:34 pm

seeloknya simpan dalam bekas yang berasingan...
ibarat macam kita masak lauk...lauk yang sama tapi masa yang berbeza...rasa xtentu sama...jadi xdigalakkan campur...
kuantiti susu ibu sebenarnya bergantung kepada pemakanan dan hormon seseorang tu...
Back to top Go down
http://www.saudacare.blogspot.com
shin chan
Forumer Fanatik
Forumer Fanatik
shin chan


Number of posts : 144
Age : 43
Points : 155
Registration date : 2009-09-27

Karaktor
Experience:
Masalah Penyusuan Bayi Left_bar_bleue500/500Masalah Penyusuan Bayi Empty_bar_bleue  (500/500)

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeSun Apr 11, 2010 12:03 am

owh, saya ada jumpa blog yg fokus pada penyusuan susu ibu..let's share Very Happy


Masalah Penyusuan Bayi Ebm10

thanks kak Fid untuk info yg sgt berguna Very Happy
Back to top Go down
http://www.vervesample.com/809751905
saudacare
Forumer
Forumer



Number of posts : 30
Age : 35
Points : 30
Registration date : 2010-04-03

Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitimeSun Apr 11, 2010 7:30 pm

huhu...
thanks for the info...
ape pun...
susu ibu yang terbaik
Back to top Go down
http://www.saudacare.blogspot.com
Sponsored content





Masalah Penyusuan Bayi Empty
PostSubject: Re: Masalah Penyusuan Bayi   Masalah Penyusuan Bayi Icon_minitime

Back to top Go down
 
Masalah Penyusuan Bayi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KEMURUNGAN..
» Sape ada masalah ketiak masam..
» Bayi Kuning.
» Posisi Tidur Yang Betul Untuk Bayi
» masalah solat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MELAYU BOLEH :: Dunia Ilmu :: Dunia Kesihatan-
Jump to: